Hasrul Hassan. Itu nama timangan saya dalam dunia online. Panggilan manja .... hmm ada yang panggil Bro HH, ada yang panggil Abang HH, ada panggil Sifu HH, ada yang panggil Pakcik HH .. dan tidak terkecuali yang panggil saya HH sahaja ... ramai yang gelarkan saya sebagai Sifu Blogger, Pakar SEO Malaysia, Sifu Blogspot dan macam-macam lagi.

Mereka panggil saya HH kerana blog hasrulhassan.com telah dikenali ramai warga internet, terutama sekali yang mempunyai blog. HH adalah singkatan untuk hasrulhassan.com. Sebelum ini, saya dikenali sebagai BK. Ohhh bukan Brado Kapak tu, tapi Bangku Kosong.
Hasrul Hassan Hanya Dikenali di Dunia Maya

Hasrul Hassan Hanya Dikenali di Dunia Maya

Nama Hasrul Hassan hanya dikenali di dunia maya sahaja. Orang yang terdekat dengan saya tak kenali saya dengan nama tu, apatah lagi panggilan initial HH. Ada nama lain ... dan nama itu memang sejak sekolah diguna-pakai.

Bagaimana saya membina nama HH ini sehingga dikenali? Jawapannya terlalu panjang untuk saya tulis, tetapi cukuplah saya nyatakan bahawa saya serius dengan dunia blog saya. Serius sehingga ke tahap di mana saya boleh hadap 3-4 hari depan komputer untuk cari bahan bagi pengisian di dalam blog.

Jika anda ada baca cerita saya di dalam majalah Jelita keluaran Mei 2015, tentu sudah boleh terbayangkan betapa susahnya saya untuk mendapat tempat di dalam dunia online ini. Banyak pengorbanan perlu dibuat, dan ia bukan mudah untuk isteri dan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah, apa yang saya rancang menjadi kenyataan. Syukur pada Allah S.W.T yang menunjukkan jalan menerusi ilmu dan amal.

Daripada apa yang telah saya lalui, hidup mahu berjaya di dalam sesuatu, paling penting ialah mesti ada sifat memberi dengan ikhlas. Banyak dah contoh mereka yang sangat suka memberi ini menjadi insan yang hebat. Tak perlu saya senaraikan kerana saya tahu ramai di antara anda yang boleh fikirkan sendiri.
Sifu Blogger

Dengan misi dan visi ditetapkan setiap tahun untuk blog, saya berusaha mencapai satu kejayaan bertongkatkan kepada falsafah memberi dengan ikhlas. Saya jadikan blog sebagai sumber ilmu, kerana ilmu inilah yang akan bantu seseorang menjadi lebih baik dari semalam, lebih baik hari ini, dan akan jadi lebih baik pada esok.

Baca review blogger cantik mengenai siapa saya - Review untuk Hasrul Hassan

Dan ilmu ini ada pelbagai cabangnya. Jadilah pakar dalam satu-satu perkara berkaitan ilmu walaupun ianya hanya perkara biasa buat sesetengah orang. Inilah cara untuk dikenali di dunia maya, apabila enjin carian menjadi nadi utamanya.

Orang akan masuk ke dunia maya (internet) dengan pelbagai tujuan, tetapi tujuan paling utama mereka ialah untuk mencari maklumat dan info. Dan jika anda seorang blogger, yang ada blog sendiri .. maka inilah teknik dan taktik untuk anda dikenali - menjadi sumber kepada carian maklumat dan info itu.
Pakar SEO Malaysia

Seperti hidup berjiran, tidak sah kalau anda tidak kenal akan jiran-jiran anda - walaupun mereka baru sehari berpindah ke kawasan sebelah rumah. Maka, begitulah dengan dunia maya. Menerusi laman sosial, menerusi ruangan komen di blog, menerusi segmen oleh blogger dan juga kontest, anda perlu menjadi seorang yang pemurah dengan barisan ayat yang baik, perlu menjadi seorang yang rendah diri dan mesti mesra dengan semua hatta pada mereka yang mungkin sedang 'membenci' anda.

Dalam dunia maya, saya biasa ditegur atas keterlanjuran, saya juga biasa diperlekehkan, malah pernah menerima kata cacian dan makian. Itu lumrah dan onak duri dalam dunia blog Malaysia.

Saya suka dengan diri saya sekarang. Saya dikenali kerana manfaat yang telah dapat diberikan kepada orang lain, dan saya amat bersyukur kerana itulah misi dan visi saya dalam dunia blog ini.
Siapa blogger Malaysia

Terima kasih semua. Terima kasih kerana menjadikan nama HH itu satu nama yang dikenali dalam dunia maya. Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan dan panduan untuk blogger Malaysia. Tanpa sokongan dan doa dari anda semua, apa yang saya impikan mungkin takkan dicapai.

Terima kasih kepada mereka yang memberikan komen mengenai blog dan diri saya.

Kredit: BloggerLelaki.com, Denaihati.com

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement