Teknik SEO fetch as Google adalah teknik orang rajin yang ada banyak masa, dan ada iltizam untuk melakukannya. Walaupun teknik ini mudah, tetapi buat sesetengah orang terutama blogger yang tak banyak masa terluang, teknik ini agak renyah.
Saya sering gunakan teknik ini untuk tujuan tertentu dan tidak dilakukan setiap masa. Saya hanya akan lakukan andai ada keperluan sahaja. Namun, adalah tidak salah untuk dibuat sekerap mungkin buat blogger yang hyper-rajin... hehehe...
Teknik SEO Fetch as Google
Mudah sahaja.
- Login ke Google Webmaster Tools.
- Buka bahagian Crawl untuk blog anda.
- Klik bahagian Fetch as Google.
Apabila anda telah klik bahagian fetch as Google seperti ditunjukkan di bawah ini, maka masukkan url entri blog anda yang mahu disenaraikan di enjin carian.
Anda boleh lihat beberapa optimasi yang disediakan - jenis seperti Desktop, Smarphone untuk mobile dan sebagainya. Anda perlu klik butang Fetch atau Fetch and Render untuk membolehkan blog anda digelintar oleh enjin carian Google. Pilih satu atau ulang untuk melakukan pilihan yang kedua.
Anda kemudian akan dipaparkan pilihan seperti di bawah ini.
Klik Go, dan kemudian anda akan lihat keputusannya di paparan seperti di bawah ini.
Anda kemudian perlu klik butang Submit to index yang tertera. Ia kemudian akan maklumkan seperti di atas apabila URL telah dihantar untuk indeks di Google.
Teknik ini walaubagaimanapun terhad untuk 10 URL setiap hari sahaja. Anda tidak boleh dengan selalu menggunakannya (walaupun awal tadi saya kata boleh buat banyak kali), untuk elakkan anda seolah cuba melakukan spam menerusi enjin carian.
Saya harap teknik SEO ini membantu ramai blogger baru untuk melihat entri mereka berada di halaman utama enjin carian untuk kata kunci tertentu.
Ia juga salah satu teknik untuk membolehkan entri blog berada di enjin carian dalam masa kurang 30 minit!
Semoga bermanfaat.
Thank you for sharing. Senang-senang nanti nak cubalah.
ReplyDeletekena cuba,, sbb ni abg HH ajar ni - kedaionlinemy.com
DeleteWaaa... info baru nih...
ReplyDeleteMantap sekali :)
ReplyDeleteTerima kasih atas panduan berguna
ReplyDeleteAkan datang nak baca lagi ni HH sedang berada di luar rumah....tak sesuai nak baca lama..bising kat sini hehe
ReplyDeletekena teroki dunia blog..tak teroka maka siput ilmu..Etuza kena banyak belajar dan belajar terima dan terioma teguran
ReplyDeleteTeknik seo fetch ini dulu sering saya lakukan, namun akhir-akhir ini sudah tidak pernah lagi. Terima kasih bro sudah mengingatkannya kembali
ReplyDeleteAntara teknik SEO yang sebenarnya mudah nak buat dan diamalkan, konsisten itu perlu bagi memastikan blog tidak mati walaupun tak ada update terkini.
Deletenak tanya,, kalau SEO kita tinggi tapi kita tak update post,,, ranking alexa.com jatuh tak? - kedaionlinemy.com
Deletewah ! boleh dicuba ;)
ReplyDeletehahahaaaa teknik ini sudah pecah lobang maaaa.. ingatkan takmo cerita, fetch a bing tak nak cerita ke bro? opsssss
ReplyDeleteSaya akan cerita .. in Sha Allah, sebab nak bagi bagi bagi dan bagi semua ... biar semua blogger Malaysia dapat tahu teknik2 ini yang sebenarnya mudah dan berkesan.
DeleteKalau ikutkan, saya dah pernah ceritakan sebelum ini, semasa Google perkenalkan Google Webmaster Tools .. hoho
Deleteteknik menarik walaupun selalunya kemalasan nak buat, tolong rajin mak jemah!
ReplyDeletealamak bro sudah kasi pecah lubang...kalau buat nie..tak sampai seminit pu boleh terus keluar dekar SERP
ReplyDeleteHahaha.. adeh. Percaya pada ketentuan Allah. Google manusia buat. Itu saja saya nak cakap .. :P
Deletebila manusia yang cipta sesuatu,, pasti ada kelemahan disebalik ciptaan tu,, tq bro :-)
Deletethnkz share,,ida thu psal ni tp lum ada masa nak godek..pening..heheheh
ReplyDeleteBuat pertama kalinya say asudah mencuba tips bro HH...yes saya sudah berjaya buat...terima kasih HH...saya akan teruskan buat sekali sekala teknik seo ni...terimaaa kasih tidak terhingga...ilmu baru.
ReplyDeleteAlhamdulillah. senang hati saya bila tips SEO yang saya berikan menjadi pada blogger lain .. tahniah tahniah .. teruskan baca dan dapatkan tips lain daripada blog saya ni ... saya halal ilmu ini kerana datangnya dari Allah S.W.T
Deletewah... teknik yang mudah diamalkan... terima kasih atas ilmu berguna dan bermanfaat ni ;)
ReplyDeleteBanyak lagi benda kita boleh buat dengan webmaster tools nie. Antaranya Disavow Tools. Banyak webmaster dapat perbaiki ranking dorang lepas kene penalti algoritma Google dengan pakai tool nie. Bagus untuk monitor kalo ada orang cuba nk negative SEO blog or website kita.
ReplyDeleteSaya ada baca mengenai Disavow Tools ni .. tapi belum cuba lagi.
DeleteSaya tak jumpa pulak bahagian crawl tu.
ReplyDeleteBro HH!! tq so much.. sgt membantuu.. hehehe.. x pernah guna pon natang tools ni.. tq skali lg
ReplyDeleteHaaa apalagi, cubalah teknik dan tips SEO ni .. mana tahu nampak kesan positif pada blog.
DeleteIlmu lama yang ada blogger masih tak tahu..:)
ReplyDeleteSesekali guna juga, hanya untuk entri-entri tertentu sahaja.
ReplyDeletenak mencuba ilmu baru ni..tp laptop wat hal..hihi..apapun tq share info ni bro hh
ReplyDeleteJarang juga gunakan fetch as google ni kena lah kerap gunakan ya
ReplyDeleteKerap sangat pun tak boleh, Google tu pun tak bagi ... haha .. tapi gunalah submit sitemap tu .. bagus tu ... submit setiap kali ada buat perubahan pada blog . seminggu sekali atau dua kali sebulan buat lah ...
DeleteBaru tahu. Tak sabar nak guna webmaster tools nih.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan,
ReplyDeleteTerima kasih dengan perkongsian SEO strategy ni, saya tak tahu pun. Alhamdulillah bertambah ilmu baru.
Saya sebelum ni, bila nak dapatkan first page dalam carian google, selalunya saya update artikel dan masukkan keyword yang berkaitan dengan niche artikel dan paling banyak jumlah carian.
Dari perhatian saya, ianya memang ada kesan, tetapi ambil masa juga. Saya nak praktikkan ilmu yang tuan kongsikan ni, sebab 30 minit tempoh yang cepat juga.
Ohh terima kasih atas tips yang diberikan tu .. leh cuba jugak tu nanti.
DeleteAskm. Terima kasih diatas tips blogging ini.
ReplyDeleteKenapa ya result not found under column status tu?
Blog dah daftar ke dengan Google Webmaster Tools ni?
Deleteapa maksud partial dan complete tu tuan?
ReplyDeletewah... bagus ni...selalu tick kat crawl this url je...bagus info ni
ReplyDeleteilmu baru. nanti nak buat jugak. thanks sharing dgn kami
ReplyDeleteSama-sama Yumida .. leh juga buat untuk entri2 lama yang tak berjaya masuk dalam Google.
Deletememang saya praktikkan kan fetch as google kat google webmasters ni setiap kali lepas publish entri baru... :D
ReplyDeletewahh bagus ni . tq sifu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.