Jadilah pengguna ubat yang bijak . Ramai antara kita yang acuh tak acuh je tentang cara ubat disimpan, dan juga diambil. Walhal ubat-ubatan ...
Jadilah pengguna ubat yang bijak. Ramai antara kita yang acuh tak acuh je tentang cara ubat disimpan, dan juga diambil. Walhal ubat-ubatan bukanlah murah, ia merupakan antara produk yang mahal. Kementerian Kesihatan sendiri sering habis bajet disebabkan untuk dapatkan dan beli ubat bagi kegunaan di hospital, klinik dan farmasi kerajaan.
Namun, ramai pesakit dan pengguna yang sambil lewa menggunakan ubat dengan cara yang salah. Malah ada ubat-ubatan yang tidak dimakan dan terbuang begitu sahaja. Ramai tidak tahu bahawa ubat-ubatan yang tidak diambil atau berlebihan sebenarnya boleh dihantar kembali ke mana-mana farmasi hospital kerajaan.
Pengguna harus tahu mengenai konsep 5B pengambilan dan penggunaan ubat-ubatan.
Ubat-ubatan adalah berbeza pengambilan bersandarkan dos dan juga latar kesihatan pesakit. Tidak boleh sesekali anda ambil satu sukatan ubat itu tanpa nasihat daripada mereka yang pakar. Dan elakkan diri dari terjebak dengan ubat-ubatan tidak sah, atau yang palsu. Ada je ubat palsu yang dijual di pasaran terbuka... jadi berhati-hatilah.
Nasihat seorang rakan yang juga ahli farmasi, ubat-ubat kena makan sampai habis, terutama ubat antibiotik. Bukan sebab ia mahal, tetapi disebabkan cara pengambilannya memang kena sebegitu. Kalau tidak, maka sia-sia je la ... badan tak sihat-sihat malah jadi makin teruk disebabkan alpa dan keengganan diri menjadi seorang pengguna ubat yang bijak.

Konsep 5B Dalam Pengambilan dan Penggunaan Ubat
Pengguna yang Betul
- Pastikan label ubat tertulis nama pesakit.
- Jangan berkongsi ubat anda.
- Jauhi ubat daripada kanak-kanak.
- Asingkan ubat untuk haiwan pemeliharan daripada ubat manusia.
Ubat yang Betul
- Baca label ubat untuk memastikan ubat yang diambil adalah betul.
- Jika nama ubat yang diterima lain daripada yang biasa, sila tanya doktor /ahli farmasi anda
- Apabila menerima baki ubat, pastikan ubat yang sama diterima. Jika ianya berbeza, tanyalah sama ada ianya ubat sama tetapi lain jenama.
- Pakailah cermin mata dan nyalakan lampu untuk membaca label ubat.
- Untuk ubat am (OTC) atau supplement, sila baca carta kandungan ubat.
- Pastikan anda tahu nama-nama ubat yang dipreskripsikan.
- Pastikan anda mengetahui kegunaan ubat yang anda sedang mengambil.
Dos yang Betul
- Baca arahan pada label ubat.
- Pastikan anda mengetahui berapa sukatan / dos yang harus diambil setiap hari.
- Pastikan anda mengetahui tempoh pengambilan ubat.
- Gunakan sudu bersukat untuk ubat minum jika sudu tersebut dibekalkan.
- Gandaan atau pengurangan dos ubat tanpa nasihat pengamal kesihatan adalah tidak digalakkan.
Cara Pengambilan Ubat yang Betul
- Baca arahan pengambilan pada label ubat.
- Pastikan anda mengetahui cara pengambilan ubat yang betul.
- Bukan semua ubat tablet harus ditelan. Sesetengah ubat tablet perlu dikunyah, dihaluskan atau dilarut dalam air sebelum makan. Bertanyalah kepada ahli farmasi cara terbaik untuk mengambil ubat anda.
Masa Pengambilan Ubat yang Betul
- Baca arahan pada label ubat.
- Pastikan anda mengambil ubat ikut masa yang ditetapkan.
- Ubat harus diambil pada masa yang sama setiap hari.
- Ambil tahu samada ubat anda boleh diambil bersama ubat atau makanan lain.
- Ambil tahu apa yang harus dilakukan jikalau tertinggal dos.

COMMENTS