RinggitPlus Banner

Rahsia Teknik Menang Contest SEO Duit Raya Casa Ombak

AI Trade
Rahsia teknik menang Contest SEO Duit Raya Casa Ombak. Tentu ramai yang nak tahu bagaimana saya telah berjaya menang dalam kontest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak yang dianjurkan oleh AkmaOmar.com baru-baru ini. Dalam kontest ini, saya telah berjaya menang wang tunai RM500 tempat pertama dalam kategori SEO (Search Engine Optimization).

Sebelum saya ungkap rahsia teknik kejayaan menang dalam kontes ini, ingin saya katakan bahawasanya saya bukanlah seorang pakar SEO Malaysia yang hebat lagi terbaik, tetapi hanyalah seorang pelajar yang telah mempraktikkan segala ilmu pengetahuan berkaitan SEO blogspot sahaja. Tiada lebihnya dari orang lain, terutama blogger seperti anda.
Rahsia Teknik Menang Contest SEO Duit Raya Casa Ombak

Alhamdulillah, syukur saya berjaya raih tempat pertama kategori SEO dalam Contest Duit Raya Casa Ombak ini. Menang tempat pertama dengan hadiah wang tunai RM500 di akhir ramadhan 1435H memang rezeki yang tidak disangka, ibarat dapat duit raya sebelum penyimpan mohor besar Raja-Raja umumkan bila tarikh raya Aidilfitri.

Ok. Apakah rahsia dan teknik SEO yang saya gunakan sehingga berjaya unggul di rank #1 di halaman pertama Google selama pertandingan ini dijalankan selama sebulan?

Rahsia Teknik Menang Contest SEO Duit Raya Casa Ombak

  • Saya blogwalking dahulu ke entri-entri peserta lain sebelum saya terbitkan entri kontest. Saya tinggalkan komen dalam entri mereka dengan menggunakan kata kunci atau keyword SEO yang dipertandingkan. Saya tidak tinggalkan URL link entri sebab ketika itu saya belum lagi draft entri penyertaan saya.
  • Saya tinggalkan komen lebih kerap di blog-blog yang ada berikan backlink kepada blog saya, terutama di blog-blog yang ada PR (Google Pagerank) yang lebih baik daripada blog saya.
  • Saya tulis entri saya bersandarkan teknik SEO yang pernah saya ceritakan kepada anda semua, iaitu berperenggan dengan perenggan awal, tengah dan akhir mempunyai kata kunci atau keyword 'Buffet Ramadhan Casa Ombak'.
  • Sebaik sahaja saya terbitkan entri kontes, saya terus menggunakan khidmat auto-ping dan feedburner ping untuk beritahu robot carian bahawa saya telah ada entri baru diterbitkan.
  • Saya terbitkan entri saya waktu selepas jam 12 tengah malam.
  • Saya blogwalking kembali dan tinggalkan komen dengan variasi kata kunci SEO di blog-blog rakan blogger peserta yang lain.
  • Saya buang widget entri terkini di dalam blog untuk elakkan penduaan link atau URL.
  • Saya tulis satu entri lain menggunakan variasi kata kunci atau keyword untuk dapatkan link dalaman bagi entri penyertaan saya.
  • Setiap hujung minggu, saya akan update kembali entri penyertaan saya; iaitu kemaskini dari sudut informasi terkini yang saya dapat dari entri rakan blogger lain, selain menambah gambar.
  • Gambar yang saya sertakan, dioptimasikan untuk tujuan SEO, seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini dalam tips SEO blogspot.
  • Apabila entri penyertaan saya 'tertendang' ke bawah atau tidak berada di rank #1 Google; saya selidik dan lihat entri penyertaan yang berada di rank #1. Saya baca dan saya ambil beberapa keyword penting dari entri tersebut dan selitkan dalam entri penyertaan - sekali lagi saya update dan buat ping semula.
  • Saya guna pakai fungsi social sharing untuk membolehkan entri tersebut nampak ada autoriti dan diyakini.
  • Letakkan komen Facebook di akhir entri.

Teknik Biasa SEO Blogspot

Yang lain adalah teknik-teknik biasa SEO seperti H1,H2 tag. Buat pautan dalaman untuk entri-entri yang ada kaitan dengan keyword... dan beberapa lagi yang sebelum ini pernah saya ceritakan kepada anda semua.
Teknik SEO Blogspot
Tak susah sebenarnya untuk optimasi entri SEO bagi menang Contest SEO Duit Raya Casa Ombak ini. Entri Buffet Ramadhan Casa Ombak yang saya terbitkan alhamdulillah, berjaya bertahan lama di rank #1 carian Google sepanjang pertandingan ini diadakan. Rezeki saya. Alhamdulillah.

Haa .. sekarang cubalah anda google kembali, dan lihat entri mana yang berada di rank #1 ...tentu dah bukan entri blog ini lagi .. kan kan ... hehhee.. tak rajin buat kerja, maka terperosoklah ke bawah ... :)

In Sha Allah, di kontes SEO lain, bolehlah anda cuba rahsia dan teknik yang saya kongsikan di atas, mana tahu menjadi untuk anda pula .....



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

48 Comments

  1. tahniah bro.. kagum... banyak lagi kena belajar nie hehehehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah tuan. Banyak saya belajar.

    ReplyDelete
  3. saya pulak last minit godeh2 blog.. lepas tu g letak gambar yang di link terus ke youtube, mula2 entry no 7 terus jatuh ke no 10, lepas tu jatuh ke page 2, last sekali jatuh ke page 4 dan 5. dlm masa 1 hari.. bila buang gambar yg di link kan ke youtube tu, baru lah entry naik ke page 3 dan skrg berada di page 2.. soalan sy, Adakah ia effect apa2 ? sbb just letak gambar je pun.. tp gambar tu ada keyword lain laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah naik turun naik gitu, mestilah ada efek .. :P .. kemungkinan besar, link tersebut ke sebuah sumber yang nofollow .... kita berikan backlinks pada link tersebut tapi link itu tidak kembali pada kita ... link youtube tu yang makin naik .. dan entri kita jadi keterbawah...

      Ini pendapat sayalah.

      Delete
  4. kadang mencuba tu lebih baik dapat rezeki..syukran rezeki dia..

    ReplyDelete
  5. Akhirsya strategi yang dibuat membuahkan hasil. Boleh diperatikkan ni. hehe

    ReplyDelete
  6. bce byk kali pn msh merangkak2 nk phm.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah saya dulu masa awal2 nak belajar ttg SEO .... dah la tua ... memang lambat la saya nak pikap ... slowwwww .... baru sekarang nak nampak hasil setelah bertahun.

      Delete
  7. Tahniah sifu HH. Terbaiklah. Saya pun nak belajar juga seo macam ini.

    ReplyDelete
  8. salam. abam tablemate... apa rasional terbitkan entri selepas pkl doblas malam yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri lebih cepat terindeks .... itu yang nampak la, dari segi cara tak pasti .. mungkin sbb robot derang baru start kerja .... tgh malam kita, tghari atau petang bagi mereka ....

      Cubalah buat.

      Delete
  9. Tahniah HH dan terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  10. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari... kena belajar/buat sikit2 dan slow2 nak faham. Dah tua2 ni barulah nak bebelog, itu la pasal... hahaa
    Tahniah! dan selayaknya anda bergelar sifu blogspot dan pakar SEO Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... samalah kita Bin Muhammad .... otak pun dah beku .. hoho

      Delete
  11. Bestnye & hebatnye & jelesnye sbb HH terer... hehe
    Tahniahhh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terer ke? Tak ahhh .. cuma rajin lebih sikit je dari orang lain ...

      Delete
  12. akhirhya rahsia terbongkar..
    tahniah buat HH,
    seperti biasa HH mmg otai SEO..

    ReplyDelete
  13. Dpat satu ilmu baru di pagi ni. Terima msih dan tahniah atas perkongsian ilmu. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, sangat bermakna jugak ni untuk saya ^_^

    ReplyDelete
  15. Hebat. Ilmu, rajin dan usaha tangga kejayaan..:)

    ReplyDelete
  16. Assalam... apa yg HH share ni adalah ilmu yg bukan senang kebanyakkan org nak bagi kalau dia tahu... alhamdulillah. Walaupun saya sgt slow nak serap ilmu2 mcm ni, tp sikit2 dpt juga belajar... paling tidak pun mencetus semangat saya utk terus belajar.
    T kasih atas perkongsian ilmu. Semoga HH terus maju & sukses... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh lupa nak ucap... Tahniah atas kejayaan HH... :)

      Delete
  17. akhir sekali paling penting kena rajin.... rajin update, rajin blogwalking, rajin ping entri.... berbaloi bro HH spend masa untuk pastikan entri dia sentiasa berada dalam page yang pertama dan paling atas sekali... :)

    ReplyDelete
  18. Tahniah! terima kasih atas perkongsian..banyak ilmu yang diperolehi

    ReplyDelete
  19. Tanniahlah dengan kemenangan tersebut. Blog yang ada rank yang baik senang mendapat tempias SEO.

    ReplyDelete
  20. Tahniahh..saya baru nak berjinak2 dengan ilmu seo nie..terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajarlah SEO dengan istiqomah. Tak rugi .. in Sha Allah.

      Delete
  21. thanks sbb bgi pencerahan.. mmg lepas ni xbuat lah klu gitu... :D
    btw, tahniah bro..

    ReplyDelete
  22. tq atas perkongsian yang sangat berguna ini. :)

    ReplyDelete
  23. wow..hebat2, puas saya cuba menjejaki apa yg HH buat sampai naik ke rank #1. HH ada buat analisis pesaing tak dlm kontes nih?

    ReplyDelete
  24. Subhanallah! Terima kasih untuk ilmu yang sangat berguna ini! Moga Tuan dilimpahkan dengan rezeki melimpah-ruah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih banyak kerana sudi baca dan ambil peluang dapatkan tips ini yang tidak seberapa.

      Delete
  25. Puas kerut dahi nk hadam ilmu ni.

    Hebat teknik.terima kasih HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah selalu buat, in Sha Allah, ia akan jadi mudah. Biasalah bila awal2 nak cuba, memang rasa macam leceh skit.

      Delete
  26. Asssalammualaikum...bro HH,

    thanks sudi berkongsi ilmu dengan blogger lain...

    mselim3

    ReplyDelete
  27. Taniah tuan , kiranya rezeki menyambut syawal tuh

    ReplyDelete
  28. Tahniah HH. serius mahal sharing ni. 2 3 kali baca nak hadam
    Nak tanya la, bro pakai auto ping ape yer?
    Biasa blog ni index kat google dalam berapa minit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog saya biasa diindeks dalam kurang 30 saat pun ada .. :P dia akan lihat kekuatan blog kita, dari segi sosial sharing, dari segi kredibiliti dan juga kekerapan kita update. Selalu blog yang kerap update ni dipercayai oleh Google asalkan bukan spam link.

      Delete
  29. terima kasih kerana perkongsian ini..ternyata tuan seorang pemurah dengan ilmu..terkedu saya dibuatnya

    ReplyDelete
  30. Pertama kali tinggalkan jejak di blog HH, sebelum ni silent reader je. Sangat berterima kasih dgn ilmu percuma yang dikongsikan, walaupun berpinar biji mata untuk hadam. InsyaAllah,harus dipratikkan. :-D

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. wah...first time baca entri yang buat saya pening..hehe
    banyaknya saya tak tahu

    apapun tahniah HH. duit raya 500 dah jarang-jarang dapat

    ReplyDelete
  33. Ilmu yg sgt berguna untuk sy yg baru ni. Harap memberi manfaat kpd sy

    ReplyDelete
  34. Tahniah tuan HH, lama dah nak ucap tahniah di sini tapi tak sempat. Di sini banyak saya pelajari kaedah tentang SEO, lbh lagi berkaitan contest. Tip yang banyak say tak buat. Mungkin akan datang cuba praktikkan.Terima kasih tuan HH info ini untuk kami semua.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.