Saya amat berhati-hati dalam menulis mengenai Brado Kapak penuh misteri ini. Bukan apa, sejak dua menjak ini, nama blogger ini menjadi perhatian ramai, terutama berkaitan isu #MH370. Mulanya hangat dibincang dan didebatkan menerusi Facebook, namun akhirnya Brado Kapak buat satu blog khas untuk kisah #MH370 ini.

Saya ni bukan pandai sangat bab sejarah, apatah lagi bila nak meneliti satu persatu dengan kasar dan halus. Saya dah tua untuk melakukan perkara sedemikian. Tapi memang hebatlah blogger Brado Kapak ni.

Identiti Brado Kapak Penuh Misteri

Gambar blogger Brado Kapak

Gambar blogger Brado Kapak. Blogger ini ada hadir di Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014). Tak sempat saya nak menegur, cuma sempat berbalas senyuman tatkala gambarnya diambil oleh seseorang. Secara jujurnya, saya tidak mengenali siapa Brado Kapak ini. Malah saya tak pernah singgah dan baca blog yang ditulis olehnya.

Blog Brado Kapak anda boleh akses di sini - http://bradokapak.blogspot.com/

Tetapi untuk isu #MH370, ada satu blog lain yang diwujudkan. Dan ianya dibuat selepas Brado Kapak pulang dari SBB2014. Dan tak disangka, dalam tempoh secepat kurang sebulan, blog baru tersebut dah cecah lebih 3 juta pageviews! Dengan purata, setiap kali saya singgah ... akan nampak lebih daripada 200 pengunjung serentak sedang membaca blog hasil perkongsian Brado Kapak ni.

Blog yang saya maksudkan boleh diakses di sini - http://dramaraja.blogspot.com/

Ini yang membuatkan saya kagum. Kagum dengan cara bagaimana Brado Kapak telah menggunakan pengetahuannya, kemahirannya menulis sesuatu penuh misteri lalu menjemput orang asing yang sebelum ini tidak pernah mengenalinya membaca blognya setiap hari (panjang pulak ayat ni ..) ....


Hebat tak? Saya nak dapatkan 10 pun mengah dibuatnya. Dan blogger muda ini melakukannya dalam jangkamasa cukup singkat. Mungkin saya tidak perasan sebelum ini, kerana blogger ini lebih suka bercerita mengenai segala sesuatu daripada Facebook.

Siapa Sebenarnya Brado Kapak?

Sekarang, mungkin ada tertanya ... siapakah blogger Brado Kapak ini? Brado Kapak menggelarkan dirinya sebagai Pengkaji Ilmu Akhir Zaman ..... :) Mungkin ramai yang dok mencari gambar serta foto berkaitan Brado Kapak .. kan kan?

Semenjak isu #MH370 hangat diperkatakan sana sini, Brado Kapak telah menjadi perhatian ramai. Jika nak tahu, cubalah anda cari blogger ini dalam gambar-gambar di bawah ini .. ... jeng jeng jeng ....

Gambar blogger Brado Kapak

Blogger Brado Kapak memang penuh misteri, makin misteri selepas namanya makin bertambah dikenali seantero Malaysia yang cuba mencari kebenaran di sebalik apa yang berlaku kepada kehilangan #MH370.
Tak ramai yang mengenali blogger ini, malah di kalangan blogger sendiri pun ada yang tak berapa nak cam wajahnya. Memang misterilah tu .. kan ... 

Apapun, buat semua rakan blogger dan pengunjung budiman .... cuba lihat bagaimana blogger ini menulis sesuatu yang akhirnya menarik perhatian ramai. Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari dan diguna-pakai.

p.s: Dengarnya Brado Kapak akan akhiri zaman bujangnya tidak lama lagi, Semoga bahagia dan berkekalan, jika sudi jemputlah saya .... 



22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Brado Kapak nak kahwin dahhh! Jodoh blogger jugak tu :D

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Uhh tak terbanding saya dengan Brado Kapak ni ...

      Padam
  3. Teknik penulisan amat penting untuk menarik perhatian serta cara persembahan..misteriii...

    BalasPadam
  4. beliau seorang yang friendly dan banyak ilmu dicurahkan...dia pernah mengajar saya memasang iklan H12 di blog....saya suka teknik penulisan dan penggalian rahsia MH370 yang beliau tulis....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai gak terkesima .. bab pasal tulis MH370 tu kena ada banyak ilmu dan sumber .. bukan mudah nak tulis camtu, lagi berani.

      Padam
  5. saya pun selalu baca blog dia and follow dia di fb..dia mmg hebat...

    BalasPadam
  6. mula kenal dia masa baca pasal MH370 tu. Baru 'terbuka' mata tentang isu global sekarang dan kaitannya dengan sejarah dulu. Hanya orang yang benar2 faham akan tahu maksud yang disampaikan yang penuh misteri. Saya masih cuba memahami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ENtri-entri sarat gitu memang kena baca dengan berhati-hati

      Padam
  7. pernah terdengar tapi tak tau pulak dia adalah blogger misteri!

    BalasPadam
  8. Yang pakai jersi Barcelona dan name tagnya BK :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha .. ahhh sudah, jom cari .. hehehee

      Padam
  9. salam...tapi saya fikir dia seorang oportunis..

    BalasPadam
  10. salam...tapi saya fikir dia seorang oportunis..

    BalasPadam
  11. sejujurnya saye terbaca entry nih sebab saye nak tahu siapa bradokapak.. saye memang terpukau dengan penulisannya.. dengan sumber fakta yang sukar dipertikaikan.. walaumacammana pun kita kena berhati-hati kerana manusia selalu membuat kesilapan.. jangan terlalu taksub.

    BalasPadam
  12. Saya mmg tepukau dgn setiap penulisan beliau. Even I'm starting know him after reading about MH370. Namun setelah baca bnyk tulisan2 beliau spt Hikayat Duka Sultan Tidak Bertakhta dan bnyk lg, saya sgt tersentuh..dan minda mula berminat untuk mengetahui isu global...
    BK, teruskan b'karya...

    BalasPadam
  13. Sy memang suka misteri.BK@dramaraja pnuh misteri.krn misterilah membuat org terbuka mata dan sgala pancaindera.hehe

    BalasPadam
  14. Tulisan brado kapak berlainan dgn yang dulu dulu. Tulisan dulu dulu kelihatan lebih ikhlas. Bagi mereka yang faham, tulisan BK terdahulu terdapat banyak rahsia dan kualitinya jauh lebih baik dari tulisan MH370. Walau apa pun, tulisan BK jauh mendahului blogger lain.

    BalasPadam
  15. Brado. Kami kawan. Tak rapat tapi dekat. Jauh tapi rapat. Heheheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement