Saya teruja dan sangat berterima kasih kepada rakan blogger +Karlisa Halim kerana memberikan kesempatan untuk saya mengikuti salah satu program Tahun Melawat Malaysia (#VMY2014). Karlisa merupakan pemilik sebuah blog pelancongan Satun-Malaysia. Kalau anda belum lagi jenguk blog beliau, anda patut singgah ... kerana apa? Kerana di situ ada panduan dan tips untuk anda buat duit menerusi blog pelancongan.

Buat Duit Dengan Blog Pelancongan

Blog pelancongan buat duit? Biar betul! Ya, menurut Karlisa, beliau boleh target mendapat sehingga RM200K pulangan setahun menerusi pelancongan yang dilakukan dengan menggunakan medium blog untuk promosi. Jika beliau boleh, mengapa tidak ada?
Tips buat duit menerusi blog pelancongan - hasrulhassan.com

Tak susah sebenarnya. Seperti yang pernah saya katakan dalam tips blogging biasa, bagi sebuah blog menjana pendapatan, ia perlu ada niche sendiri. Dan dalam kes Karlisa, beliau buat blog berkaitan pelancongan Satun, Thailand dan Malaysia. Satun adalah tempat tinggalnya, di mana segala-gala mengenai Satun beliau arif.

Macam anda bijak dalam fotografi, anda buat blog fotografi anda, anda kongsikan tips berkaitan, dan anda jual hasil karya anda menerusi blog. Semudah itu.

Begitu juga jika anda pandai buat kek. Anda tulis mengenai hobi anda buat kek, kongsi resepi yang ada... dan akhirnya menerima tempahan menerusi blog. Awal, buat secara kecil-kecilan. Kemudian, bila sudah ada hasil yang baik, boleh tukarkan blog peribadi biasa anda itu menjadi sebuah blog niaga. Ramai dah buat ... cuma mungkin anda tak perasan .. hehehe...

Tips Buat Duit Menerusi Blog Pelancongan

Ok, berbalik tadi mengenai buat duit dengan blog pelancongan. Bagaimana caranya? Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda guna-pakai.
  • Mahirkan diri dengan pelancongan setempat.
  • Ketahui tempat-tempat menarik sekitar tempat anda.
  • Dapatkan info dan butiran lengkap tempat menarik tersebut.
  • Ambil gambar sendiri.
  • Bina networking dengan mereka yang terlibat dengan pelancongan di tempat anda.
  • Buat kad nama dengan nama blog anda - mesti ada konsep blog pelancongan.
  • Nama blog anda perlu menampakkan bahawa anda sedang menjual destinasi pelancongan.
  • Popularkan diri anda sebagai orang yang tahu selok belok tempat anda.

Itu antara tips yang boleh saya kongsikan, yang lain anda boleh rujuk sendiri di Travel Blog Malaysia Thailand. Ada banyak perkara boleh anda pelajari. Walaupun blog tidak mencanak dengan trafik; ia tidak bermakna blog tersebut tidak memberikan pendapatan. Apa yang penting, anda perlu wujudkan blog yang unik dengan niche sendiri supaya boleh mengumpan mereka yang benar-benar mencari informasi mengenainya...


16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. thanks encik hh untuk perkongsian ini.. Ada juga terfikir nak buat blog pelancongan. nak buat blog pelancongan, mesti kena rajin melancong kan. modal x cukup lagi haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, anda takperlu jadi pengembara atau perlancong.Yang penting anda ada minat.Suatu hari nanti anda akan jadi perlancong yang dapat duit. Modal saya permulaan, RM25/ untuk 100 keping biz kad. Wifi hacker guna LINUX ...dan kini tak payah hack lagi bab dah ada modal.

      Padam
  2. Tak semestinya. Jadi pakar pelancongan kat tempat sendiri je, baca tips saya bagi tu .. ada tak suruh anda melancong???

    BalasPadam
  3. nice sharing....boleh dipraktikkan nanti....

    BalasPadam
  4. Menarik, ada sesiapa yang nak cuba?

    BalasPadam
  5. wah menarik ni boleh cuba nti klu ada peluang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat blog mengenai tempat anda sendiri pun dah cukup ...

      Padam
  6. Terima kasih atas tips. Memang pernah terfikir nak buat blog pelancongan ni, plus tahun ni Tahun Melawat Malaysia..Betul cakap En. Hasrul tu, nak buat blog pasal pelancongan tak semestinya perlu melancong. Sekarang dunia dihujung jari.. :) Once again, thanks for the tips.

    BalasPadam
    Balasan
    1. #VMY2014 peluang blogger Malaysia buat duit dengan blog pelancongan .... jadi tour guide tempat sendiri pun dah ok dah ....

      Padam
  7. Salam semua,
    Salam saudara hasrul Hassan, terima kasih kerana review blog cap ayam saya..:)
    kalau sesiapa yang berminat nak membuat blog perlancongan sila email ke karlisahalim@gmail,com
    Khidmat nasihat percuma dan anda tak perlu backlink blog saya kerana perkhidmatan percuma...tapi kalau nak link kan,saya ucapankan terima kasih. :)
    tips yang ringkas.
    1.Malaysia adalah negara yang cantik
    2.Disekitar tempat anda ,tentu ada produk perlancongan.Tak semestinya sebelah rumah anda,Mungkin dinegeri anda.
    3.Menulis berpandukan rujukan,Garapkan info yang anda dapat dalam blog atau pamplet atau maklumat perlancongan. Tulis dalam gaya bahasa anda sendiri. Bila anda baca dan anda tulis,anda akan ingat semua fakta. ( ilmu dari sk dan smk ) .Kalua anda di peringkat diploma atau ijazah, anda tentu faham dengan istilah rujukan.
    3.Dapatkan gambar - gambar tempat yang menarik.
    4.Dapatkan maklumat ,tempat penginapan dan alamat.Bincang harga dengan pemiliknya dan kemudian anda makup harga.
    5.Dapatkan info lokasi.
    6.Bila ada customer yang nak pergi , anda pergi melawat sekali untuk kepastian. perberlanjaan semua anda dah markup dalam pakej tadi.
    7.kalau nak lagi mudah,anda jadi ejen perlancongan kepada tempat penginapan tersebut. Anda cuma buat pakej dan customer terus ke ajen. Tapi disini anda akan kehilangan customer tetap.Cara ini mudah,tetapi anda kena cari customer baru setiap kali.

    Sebarang pertanyaan detai,boleh hubungi saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Karlisa kerna sudi menambah tips ...

      Padam
    2. info yang menarik sekali.
      terasa datang pula minat nak menulis tentang pelancongan.
      terima kasih tuan tanah dan Karlisa atas idea yang dikongsikan.

      Padam
    3. whoaa... very interesting... indeed!!!

      Padam
  8. sumber ini, dapat memberi inspirasi kepada saya dalam membaiki blog saya.TQ

    BalasPadam
  9. Perlu lesen syarikat pelancongan ke nak promote melalui blog nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak. Blog sebagai wadah penyampai sahaja.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement