Emak saya cukup teruja dapat penyapu elektrik yang dibelikan menerusi Lazada Malaysia. Seronok dia. Sebenarnya mak saya dah tertarik dengan penyapu elektrik yang dah saya beli sebelum ini, juga menerusi Lazada Malaysia. Saya ada ceritakan sebelum ini di entri ini - Beli Penyapu Elektrik dan Dapat Komisen Lazada

Mulanya, mak saya ingatkan saya belikan dia sebuah mop steam. Tetapi bila saya fikir agak sukar emak saya nak kendalikan mop tersebut, jadi saya dalam diam main tukar jadi penyapu elektrik. Berbeza dengan jenis yang saya beli untuk kegunaan di rumah, penyapu elektrik yang saya belikan untuk emak adalah jenis penyapu petak, dan bukan tiga segi. Fungsi tetap sama, dan cara pengendalian juga serupa. Jadi, tiada masalah buat emak saya nak gunakan.

Hadiahkan Emak Penyapu Elektrik Lazada Malaysia

Saya belikan Cordless Swivel Sweeper .. hoho .. nama canggih tu .. 

Hadiahkan Emak Penyapu Elektrik Lazada Malaysia
Kalau ada masalah pun takat bagaimana nak charge bateri penyapu elektrik ini. Tapi, in Sha Allah, tutorial dan demo ringkas dah diberikan, saya harap mak saya dapatlah gunakan penyapu elektrik ini dengan sebaiknya.

Oh ya, saya beli penyapu elektrik ni guna Cash-on-Delivery iaitu bayar ketika barangan sampai. Selalunya kalau beli secara COD dengan Lazada, yang jadi agen penghantaran mesti Ta-Q-Bin. Servis mereka memang best dan mesra. Tak sah kalau tak menyembang kalau dah bertemu mereka ni ..... dan untuk pengetahuan anda, ada salah seorang bekas pekerja Ta-Q-Bin pernah datang ke rumah saya sebab nak belajar buat blog! Haaa...amacam? Serius .. ini benar berlaku. Semua sebab gara-gara menyembang tadi bagi kad bisnes nama blogger ... hoho.
beli COD Lazada Malaysia
Hmm .. banyak juga barangan saya dah beli dari Lazada ni. Saya ada beli barangan Lazada sekali harung sehingga RM900, siap gunakan baucer diskaun lagi yang sering muncul kalau kita langgan newsletter dari Lazada Malaysia.

Lagipun, saya merupakan affiliate Lazada Malaysia, jadi bila beli, saya akan gunakan link dalam blog untuk jana income menerusi komisen yang diberikan. Komisen tidaklah banyak tetapi tentu seronok beli sesuatu dari Lazada dengan potongan harga menarik, lepas tu ada baucer pula untuk lebih lagi potongan, lepas tu dapat komisen disebabkan jualan yang terhasil...hoho .. dapat 3 kelebihan sekaligus.


Banyak produk dari Lazada yang menarik. Servis penghantaran juga bagus. Saya dah lebih 5 kali beli secara COD (Cash on Delivery) dari Lazada Malaysia dan ada yang saya beli menggunakan kad debit CIMB; yang juga menawarkan harga potongan serta rebat menarik setiap Jumaat.

Bagi sayalah, nak beli produk online dengan diskaun, bolehlah beli belah online di Lazada Malaysia. Hari ini beli, in Sha Allah, esok lusa akan dapat, kecuali jika produk itu bukan dalam simpanan gudang Lazada Malaysia. Kalau dari pihak ketiga, mungkin agak lambat sedikit tetapi tidaklah sangat lambat sampaikan kuku kaki dah naik panjang ... hoho ..:P

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement