Masih ingat mengenai blogpost atau entri lepas mengenai pembelian saya di Lazada Malaysia tak? Kalau tak ingat, boleh baca kembali di pautan ini - Shopping di Lazada Malaysia La Pulak .... Apa yang saya beli? Ketika itu ada sale 90% off ... jadi saya beli sebuah tablet untuk kegunaan anak-anak iaitu Tenko T7X Super 7" Dual Core HD screen 8GB WiFi White.

Cash-On-Delivery (COD) Belian di Lazada Malaysia

Pembelian saya secara online di Lazada Malaysia tak bayar apa-apa pun, ini adalah kerana saya memilih untuk Cash On Delivery atau lebih ringkas disebut COD. Ini bermakna,saya hanya perlu bayar apabila produk yang saya telah beli sampai ke tangan. Tak perlu online banking, tak perlu kad kredit, hanya pesan dan kemudian tunggu produk sampai baru bayar.
Cash-On-Delivery (COD) Belian di Lazada Malaysia

Produk Dipesan Sampai Hanya Sehari

Hanya sehari! Ya, macam tak percaya ... produk yang saya beli tu hanya ambil masa sehari untuk sampai ke depan pintu rumah. Penghantaran pula diuruskan oleh Yamato Transport atau lebih dikenali sebagai Ta-Q-Bin, syarikat penghantaran warna hijau dengan lambang kucing.comel.

Oh ya, lupa nak bagitahu. Apabila sebaik sahaja anda buat pembelian, satu email pengesahan mengenai pembelian secara COD akan anda terima menerusi email. Email itu akan mengandungi butiran produk yang dibeli selain nombor kod tertentu untuk pantau penghantaran produk. Anda boleh jejaki secara online penghantaran produk berdasarkan kod yang boleh digunakan di laman web Ta-Q-Bin.

Alhamdulillah, produk itu sampai dengan selamatnya.
Beli online guna COD Lazada Malaysia
Tenko T7X Super 7" Dual Core HD screen 8GB WiFi White

Tak Sangka Bertemu Rakan Lama Kerana Lazada Malaysia

Paling menarik ialah ...

Penghantar produk Lazada Malaysia yang saya pesan itu merupakan rakan lama saya. Terkejut kami apabila saling pandang memandang. Saya sendiri tak sangka bahawa saya akan bertemu rakan lama yang menjadi penyampai barang saya beli dari Lazada Malaysia. Dia bekerja dengan Ta-Q-Bin bagi daerah Seberang Perai Selatan. Sebelum ini dia merupakan penjual ayam bergerak di kawasan saya.

Sambil berborak sambil saya cerita mengenai blog dan pembelian online barang elektronik dari Lazada Malaysia.

COD, barang sampai, saya pun bayar. Satu lagi keistimewaan ialah, seandainya anda tiada wang tunai mencukupi, anda boleh membayarnya menggunakan kad kredit atau debit. Perkhidmatan ini disediakan oleh Ta-Q-Bin. Jadi tak adalah kelam kabut sangat bila lihat dalam dompet tak cukup wang tunai.


Ok. Macam mana? Nak merasai pengalaman pertama shopping online dengan Lazada tak? Kalau nak, pastikan anda pilih masa sesuai untuk beli belah. Kerana apa? Sebab di Lazada ini banyak diskaun dan promosi.... pastu produk yang ada memang banyak pilihan ....

Memang puas hatilah beli belah online di Lazada Malaysia. Sekarang, andaikata nak cari produk tertentu terutama berkaitan gajet, laptop atau aksesori, saya pasti akan lihat apa yang ada di Lazada Malaysia. Terbaikkk ...

p.s: Saya tidak dibayar untuk menulis mengenai Lazada Malaysia, ini merupakan pengalaman sebenar saya berkongsi kepada anda untuk beli belah dengan mudah.


66 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah shopping di lazada...memang berpuas hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm memang puas hati shopping di Lazada .. lagi2 kalau benda tu murah ... ye tak? hehehe.. time sale jangan lepaskan peluang la beli belah di Lazada Malaysia.

      Padam
  2. belum pernah lagi shopping di Lazada......

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi shopping ngan lazada.

    BalasPadam
  4. bagus bila ada cash on delivery, sekurang2nya kita rasa secure sikit, my friend ada yang buat begini juga, tapi membeli dari zalora... my colleague...

    BalasPadam
  5. buat masa ni tak ada apa lagi nak beli..haritu beli vakum..memang Lazada je ada vakum tu dan dah guna..memang terbaik kualitinya..:D

    BalasPadam
  6. Wow,cepatnya penghantaran. Satu kredit untuk Lazada tu.

    BalasPadam
  7. semua product COD lah ... ok gak nih .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan semua produk COD tu Vee .. ada yang kena bayar dulu .. hehehe

      Padam
  8. Sekarang ni semuanya dah online..senangkan HH...Lazada ni memang reliable..

    BalasPadam
  9. perkhidmatan efficient dan cepat.. bagus

    BalasPadam
  10. Xpena shopping ngan lazada ni.. tp ng pndapat zara kalo pkhidmatan yg d sediakan tu mmuaskan hati mmg kita akan terus ttarik nk mbeli kat situ , .. pkhidmtn yg efisien salah satu cara jgk ntuk mgekalkn pelanggan. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu... blog shop kena tiru ni kalau mahu bersaing.

      Padam
  11. baru nak start shopping kt lazada :)

    BalasPadam
  12. nak tanya cod dia ada xtra charge tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada ... bayar apa yang dicatat pada checkout sahaja.

      Padam
    2. Cmna cara nk oder melalui cod tu?

      Padam
    3. COD hanya untuk barang2 terpilih sahaja, boleh tgk pada cashout apabila membeli ada bagitahu...

      Padam
  13. Salam. Nak tanya, perkhidmatan cod tu utk semua kawasan ya? Kita pesan, dia akan hantar dan bayar on the spot kan? Kalau barang ok ke tak ok lazada tanggung ke? Tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, lazada tangung, kalau dalam tempoh 7 hari tu macam tak ok, leh pulangkan semula kalau tak silap. Tapi setiap barang tu ada syarat terma, kena baca. Bukan semua boleh pulangkan balik.

      Padam
  14. As-salam..nk tau branded item kat lazada tu ori ke?mcm brand g shock..coach.tkt x ori je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Original set. Langkah matikan bisnes la kalau buat tak ori.

      Padam
  15. As-salam..nk tau branded item kat lazada tu ori ke?mcm brand g shock..coach.tkt x ori je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat barang yang telah saya beli, semua alhamdulillah, original.

      Padam
  16. cod utk sabah ada tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti. Kena pilih produk yang nak dibeli dulu, nanti dia ada tulis boleh COD atau tidak.

      Padam
  17. knp saya x bolh guna C.O.D ? C.OD tu tertentu kpd sesuatu kawasan ye ? klau di Banting selangor tdk bolh menggunakan kod ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda kena check pada produk dan siapa yang kendalikan. Benda tu ada pada info produk, dia ada beritahu samada boleh ke tak untuk buat COD.

      Padam
  18. Balasan
    1. COD - barang sampai baru kita bayar.

      Padam
    2. Dia mcm barang sampai kita bayar kat org ru ka

      Padam
  19. Ade cas penghantaran ke klu cod, kawasan kg boley ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kawasan kampung. Tak ada caj ... apa yang tertulis semasa check out di Lazada, itulah yang kita kena bayar.

      Padam
  20. Makeup beli kt lazada betul2 ori ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm saya tak ada pengalaman beli make up di Lazada. :)

      Padam
  21. macam mana nak cancel pembelian yang gunakan cara bayar COD ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni susah saya nak jawab .... jujurnya memang saya tak tahu cara nak cancel, tetapi boleh berhubung dengan pihak khidmat pelanggan sebelum barang tu keluar gudang atau dalam proses penghantaran.

      Kalau dah keluar dari gudang, dah tak boleh cancel dah.

      Padam
  22. rasa rasanya lazada boleh COD tak ke langkawi ? ada sesiapa boleh tanyakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tengok terma dia, ada dinyatakan lokasi yang boleh COD. Selalunya dia akan detect alamat poskod yang dimasukkan. Kalau boleh, ada perkataan COD tertera.

      Padam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  24. MCM mana nak cancel Brg yang kita pilih? Tersilap tekan Pulak...dh la cash on dileviry..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat yang diketahui, barang COD tak boleh cancel dengan mudah. Anda kena hubungi customer service untuk tujuan tersebut.

      Padam
  25. Mcm nk try bli hp kat lazada sbb harge rendah... tp ori ke x erkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ori. Tgk pada siapa seller dia .. cari produk yang ada review .. :) dalam Lazada ada banyak seller.

      Padam
    2. cm mane nak cek seller . nak beli iphone 5 . sbb tgk harge pasaran rm1k tp kat lazada 948 jea . takot clone .

      Padam
  26. Cik mcm mn bayar cash letak semua tu siap beli tunggu baru bayar kat org yg hantar tu ke

    BalasPadam
  27. Cik mcm mn bayar cash letak semua tu siap beli tunggu baru bayar kat org yg hantar tu ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bayar pada orang yang hantar tu .. leh bayar cash, bayar guna kad kredit - jika menerusi TAQBIN

      Padam
  28. Sy berminat handbag coach tapi risau takut tak ori atau yg reject...sbb tgk harganya murah giler kott..diskaun lbh 50%. Jarang coach nk bg rege murah samapi mcm tu. Huhuu...tlg bg pencerahan. T.kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je. Tapi tgk deal ni .. selalau barang yang lebih 50% discount ni dari oversea ...

      Padam
  29. kalau brg di hantar ke sarawak ada bayran tambahan ke.selain harga asal nya.bagaimana kalau brg tu berat dan besar.ada byran lain ke

    BalasPadam
  30. kalau brg di hantar ke sarawak ada bayran tambahan ke.selain harga asal nya.bagaimana kalau brg tu berat dan besar.ada byran lain ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda kena lihat deskripsi produk .. semuanya JELAS DINYATAKAN dalam Lazada tu ... samada anda nak baca atau tak je .. :P

      Ok. Barangan nak dihntar ke Sarawak .. kalau dia tulis FREE SHIPPING ... jadi tak perlu risaulah .. kalau dia ada tulis EXTRA SHIPPING FEE for East Malaysia .. jadi mungkin kena bayarlah ... nak tahu betul2 .. terus ke checkout .. dia ada tulis . jgn risau .. tak caj lagi

      Padam
  31. Tp nk cari prodak yg CND pun tngok kaw kita tingl kot....sbb kdg dia promo brg tu boleh beli cara CND...tp bila kita nk deal tak boleh...dila duk klntan

    BalasPadam
  32. Lazada boleh hantar barang sampai ke kampung??
    Dan barape harga hantarannya???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Anda kena lihat pada bahagian checkout. Di situ dah siap butiran. Jangan risau anda takkan kena bayar sebelum anda tamat pembelian.

      Padam
  33. Klau kwsan perak berape hri brg nk sampai nye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari pengalaman saya, tgk barang yang kita order, dan dari seller mana .. sehari pun leh sampai.

      Padam
  34. saya cuba nak beli barang COD tapi macamana cara nya tak pandai

    BalasPadam
  35. nak tanya la, saya ada beli barang dari lazada , nak cancel, tapi dah tak boleh cancel sebab dah proceed untuk post. tapi saya COD. agak2 boleh return ke dekat orang yang hantar tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh mestilah tak boleh. :) Sebab dah dikira beli melainkan produk tu rosak. :P Itupun takkan dapat duit, ia akan ganti dengan barang.

      Jadi, kalau COD, walaupun tak nak .. perlu juga bayar,

      Padam
  36. Balasan
    1. Bayar samada cash atau kad apabila anda terima barang di rumah. Agen penghantar akan minta anda bayar.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement