Laluan Cameron Highlands - Gua Musang

Laluan Cameron Highlands - Gua Musang, Peta Jalan Cameron Highlands - Gua Musang

Pada cuti sekolah September 2014, saya dan keluarga telah pergi bercuti ke Terengganu. Kami telah menempah penginapan di Rumah Peranginan Tasik Kenyir selama 2 hari 1 malam, tetapi percutian kami ke Terengganu adalah selama 4 hari bermula dari 13 September hingga 17 September 2014. Hari selebihnya kami bermalam di rumah besan pak mertua saya yang terletak di Kampung Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu.

Saya nak kongsikan pengalaman pertama saya menggunakan jalan pintas ke Kuala Terengganu, iaitu melalui Cameron Highlands ke Gua Musang, yang kemudian melalui Jalan Felda Aring yang seterusnya menyusuri tepian Tasik Kenyir yang terbentang luas. Satu perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Cameron Highlands, atau hampir 6 jam daripada Ipoh.

Laluan Cameron Highlands - Gua Musang

Jarak perjalanan daripada Cameron Highlands ke Kuala Terengganu lebih kurang 327 km mengikut laluan ini. Manakala laluan dari Simpang Pulai ke Gua Musang adalah 157 km, dan laluan dari Cameron Highlands (Kg Raja) ke Gua Musang dalam 100 km.

Sebelum ini, saya dan isteri agak skeptikal gak nak lalu memandangkan banyak cerita yang tak berapa sedap nak didengar. Ada kata jalannya sunyilah, teruklah, banyak lopaklah, itulah inilah. Dari dengar cerita orang dan kawan-kawan, jadi kami ambil keputusan untuk mencuba jalan alternatif tersebut.
Strawberry Cameron Highlands, Pahang Malaysia
Strawberry Cameron Highlands, Pahang Malaysia
Perjalanan daripada Ipoh ke Cameron Highlands secara amnya agak baik, lancar dan memang saya puas hati sejak melaluinya di awal pembukaannya dulu. Jika ada yang tidak tahu, saya dan isteri antara pengguna pertama laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands; yang ketika itu masih belum dibuka secara rasmi. Malah, ketika kami nak melalui jalan tersebut, kena minta bantuan sebuah jentolak alihkan halangan yang dibuat oleh JKR kepada pengguna jalanraya ... hoho ...
Laluan Cameron Highlands - Gua Musang
Perjalanan yang dingin, segar memang syok bawak kereta. Cuma kena berhati-hati sedikit dengan keadaan lalu lintas. Awas jika tidak banyak kenderaan, sebab akan ramai pengguna ambil kesempatan bawa kereta laju-laju, jadi situasi di mana kenderaan 'makan' laluan akan kerap berlaku, selain memotong ikut suka hati mereka.

Awas juga dengan keadaan jalan jika baru lepas hujan, sebab kejadian tanah runtuh sering berlaku. Penting ikuti apa sahaja papan tanda amaran yang anda nampak.

Peta Jalan Cameron Highlands - Gua Musang


Dari simpang ke Kampung Raja, suasana dan rasa syok pemanduan mula berubah bila menuju ke arah Blue Valley atau dengan lebih tepat melalui laluan Cameron Highlands - Gua Musang. Jalan agak berlopak dan banyak yang rosak disebabkan sering dilalui oleh kenderaan berat terutama sekali lori-lori balak.

Suasana dingin pun macam pupus je walaupun kawasan tanah tinggi. Ini mungkin disebabkan banyak kawasan yang sudah terjejas teruk dengan aktiviti penanaman sayur secara tidak terancang dan penebangan pokok. Banyak kawasan bukit bukau gondol dan nampak 'merah berdarah'.

Jumlah kenderaan yang menggunakan laluan ini tidak banyak, jadi tiada masalah untuk memotong atau dipotong. Apa yang perlu diawasi ialah lopak dan lubang pada jalan. Ada jalan yang tidak rata dan sedikit bumpy.

Perasaan akan sedikit terganggu bila lihat keadaan di Lojing.

Tidak banyak benda yang boleh dilihat sepanjang perjalanan laluan Cameron Highlands - Gua Musang. Cuma akan kerap kelihatan ialah kelibat orang Asli. Kedai makan pun susah nak jumpa, apatah lagi rumah orang. Namun, pemandangan hijau masih boleh dijenguk. Sesekali melalui kawasan yang baru lepas hujan, ada juga kedinginan yang menusuk liang roma.

Bila perjalanan sudah hampir tiba ke Gua Musang, barulah akan nampak rumah-rumah penduduk kampung.

Peringatan penting kepada yang mahu menggunakan laluan ini, tiada stesen minyak sepanjang perjalanan dari Cameron ke Gua Musang. Jadi, pastikan kenderaan anda mempunyai minyak tangki penuh ....hoho ...

Sampai sahaja di Gua Musang, barulah saya dan keluarga dapat berhenti rehat ...

Secara amnya, atau purata dengan pemanduan penuh berhemah seperti saya ... masa perjalanan dari Cameron Highlands ke Gua Musang lebih kurang 2 jam. Dan jika dari Simpang Pulai, dalam 3 jam.


COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,302,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,34,Kekeluargaan,92,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,302,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,360,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,67,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,118,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,181,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,317,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: Laluan Cameron Highlands - Gua Musang
Laluan Cameron Highlands - Gua Musang
Laluan Cameron Highlands - Gua Musang, Peta Jalan Cameron Highlands - Gua Musang
http://3.bp.blogspot.com/-JxBZFLx46H0/VDegkAbnqyI/AAAAAAAA7LU/Q5yTSrWo_aM/s1600/cameron-highlands.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-JxBZFLx46H0/VDegkAbnqyI/AAAAAAAA7LU/Q5yTSrWo_aM/s72-c/cameron-highlands.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2014/10/laluan-cameron-highlands-gua-musang.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/10/laluan-cameron-highlands-gua-musang.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy