Semalam, 7 Julai 2014 saya telah berkesempatan beli penyapu elektrik menerusi portal beli belah online, Lazada Malaysia. Pembelian ini adalah sebagai hadiah harijadi isteri saya yang ke XX tahun pada hari ini 8 Julai. Ini merupakan pembelian kedua khas untuk isteri saya menerusi Lazada Malaysia.
Beli Penyapu Elektrik dari Lazada Malaysia

Beli Belah Online Shopping

Memang layan kalau dok buat real windows shopping di Lazada tu. Dari satu klik ke satu klik, dari satu bahagian ke satu bahagian, memang tak habis membelek. Kadangkala, tanpa disangka boleh dapatkan produk dengan harga super murah, sehingga diberikan potongan dan diskaun yang ada kala merapu.

Saya pernah beli produk shopping online di Lazada dengan diskaun 90 peratus. Memang best! Produk pula sampai cepat, dalam masa 3 hari selepas transaksi disahkan terus berada di depan rumah. Saya juga pernah buat pembelian di Lazada Malaysia menggunakan COD iaitu Cash-On-Delivery. COD ialah cara pembanyaran yang membolehkan pembeli bayar setelah barang itu sampai. Saya bayar COD guna kad kredit! Satu lagi kelebihan yang ada bila shopping online Lazada Malaysia.
pengalaman beli belah online di Lazada Malaysia
Beli penyapu elektrik untuk isteri, dan pada masa sama dapat jugalah komisen sekupan dua dari Lazada Malaysia. Lazada Malaysia ada program affiliate yang boleh bantu anda jana income online.

Bagi mereka yang ada blog shop, saya sangat syorkan anda sertai affiliate Lazada sebab anda mudah nak pilih produk yang bersesuaian dengan blog anda. Program affiliate Lazada Malaysia, lebih kurang sama je dengan program dropship; cuma bezanya anda tidak ambil maklumat dan info pelanggan dan keuntungan dari penjualan jauh marginnya.

Komisen dari Lazada Malaysia


Komisen dari Lazada malaysia
Kepada yang berminat nak dapatkan akaun affiliate Lazada Malaysia, bolehlah daftar di sini - Daftar Percuma Affiliate Lazada Malaysia

Platform affiliate Lazada Malaysia yang saya kongsikan ini baru sahaja upgrading, dan nampak banyak kelebihan daripada platform lama.

Apalagi, daftarlah sebagai affiliate dengan Lazada Malaysia, dan gunakan kelebihan yang ada dalam Lazada untuk meriahkan lagi blog niaga atau blogshop anda. Sambil jual produk sendiri, sambil dapat komisen jual produk lain juga....

Selamat mencuba.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement