Tips buat duit untuk blogger yang suka pergi melancong. Saya tahu ramai menulis entri kongsi cerita kisah pergi melancong dan bercuti. Tahukah anda, bahawa dengan pergi melancong ini, anda boleh buat duit? Tentu sekali jika anda seorang blogger, anda ada kelebihan buat duit dengan blog menerusi pergi melancong bercuti.

Menerusi entri ini saya akan kongsikan kepada anda tips buat duit blogger yang suka melancong. Anda akan tak sangka bahawa terdapat banyak peluang jana income tambahan yang boleh dibuat jika pergi melancong.
Tips Buat Duit Blogger Pergi Melancong
Blogger buat duit online dengan jual souvenier

Tips Buat Duit Blogger Pergi Melancong

Buat Duit Dengan Gambar Pelancongan

Jika anda kaki ambil gambar (bukan selfie) maka seharusnya anda tahu potensi gambar yang anda ambil itu untuk dijual, samada secara terus atau secara online. Ada banyak laman web yang boleh anda jual gambar cantik yang anda ambil semasa bercuti. Untuk membolehkan gambar itu dijual dengan harga tinggi, ia mestilah gambar resolusi tinggi dan gambar tempat menarik anda lawati.

Blogger yang ada kamera DSLR memang satu kelebihan untuk hasilkan gambar cantik menarik ketika pergi melancong. Ambil gambar unik sesuatu tempat pelancongan, atau cari keistimewaan destinasi pelancongan tersebut.

Ada gambar cantik anda ambil semasa pergi melancong? Anda boleh jual di Shutterstock secara online. Hoho .. blogger memang banyak cara buat duit online ni.
Leh buat duit tangkap gambar burung 'special'

Anda juga boleh sertai mana-mana kontes yang memerlukan anda hantar gambar destinasi pelancongan. Banyak kontes sebegini anda boleh sertai, bukan sahaja kontes tempatan tetapi juga luar negara yang tawarkan hadiah cukup menarik dan lumayan.

Buat Duit Melancong Sambil Kerja

Kadangkala anda terpaksa pergi 'melancong' disebabkan kerja atau mengikut pasangan anda yang perlu ditugaskan ke sana. Selalunya bila ia makan masa selama berbulan-bulan, 'pelancongan' anda itu mungkin akan dirasakan boring. Jadi, bolehlah anda cari kerja sampingan yang tidak terikat dengan apa-apa komitmen atau kontrak. Ada je kerja mudah yang boleh anda buat selama berada di dalam destinasi pelancongan anda.

Contohnya petik buah epal di ladang, atau anda boleh jual barang Malaysia seperti budu, belacan, mahupun buku resepi dari Malaysia.... hoho. Anda juga boleh kerja dengan cuci pinggan mangkuk di restoran atau jadi guru tuisyen untuk mata pelajaran tertentu macam Bahasa Melayu.
Leh buat duit tangkap gambar orang lain

Ramai blogger antarabangsa yang suka melancong buat kerja sambilan di destinasi pelancongan mereka pergi. Rata-rata nak dapat income sampingan atau duit saku untuk berbelanja. Duit travel yang mungkin dapat dari sponsor tak usik pun ... hoho.

Pergi Melancong dan Jual Barang Malaysia

Tadi saya beritahu jual barang dari Malaysia bila pergi melancong. Tips ni saya kembangkan lagi. Anda boleh jual barang dari Malaysia kepada student-student Malaysia yang belajar kat oversea. Malah, anda boleh jual barang dari Malaysia kepada mereka yang memang dah menetap di sana. Anda boleh jual dengan harga tinggi pulak tu, sebab barang susah nak dapat. Contoh macam tadilah, budu, belacan, kicap, sos char kue teow termasuklah barangan macam pakaian seperti baju kurung, kebaya, kain-kain ela, keronsang. Ada yang jual mutiara Sabah, daun pandan, daun kari .. hoho ....

Baca anak kawan saya beli barang mainan kat Padang Besar, jual online di internet di sini - Anak Kawan Buat Duit Jual Mainan Online

Pergi Melancong dan Jual Barang Oversea

Cara kedua ini terbalik, anda dah pergi bercuti, cari tempat yang ada jual barangan murah; balik Malaysia jual pada kawan-kawan atau jual je secara online. Boleh cari Garage Sale yang selalu ada di luar negara. Malah ada outlet yang jual barang-barang yang dah terpakai tetapi masih elok. Selain cari souvenier untuk diri sendiri, bolehlah beli lebih jika menarik untuk dijual pada kawan-kawan. Jika anda ada akaun Instagram, ini memang peluang buat duit berganda-gandalah. Tak tahu cara nak buat duit melancong dengan Instagram? Boleh rujuk entri ini - Buat Duit Menerusi Instagram

Ada banyak lagi cara nak buat duit dengan pergi melancong ni. Anda boleh rujuk entri rakan blogger +Izzati Ghafur yang dah dedahkan banyak tips buat duit dengan pergi melancong.

Izzati Ghafur adalah salah seorang blogger yang kerap melancong ke sana sini, dan kebanyakannya ditaja. Menarik bukan? Jika nak tahu lagi boleh rujuk rakan-rakan blogger travel yang hebat-hebat. Saya pernah cerita buat duit dengan blog pelancongan jika anda seorang blogger yang mahu buat duit online menerusi pergi melancong.

18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bestnya klu ditaja....tq info ni bro HH...walaupun xbrapa suka ambik gbar..sekuramg2nya tau kelebihan ambik gambar smsa bercuti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm, sebenarnya kadangkala tak perlu ambil gambar pun, cukup anda berikan maklumat dan info sesuatu tempat lokasi pelancongan pun leh buat duit ... :)

      Padam
  2. perkongsian yang menarik... terima kasih abang HH...

    BalasPadam
  3. Ada yang pergi melancong sambil menyelam air. Pergi siap war-warkan dimedia sosial kalau ada barang yang berkenan untuk dibeli dan dibawa balik. Belum sampai Malaysia, barang-barang semua confirm untuk dibeli. :)

    BalasPadam
  4. wah tak sangka pulak pegi melancong boleh buat duit, biasanya mengabih duit je hehehe

    BalasPadam
  5. wah...bagus nih....terima kasih atas informasinya.... sangat bersetuju dengan tips buat duit ni...ramai blogger macam ni...lagi2 kalau blogger tu adalah yang berkerjasama dengan syarikat2 penerbangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogger kena pandai cari 'lubang' sendiri, tak boleh nak harapkan peluang itu datang, tapi cipta sendiri peluang tu, dan mungkin leh panjangkan peluang itu pada orang lain.

      Padam
  6. Assalamualaikum HH,

    Bila terbaca artikel yang tuan kongsikan ini, nak saya share sikit idea saya. Mungkin saya akan lakukannya di masa akan datang.

    Nak jadi cerita, isteri saya kena pergi kursus selama tiga hari dua malam ke langkawi. Oleh kerana anak kedua saya masih menyusu badan, jadi saya kenalah pergi dan bilik untuk saya tak disediakan untuk peserta kursus je (hampeh punya kursus).

    Jadi saya pun carilah dalam laman web booking.com bilik di langkawi nanti, nak booking. Dan memang kita booking secara online akan dapat lagi murah.

    Bila saya explore laman web booking.com ni, saya dapati ia menyediakan program affiliate. Dari situ saya dapat idea. Dengan pergi melancong, kita boleh promosikan affiliate laman web booking.com.

    Saya yakin, kalau saya gunakan strategi pemasaran yang biasa saya gunakan untuk perniagaan internet saya, inshaa Allah saya boleh melancong sambil jana pendapatan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. sebenarnya banyak lagi program affiliate yang boleh digunakan oleh blogger yang buat blog pelancongan atau travel ni. Saya sendiri pernah dapat komisen dari Agoda, salah satu laman web servis tempah bilik yang ada program affiliate.

      Saya ada ceritakan dalam entri saya lain mengenai peluang ni.

      Padam
  7. melancong dah seronok.. boleh buat duit sambil melancong.. double seronok..

    BalasPadam
  8. Nak harap tajaan tu Mmg susahla. Tp kalau sambil bercuti, beli brg kemudian jual tu boleh jadi.

    Buat trading.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tajaan boleh dapat tapi kena bina network sendiri, paling penting sesama blogger travel itu sendiri. :)

      Padam
  9. Ini yang seronok kalau jadi blogger asli ni...santai2 sambil melancong kat tempat org pun blh buat duit...memang menjanjikan pulangan lumayan buat blog ni tapi mesti menarik dan ada teknik2 tertentu yang mesti dipelajari..baru blh dapat trafik yang marvelous jgk...

    BalasPadam
  10. tips yang berguna. Kena belajar ambil gambar cantik, maklumlah takde bakat seni yang terpendam hehehe

    BalasPadam
  11. menarik tip-tip yang dicadangkan oleh HH. Sekarang saya boleh buat 2 benda dalam satu masa....bila bekerja outstation boleh buat foodtrail skali :)

    BalasPadam
  12. Terima kasih kerana sudi berkongsi info yang sangat berguna, selama ni pergi melancong menghabiskan duit jer yang tahu..hehehehe

    BalasPadam
  13. Dah lama tak pergi bercuti...

    Nak pergi bercuti org rumah plak tak cuti sama dengan cuti sek skrg nie...

    Plan akan datang laa...pegi melancong sambil buat duit.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement