Tips Menjadi House Husband - Majalah Jelita Mei 2015

Tips menjadi House Husband. Skeptikal. Memang masih ada pandangan masyarakat yang skeptikal dan sinis kepada golongan lelaki status suami yang menjadi suri rumah atau house husband.

Alhamdulillah, saya diberikan kesempatan untuk berkongsi cerita dan tips menjadi seorang House Husband di dalam sebuah majalah tempatan.... hoho.Walaupun saya tidaklah sejelita cover majalah tersebut, namun saya harap perkongsian cerita dan pengalaman saya bermula menjadi House Husband boleh dijadikan sebagai satu panduan dan juga memperbetulkan persepsi negatif terhadap golongan suami yang tidak keluar bekerja seperti orang lain.

Tips Menjadi House Husband Dalam Majalah Jelita Mei 2015

Ramai yang masih anggap lelaki atau suami yang duduk di rumah melepaskab tanggungjawab begitu sahaja, walhal apa yang mereka nampak adalah 'kulit' kehidupan seorang lelaki house husband.
Tips Menjadi House Husband - Majalah Jelita Mei 2015
Dewasa ini dah ramai lelaki status suami yang duduk di rumah. Mereka bukan lelaki lembut seperti pernah saya kongsikan cerita dan pandangan sebelum ini. Malah, ada lelaki house husband yang berbadan sado yang mempunyai kelebihan mengalahkan si isteri yang berada di rumah.

Percaya atau tidak jika saya katakan di zaman ini ada isteri yang masih tidak tahu memasak dan menguruskan rumahtangga?  Masyarakat hanya nampak apa yang mereka mahu nampak sahaja ... sedangkan pandangan itu patut diperluas dan bukan melihat sesuatu yang selama ini dijadikan budaya dalam masyarakat.

Banyak yang saya ceritakan di dalam majalah Jelita keluaran Mei 2015 mengenai House Husband. Satu penceritaan yang sebenar yang digarap penuh sopan agar tidak membuka rahsia dalam keluarga. Ada part yang terlalu peribadi yang tidak dikongsikan tetapi in Sha Allah, tiga halaman penuh dalam Jelita pasti memberikan satu perspektif mengenai bagaimana mahu menjadi seorang house husband yang terbaik, jika tidak untuk masyarakat, biarlah untuk isteri dan anak anak.
Tips Menjadi House Husband - Majalah Jelita Mei 2015
Mungkin akan ada persoalan-persoalan yang timbul yang inginkan jawapan pasti. Namun seperti seorang manusia yang banyak khilaf, saya tidak mungkin berjaya untuk memuaskan hati semua pihak. Yang penting ialah ... anak-anak dan isteri bahagia, dan saya masih ada di depan mereka bila diperlukan, in Sha Allah.

Nak tahu lagi kisah house husband dari saya ..... dapatkan Majalah Jelita Mei 2015 sebelum ia habis di pasaran....hehehe. Harap jangan ada yang muntah hijau bila baca ye .. hohoho...

{ 11 comments.. read them below or add one }

ishak hasimi ishak hasimi May 23, 2015
kan best kalau gambar bro ganti gambar era jadi cover kat depan tu
Amir Amir May 23, 2015
biarkan manusia dgn pandangan negatif diorang..yang penting kita tahu dan laksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga :)
Farina Al-Khareid Farina Al-Khareid May 24, 2015
jangan ingat suami sahaja yang kena kerja, suami juga hebat dalam menguruskan hal hal rumah. Nabi Muhammad merupakan contoh yang baik untuk kita, bagaimana cara baginda menguruskan hal rumah tangga. so, suami isteri perlu bekerjasama untuk uruskan hal rumah tangga,
nur ikaa nur ikaa May 24, 2015
Wah.. baguslah bro HasrulHassan nie. Betul juga tu. didik anak2 dengan tangan sendri lebih baik dr orang lain. Lagi kalau tgk skrg macam xselamat nk hntr anak kt owg. Uish! risau pula ada anak nanti hurm.
Kamil Kamil May 24, 2015
Salam bro.... tahniah bro dapat masuk majalah Jelita keluaran Mei 2015 tentang House Husband. Pastii meletop majalah bulan ini. Semoga anda jadi house husband yang terbaik di sisi isteri dan anak-anak.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 25, 2015
Itu antara salah satu sebab saya suka anak2 depan mata saya. Sakit pening demam .. saya tahu sebab.
fyna fyna May 25, 2015
waaaa.. nak cari lah majalah nih.
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid May 25, 2015
Tahniah diucapkan yer...
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal May 25, 2015
Assalammualaikum... bro HH,

tahniah bro...

mselim3
aynora nur aynora nur May 25, 2015
Tahniah bro HH, bertambah maju dan sharing ilmu yang punya manfaat luas. Satu lagi promosi yang tak terus (indirect marketing) kepada blog HH & well recognized blog branding. Bak kata orang short but precise. Good luck!
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 27, 2015
Alhamdulillah, saya dapat peluang ini pun adalah kerana anda yang merupakan pembaca setia blog ini.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.