Parit Buntar sudah ada Pasaraya Besar Mydin. Awal dulu ramai juga yang macam tidak setuju pembinaan pasaraya Mydin ini di Parit Buntar. Ada banyak sebab kenapa mereka tak suka, salah satunya ialah kerana lokasinya yang berdekatan dengan sekolah dan bersebelahan dengan Hospital Parit Buntar. Apapun, walaupun ada sedikit rasa tidak suka, Mydin tetap dibina dan telahpun siap.

Pasaraya Besar (Hypermarket) Mydin Parit Buntar secara rasminya pada 18 Julai 2014 iaitu pada bulan puasa 20 Ramadhan 1435H. Kalau ikut perancangan asal, ianya dijadualkan dibuka pada awal Ramadhan, tetapi atas sebab-sebab tertentu, pembukaannya sedikit lewat.

Pasaraya Besar (Hypermarket) Mydin Parit Buntar

Pasaraya Mydin Mall, Kerian Mall
Pasaraya Mydin Mall, Kerian Mall

Mydin Mall Parit Buntar merupakan cawangan keempat pasaraya besar wholesale itu di negeri Perak. Tiga cawangan Mydin lain yang terdapat di Perak adalah di Meru Raya dan Manjoi iaitu di Ipoh, dan di RTC Ipoh yang terletak di Gopeng.
Pasaraya Mydin Mall, Kerian Mall
Pasaraya Mydin Mall, Kerian Mall

Pasaraya Besar Mydin Parit Buntar adalah merupakan sebahagian daripada Kerian Central Mall yang ketika entri ini ditulis masih lagi belum dibuka secara rasminya. Kerian Central Mall merupakan satu lagi mercu tanda baru bagi pekan Parit Buntar yang semakin dikenali kerana Pasar Kemboja dan juga heaven bagi pengail udang galah.

Saya dah beberapa kali berkesempatan ke Mydin Parit Buntar. Barang yang dijual memang agak berbeza dengan tempat lain walaupun ada yang mengatakan Mydin masih belum dapat nak compete harga dengan beberapa pasaraya kecil lain seperti Billion dan juga Econsave. Malah, pakaian yang dijual di Mydin agak sedikit mahal jika nak dibandingkan dengan apa yang dijual di Pasaraya Sakan dan juga Pasaraya Hari-Hari.
Pasaraya Mydin Mall, Kerian Mall
Pasaraya Besar Mydin Parit Buntar
Untung penduduk Parit Buntar; sudah ada banyak pilihan untuk dapatkan pelbagai barangan dan produk pengguna dengan harga yang munasabah dan sesuai dengan kos sara hidup yang rendah di Parit Buntar. Malah, di sini ada banyak kedai pakaian dan kain; selain kedai telekomunikasi yang rata-rata memenuhi banyak ruang kedai di pekan Parit Buntar.

Secara amnya, apa yang ada di Mydin Parit Buntar berikan pilihan untuk penduduk sekitar untuk beli belah. Kemudahan yang ada dalam pasaraya besar Mydin juga lengkap dan memuaskan. Dan paling menarik ialah ia dibuka seawal jam 8:30 pagi dan ditutup jam 11:00 malam. Ada tempat parking percuma disediakan.
Mydin Wholesale Hypermarket Kerian Mall Parit Buntar
Mydin Wholesale Hypermarket Kerian Mall Parit Buntar
Mydin Wholesale Hypermarket Kerian Mall Parit Buntar
Kemudahan yang ada di Mydin Mall, Parit Buntar termasuklah tempat parking yang luas percuma, ada kemudahan tangga bergerak, ada ruang legar yang luas, ada tempat permainan kanak-kanak, surau, bilik penjagaan bayi, tandas yang bersih, kawasan relaksasi dan juga medan selera.

Oh ya, Pasaraya Besar Mydin Mall adalah satu-satunya pasaraya di Parit Buntar yang ada lif. Jadi, sangat memberikan kemudahan buat golongan-golongan warga emas dan warga pencen yang ramai menjadi penduduk di pekan kecil Parit Buntar ini.
Mydin Wholesale Hypermarket Kerian Mall Parit Buntar
Mydin Wholesale Hypermarket Kerian Mall Parit Buntar
Mydin Mall Parit Buntar
Mydin Mall Parit Buntar
Mydin Mall Parit Buntar
Lokasi Mydin Mall Parit Buntar ini adalah di Jalan Sekolah, bersebelahan dengan Hospital Parit Buntar, dan berdekatan dengan sekolah Methodist. Kedudukannya juga adalah berdekatan dengan Pasar Kemboja Original Parit Buntar.
Peta Pasaraya Besar Mydin Parit Buntar
Pasaraya Besar Mydin Parit Buntar
Pasaraya Besar Mydin Parit Buntar
Awek Parit Buntar
 Awek Parit Buntar

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wahhh...seronoknya...lagi hebatlah orang-orang Parit Buntar gi shopping kan...hihihihi.. Mydin ni macam-macam ada..cam astro gak....ahahahaha... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jelas, setiap Jumaat, jkakitangan hospital yang tak gi Sholat Jumaat akan mudah ditemui di sini .. hehehehe

      Delete
  2. Maju sudah Parit Buntar hari tu balik masa ziarah arwah pakcik tak sempat ke sini pun

    ReplyDelete
  3. Penerangan yang cukup lengkap. Bangga jadi warga Parit Buntar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah. Parit Buntar juga terkenal dengan Pekan Buku ....

      Delete
  4. part paling best surau & tandas pon ok

    eh,irg parit buntar ka~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, saya bukan orang Parit Buntar, saya orang Batu Gajah, tapi menetap dekat ngan Parit Buntar

      Delete
  5. mydin pun dh ada konsep bina yg sama je semuanya dah skank ni kan ?

    ReplyDelete
  6. Biasanya tempat makan pun menarik, banyak pilihan dan pasti semuanya halal...

    ReplyDelete
  7. Semakin bertambah cawangan mydin nie

    ReplyDelete
  8. Suka beli barang dapur kat Mydin.. Murah compare ngan tesco.. Barang lain takde beza sangat.. Cuma barang dapur jelah kalau murah sikit pun..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement