Langkau ke kandungan utama

11 Tips Dapat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan

Tips Dapat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP). Rasanya, sudah tiba masanya saya kongsikan tips untuk mendapatkan tempahan penginapan di Rumah Peranginan Persekutuaan atau lebih dikenali sebagai RPP kepada penjawat awam seMalaysia .. hehe.

Yelah, banyak juga yang tertanya-tanya bagaimana saya dan isteri sering dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T dapat menempah di RPP berulang kali. Nak tahu? Baca post saya ini dengan berhati-hati.

11 Tips Untuk Dapat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Tips Dapat Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan
Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) antara keistimewaan diberikan kepada penjawat awam termasuklah pesara kerajaan untuk menikmati kemudahan penginapan dengan kos yang murah dan selesa di kawasan-kawasan peranginan terpilih.

Antara RPP yang ada ialah RPP Bukit Fraser, RPP Langkawi - Federal Villa, RPP Cameron Highlands, RPP Morib dan RPP Port Dickson. Saya dan keluarga boleh dikatakan sudah menginap di semua lokasi RPP yang ada di Semenangjung Malaysia.

Tempahan RPP ini hanya boleh dibuat secara online. Memang tak ada cara lain, walaupun sebelum ini boleh lakukan tempahan menerusi telefon dan kaunter. Tempahan RPP secara online perlu dan hanya boleh dilakukan menerusi laman web SBBPH sahaja.

Tips Untuk Dapat Tempah RPP

Tips Dapat Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan
Sekarang saya nak kongsikan tips nak dapatkan tempahan RPP ni. Saya tahu ramai penjawat awam yang dah cuba nak mohon tapi seringkali hampa apabila semua tempahan dah penuh. Bila dah penuh, tak dapatlah merasa nak duduk bilik, apartment mahupun banglo yang luas, selesa, lengkap kemudahan ni .. huhu.

  1. Tempah ikut jadual tempahan yang telah diberikan. Anda boleh semak di post ini - Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan
  2. Buat perancangan 3 bulan lebih awal untuk menginap di RPP jika mahu buat tempahan dalam cuti-cuti tertentu, seperti cuti sekolah atau cuti am.
  3. Bila nak tempah, anda tengok kalendar anda di mana ada cuti yang sesuai, sebab di dalam kalendar tempahan online RPP tak ada petunjuk tarikh tersebut adalah cuti umum. Jadi, pandai-pandailah pilih tarikh.
  4. Jika teringin benar nak merasa menginap di RPP, tempah di luar waktu puncak, iaitu di hari bekerja biasa dan bukan cuti umum.
  5. Jika tak dapat tempah banglo, cuba semak tempahan untuk apartment. Jika tak ada kosong, semak pula tempahan untuk bilik. Janji dapat buat tempahan untuk merasa menginap di RPP.
  6. Bila nak buat tempahan, sila login waktu capaian internet anda laju dan tidak tersekat-sekat.
  7. Bila nak tempah, anda lihat jadual tempahan tersebut dibuka, cuba login dan semak sehari sebelum tarikh tempahan dibuka, saya syorkan anda semak di waktu tengah malam.
  8. Bila dah dapat tempahan, buat bayaran dengan segera... supaya anda tidak terlepas peluang yang dah dapat. Jika bayaran tidak diterima dalam tempoh yang telah dinyatakan, anda mungkin dah susah nak dapatkan tempahan baru.
  9. Bila dah dapat menginap di RPP, sila jaga segala peralatan yang ada di RPP. Pihak pengurusan RPP ada rekod mengenai diri anda. Jika terdapat sebarang laporan yang tidak baik semasa anda menginap di RPP, anda mungkin dah tak boleh di situ lagi.
  10. Setiap seminggu sekali, anda cubalah untuk login dan semak kekosongan di RPP walaupun sebelum ini anda tengok semua RPP dah penuh ditempah. Ini adalah kerana ada kemungkinan mereka yang dah tempah sebelum ini tidak selesaikan bayaran atau membatalkan tempahan mereka.
  11. Tips paling penting ialah jangan mudah putus asa. Sentiasa mencuba untuk dapatkan tempahan, dan buat semakan selalu. 

Tips Dapat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan
Oh ya. Penginapan di RPP ini mengikut pada gred jawatan. Ada sesetengah RPP, contohnya untuk Banglo, hanya dibuka tempahan untuk jawatan gred 41 ke atas sahaja. Apabila anda login ke portal SBBPH, ia akan hanya tunjukkan lokasi atau tempat penginapan RPP yang hanya layak ditempah sahaja. Jika gred jawatan lebih rendah, maka tak banyak sangat pilihan. Pun begitu, harga penginapan tetap jauh lebih murah daripada mana-mana penginapan yang setaraf, sehingga serendah RM50 semalam!

Printscreen di bawah ini adalah test saya membuat tempahan online RPP di SBBPH. Tempahan ni saya lakukan ketika saya menulis artikel ini ... huhu... lihat pada tempahan Cameron Highlands tu - 9 Februari 2017. Nampak macam pelik je tempah tengah bulan, hari khamis lak tu .. tapi tarikh tu kalau lihat pada kalendar kuda adalah tarikh cuti umum - Hari Thaipusam.
Tips Dapat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan
Tips Dapat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan
Saya harap perkongsian ini dapat bantu sedikit sebanyak mereka yang belum lagi dapat merasa menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan (RPP). In Sha Allah, ada rezeki .. dapatlah tu nanti.


Komen

  1. belum pernah try walaupun dah lama nak cuba
    kena book awal2 ni baru boleh dpt tarikh yg menarik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semestinya juga .. kadang bila buka, tgk tetiba je ada kosong yang sebelum ni penuh .. tu kira rezekilah sbb mungkin ada yang tak bayar atau batalkan permohonan.

      Padam
  2. Walaupun saya dah kereja gomen dekat 7 tahun, tapi baru tahu kewujudan rumah peranginan persekutuan ni huhu..

    BalasPadam
  3. Adehh nape lea tak pernah tahu tentang kewujudan penginapan utk penjawat awam ni.. Pasni boleh la cuba nasib.. hehe.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh tak tahu? Rugi sungguh la kalau tak tahu ....

      Padam
  4. menarik tips ni,terima kasih hasrul hassan ....salam perkenalan dari geng HOUSE WIFE buat HOUSE HUSBAND

    BalasPadam
  5. Saya ni tak pernah tempah-tempah online ni. Kalau katakan lah kita dah tempah dan tinggal nak bayar aje, contoh bayar guna CDM. Details acc yang perlu dibayar tu akan dipaparkan selepas kita tempah ke? Dan selepas kita bayar, automatically status akan jadi bayaran sudah dijelaskan ke atau akan ada part yang kita kena masukkan details sebagai bukti pembayaran. Harap pihak encik faham la ye dengan soalan saya ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ikut pengalaman saya dan isteri, selalu kami bayar menerusi online payment getaway yang disediakan. Selalunya Maybank ... lepas je bayar, status akan terus keluar dah dibayar, dan diberikan surat kebenaran dan juga resit untuk semakan.

      Jika dah tempah, ia akan berikan tempoh sehingga lagi seminggu nak chck-in untuk buat bayaran. Jika dah lepas tempoh tersebut, tempahan dikira batal dan tiada sebarang caj dikenakan.

      Padam
    2. Tak boleh bayar guna CDM puan .. :P

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.