Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir. Siapa pernah pergi Tasik Kenyir? Tasik Kenyir memang destinasi popular pelancongan di Terengganu. Saya sebenarnya dah lama mengidam nak lepak bermalam di Tasik Kenyir. Ngidam lama .... dekat 5 tahun .... hoho. Dan alhamdulillah, saya dan keluarga telah berkesempatan untuk menginap di Rumah Peranginan Tasik Kenyir selama 2 hari 1 malam.

Saya dan keluarga telah ambil keputusan untuk bercuti selama seminggu di Kuala Terengganu masa cuti persekolahan pertengahan pada bulan September 2014. Dari Parit Buntar, saya telah bertolak ke Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands - Lojing - Gua Musang - Felda Aring - Tasik Kenyir.

Saya ada ceritakan pengalaman pertama saya melalui jalan pintas Gua Musang ke Kuala Terengganu dalam entri sebelum ini, dan sempat juga saya berkongsi tips dan pengalaman perjalanan dari Cameron Highlands ke Gua Musang. Ia satu pengalaman bercampur baur tetapi berbaloi untuk anda baca dan ketahui selok belok laluan itu secara am.

2 Hari 1 Malam Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir

Peta Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Entri kali ini saya nak kongsikan sedikit pengalaman dan gambar percutian kami sekeluarga di Rumah Peranginan Tasik Kenyir. Mungkin ada info dan maklumat berguna yang boleh anda jadikan rujukan jika teringin nak bersantai di Tasik Kenyir nanti.
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir adalah salah satu daripada banyak siri Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah JPM. Ia satu kemudahan tempat penginapan yang disediakan khas untuk kakitangan awam. Setakat ini, saya dan keluarga dah pergi ke beberapa RPP yang terdapat di seluruh Malaysia.

Kadar Sewa RM50 Semalam

Sewa semalam di RPP Tasik Kenyir adalah RM50 semalam bagi sebuah unit banglo 2 bilik. Memang luas banglo rumah peranginan persekutuan ni .... boleh muat lebih daripada 2 buah keluarga. Kemudahan yang ada pun cukup, ada tv satelit, ada kemudahan dapur, ruang tamu yang luas, meja makan, 2 tandas dan berhawa dingin (ikut gred banglo).

Terdapat 10 buah banglo di RPP Tasik Kenyir ini dan semuanya berdekatan antara satu sama lain.

Kemudahan di RPP Tasik Kenyir

Kemudahan lain yang ada di RPP Tasik Kenyir - ada tempat riadah sukan air, ada tempat untuk buat BBQ, ada taman Rusa yang betul-betul bawah banglo RPP, ada taman permainan. Terdapat juga kemudahan dewan makan, dewan seminar, surau dan tempat untuk memancing.

Tasik Kenyir ada banyak pulau, RPP Tasik Kenyir terletak di Pulau Sah Besar yang jarak perjalanan daripada Jeti Pengkalan Gawi mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan bot milik RPP, yang dikendalikan oleh penyelia RPP sendiri - Encik Alias Nordin.

Perjalanan ke Pulau Sah Besar

Semasa dalam perjalanan dari Jeti Pengkalan Gawi ke Pulau Sah Besar, akan nampak banyak papan tanda yang menunjukkan lokasi dan jarak tempat-tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir. Di Tasik Kenyir ada banyak lokasi air terjun, selain tempat menarik seperti Santuari Kelah, Taman Herba dan juga Saok yang merupakan tempat memancing.

Oh ya, kadar tambang feri dari Jeti Pengkalan Gawi ke Pulau Sah Besar ialah RM60 bagi perjalanan pergi dan balik. Feri ni cukup besar, dan memang muat untuk semua yang telah menempah penginapan di RPP Tasik Kenyir. Jika ada yang tertinggal, maka perkhidmatan bot laju ada disediakan.
Feri Rumah Peranginan Persekutuan RPP Tasik Kenyir
Feri Rumah Peranginan Persekutuan RPP Tasik Kenyir
Jeti Pulau Sah Besar terletak di sebuah lagoon yang cantik. Air pula memang jernih dan boleh nampak anak-anak ikan berenang-renang di tepian. Ada perkhidmatan sewa bot dan juga kayak disediakan untuk aktiviti sampingan.

Yang parah sikit bila tiba ke RPP Tasik Kenyir ialah nak memanjat tangga untuk tiba ke tempat penginapan. Jika ada warga emas, memang mengeluh panjanglah bila lihat tangga yang sedikit curam naik ke tempat penginapan Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir ni. Jika anda ada bawa bagasi yang agak besar, ada kemudahan kren khas disediakan.
Laluan masuk ke tempat penginapan RPP Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Semua rumah banglo yang terdapat di RPP ini dibina dengan tiang yang tinggi. Sekali lagi, daya anda akan teruji bila nak naik anak tangga rumah penginapan. Dan jarak antara banglo-banglo yang disediakan adalah dekat, tak sampai pun sepelaung.

Landskap di RPP ini memang cantik, bersih dan dijaga rapi.

Beberapa gambar persekitaran di banglo rumah peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Yang ini beberapa gambar keadaan dalam banglo yang saya sekeluarga duduk bermalam. Memang luas, kemas, bersih dan lengkap segala peralatan untuk penginapan percutian keluarga.

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
 Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir

Tips Penginapan di RPP Tasik Kenyir

Sedikit tips bila bercuti di Tasik Kenyir.
  • Line telefon agak terhad di sini, kejap ada kejap tak ada.
  • Tiada Wifi, jadi memang bebas daripada dunia online maya.
  • Bawa makanan sendiri, di RPP Tasik Kenyir tiada kedai.
  • Bawa peralatan memancing, alternatif untuk mendapatkan sumber makanan.
  • Bawa lampu suloh.
  • Beli minuman isotonik, sebab banyak tempat menarik yang nak lawat perlukan anda minum banyak air tenaga... :)
  • Bawa minyak urut dan ubat sakit kepala.
  • Bawa ubat nyamuk dan ubat sapuan untuk gigitan serangga.
  • Bawa kamera sebab pemandangan di sini sangat cantik.

Di RPP Tasik Kenyir, ada tempat untuk BBQ dan juga dapur yang lengkap, jadi boleh masak sendiri makanan. Periuk nasi, dapur gas, pinggan mangkuk, kuali, periuk ada disediakan.
[Nak Tahu?] Klik sini untuk ketahui bagaimana nak dapatkan income sampingan menerusi aplikasi UBER tanpa perlu menjadi pemandu Uber.
Ada tv satelit, dan sesetengah bilik di RPP ini ada penghawa dingin.

Pihak pengurusan di RPP Tasik Kenyir juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain.
Secara amnya, seandainya anda seorang kakitangan awam, bolehlah buat tempahan untuk menginap di RPP Tasik Kenyir ... jika
  • Mahu rasa pengalaman bermalam di hutan
  • Mahu rasa pengalaman bermalam bebas daripada gangguan kesibukan
  • Mahu tempat percutian yang tenang dan nyaman
  • Mahu bercuti dan habiskan masa berkualiti bersama keluarga
  • Tempat relaks minda
  • Bebas dari dunia online ... dan dunia luar.
  • Rasai keseronokan jungle tracking
  • Rasai keseronokan memancing ikan air tawar
  • Rasai pengalaman mandi air tasik
  • Rasai pengalaman berkayak
  • Belajar mengenai hutan kita
  • Mahu rasai pengalaman bermain dengan ikan-ikan jinak di Santuari Kelah
  • Rasai pengalaman menaiki bot sebagai pengangkutan utama
In sha Allah, saya akan kongsikan lagi beberapa gambar aktiviti saya sekeluarga di RPP Tasik Kenyir ini untuk tatapan anda semua.

Nak tips bagaimana nak tempah RPP tak? Boleh baca di sini - Tips Tempah Online Rumah Peranginan Persekutuan


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement