Skip to main content

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah antara puluhan promosi yang boleh anda dapati berkaitan panduan buffet ramadhan tahun ini (2014). Kali ini, saya ingin kongsikan satu promosi istimewa buffet ramadhan dari Ombak Creative iaitu Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Casa Ombak Banglo merupakan sebuah banglo cantik dengan persekitaran dalam taman yang mendamaikan, sesuai dengan lokasi di Jalan Damai, Kuala Lumpur. Untuk tahun 2014, Casa Ombak yang diuruskan oleh Ombak Creative akan menyediakan promosi buffet Ramadhan dengan tawaran harga cukup menarik.

Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak 2014
Untuk info, Ombak Creative adalah merupakan sebuah syarikat event management di bawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan katering, majlis korporat, kenduri perkahwinan dan majlis persendirian eksklusif. Pastinya Buffet Ramadhan Casa Ombak menjanjikan satu suasana berbuka puasa yang unik dan tersendiri. Apatah lagi diuruskan oleh mereka yang sudah ada pengalaman mengendalikan majlis besar-besar. Jadi, expectation untuk anda ialah satu layanan dari perkhidmatan yang terbaik!

Buffet Ramadhan Santai dan Damai

Menariknya lagi, buffet tersebut akan diadakan dalam suasana santai dengan adanya stall atau gerai buffet terbuka agar memudahkan pelanggan memilih seaneka juadah berbuka puasa yang tersedia. Nak lagi seronok, ada stall untuk Instant Cook Stall Corner bagi pelanggan merasai hidangan panas-panas dan bukan suam-suam kuku dengan cara tersendiri.

Tengok suasana santai yang saya kongsikan di bawah ini. Nampak best je kan? Makanan pun nampak best, memang kena dengan harga dan bayaran. Oppss, harga? Ok hujung entri ini anda akan tahu berapa caj yang dikenakan untuk berbuka puasa penuh santai suasana taman di Casa Ombak ini.

Menu Utama Buffet Masakan Kampung

Apakah menu utama yang disediakan oleh Casa Ombak?

Menu utama buffet Ramadhan Casa Ombak adalah hidangan masakan kampung, dengan pelbagai juadah yang menyelerakan. Agak pasti, jika sudah hidangan masakan kampung, ulam-ulaman dan sambal belacan tentu sudah tersedia dalam menu berbuka puasa, ye tak? Lagi-lagi ia akan mengingatkan akan masakan ibu dan nenek di kampung.
Suasana santai Buffet Ramadhan di Casa Ombak
Buffet Ramadhan Casa Ombak Jalan Ampang
Nasi kerabu di Buffet Ramadhan Casa Ombak

Ramai juga yang telah mencuba masakan buffet yang disediakan. Ada beberapa rakan blogger telah berkesempatan berbuka puasa di Casa Ombak, dan rata-rata memang berpuas hati samada dari segi suasana, hidangan buffet makanan yang disediakan termasuklah juga dengan layanan di situ.

Jika Google Buffet Ramadhan Casa Ombak, anda akan lihat banyak review yang positif mengenai pakej buffet yang disediakan.

Ruang Selesa Ibadah Sholat Casa Ombak

Buka puasa dengan hidangan masakan kampung terbaik, bagaimana pula dengan ibadah wajib sholat yang perlu ditunaikan? Tentu ramai yang mahu tahu samada kemudahan ruang sholat ada disediakan di Casa Ombak ini.

Alhamdulillah, Casa Ombak ada menyediakan tempat dan ruang selesa untuk menunaikan kewajipan ini dengan sempurna. Lepas berbuka, bolehlah sama-sama berjemaah dengan muslimin muslimat yang lain, in Sha Allah, tambah berkat dan ibadah juga terasa sempurna.

Peta Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak

panduan peta lokasi buffet ramadhan casa ombak, kuala lumpur
Google Maps Buffet Ramadhan Casa Ombak
Peta Google Maps Buffet Ramadhan Casa Ombak [link]

Harga Buffet Ramadhan di Casa Ombak

Berikut adalah panduan informasi dan butiran mengenai Buffet Ramadhan Casa Ombak:
  • Dewasa - RM55/nett
  • Kanak-kanak (5-12 tahun) - RM27/nett
  • Lokasi - Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tempahan buffet ini adalah terbuka buat semua. Anda boleh tempah secara individu, secara berkumpulan, syarikat atau bersama keluarga tersayang. Lokasinya di Casa Ombak Banglo merupakan lokasi yang berkonsepkan taman yang pastinya menjanjikan satu keistimewaan tersendiri.

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan awal Buffet Ramadhan Casa Ombak, bolehlah hubungi seperti tertera di bawah ini.
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com

Jangan segan-segan untuk membuat tempahan awal promosi ini. Casa Ombak sudah tersedia kemudahan terbaik dan suasana terbaik. Sesekali bawalah keluarga dan teman tersayang merasai berbuka puasa penuh santai dengan suasana ala-ala dalam taman. Harga buffet juga berpatutan, jadi tak harus lepaskan peluang.

Salam Ramadhan 1435H buat semua. Jangan lupa mencuba promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak oleh Ombak Creative ni ye.

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

 

Comments

  1. Replies
    1. Memang menarik. Santai tu.

      Delete
  2. terus naik atas sekali... adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik atas apa tu Encikarman?

      Delete
    2. Meme power betullah sifu HH ni.

      Delete
  3. Macam menarik... Ada contoh hidangan mereka x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu kot mula puasa Rafael.

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih, harap ada rezeki buat anak-anak saya tahun ni, in Sha Allah.

      Delete
  5. Selera ramadhan nih...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera Ramadan tahun ni agak-agak lain tak dengan tahun lepas ehh? :P

      Delete
  6. dasat skali penulisannya..menunya memang best..tapi jauh nak pergi..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho ... menu masakan kampung, aku syak akan ada kambing dan ayam kampung sebagai menu utama.

      Delete
    2. Kambing golek paling menarik...hoho

      Delete
  7. As Salam..selamat menyambut Bulan Ramdhan yang bakal tiba :)

    Casa ombak mmg special! masakan kampung dan suasana ala garden boleh di bayangkan di tengah2 kota :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih blogger sifu sudi singgah blog Nad :") Gambar credit dari blog Ombak Creative

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ... :) goodluck buat review ni.

      Delete
  9. teringin nak berbuka kat situ..
    pernah sekali berbuka kat tmpt yg ada buffet
    mmg syok..rembat habis brg mkn yg ada..hihi

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum... Buffet Ramadhan Casa Ombak tempat yang paling sesuai untuk mereka yang ingin berbuka puasa di luar. Salam Ramadhan Al-Mubarak buat anda. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kamil Salleh ... moga sama-sama berjaya, in Sha Allah.

      Delete
    2. Hrp2... SEO mencanak, dptlah kategori SEO.... sambil promosikan Casa Ombak.

      Delete
  11. debaran menanti ramadhan semakin terasa..dan paling best kalau dapat berbuka puasa sekali sekala di luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul... sesekali bawa keluarga makan di luar bagus juga.

      Delete
  12. Buffet Ramadhan Casa Ombak <-- lanjer makan sini bro haha. Good luck bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak bijak .. hehehe... :) semoga berjaya dengan teknik SEO ini .. hoho...

      Delete
  13. Jalan2 BW malam kat sini, Selamat Berpuasa buat saudara HH.
    Moga mendapat keberkatan & dimurahkan rezeki di bulan yg mulia ini :)

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)




    ReplyDelete
  14. salam ramadan al mubarak dari AUC
    moga ramadan tahun lebih elok dari tahun sebelumnya...



    http://www.anakulucheka.com/buffet-ramadhan-casa-ombak/

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah .. semoga berjaya dengan contest seo buffet ramadhan casa ombak ni. :)

      Delete
  15. Salam Ramadhan 1435H Hasrul Hassan. Terima kasih sudi join contest saya. Semoga berjaya & jgn lupa bangun sahur na hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Akma Omar, in Sha Allah, ada rezeki saya .. boleh menang ... kalau tak, itu rezeki orang lain, janji sudah ada usaha sungguh-sungguh ... :)

      Buffet Ramadhan Casa Ombak

      Delete
  16. Salam Ramadhan untuk keluarga HH, saya doakan smg berjaya dan boleh la bagi duit raya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. doa doakan .. in Sha Allah ... duit raya untuk mereka yang layak .. hehehe :P

      Delete
  17. banyak makana yang menyelerakan..good luck bang

    ReplyDelete
  18. Salam Ramadhan HH..

    Insaallah akan terjah Casa ombak ni. Teringin jugak nak merasa hidangan yang disediakan.

    ReplyDelete
  19. Rugi kalau tak terjah kesini nanti...
    semoga sukses untuk kontes ni bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ... sukses in Sha Allah, mencuba seboleh mungkin.

      Delete
  20. bro buat entry ni teruih jadi lagi lapaq tengok heheheh..selamat berjaya

    ReplyDelete
  21. menu dia nampak sedap. masakan kampung memang kegemaran sy pun. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh ye ke? Bukan Mc D ke? hehehehe

      Delete
  22. Semoga sukses dalam peraduan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, ramai nampaknya Pakar SEO yang join kontest ni ...

      Delete
  23. Melonjak nampaknya entri ni! Salam Ramadhan dan semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! Pemenang dah nyata! Tak mampu nak tandingi...anda memang hebat! Lepas ni boleh kongsi tips ya... :)

      Delete
  24. Casa Ombak seindah namanya. Lokasi dekat dan selesa ala-ala garden lagi hehe. Memang sesuai untuk pasangan dan family. All the best to abg hasrul :))

    ReplyDelete
  25. Salam. Pergh abang punya SEO atas sekali uih.. Semoga berjaya bang. Saya masih berkira-kira lagi ni. Takdek idea nak menulis. Sila singgah laman saya dan komen sedikit sebanyak (jangan komen SEO sudah, saya tak reti lagi :P) - stanzaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA .. SEO ni tak leh jangka, esok atas, lusa mungkin dok terperuk kat bawah.

      Delete
  26. Tahniah HH. Berjaya menguasai carta...Persaingan sengitkan..ramai yang sertai contest buffet ramadhan casa ombak ni..Tahniah pihak penganjur..

    http://myblogsantai.blogspot.com/2014/07/buffet-ramadhan-casa-ombak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEO tak dijangka, hari ini atas, esok lusa ntah ke bawah ... strategi untuk kekal dan maintain tu berat

      Delete
  27. Salam tuan HH.... persaingan semakin sengit. Buat apa saja asalkan

    ReplyDelete
  28. raja SEO top ranking nampak... terbaiklah bro !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhh sudah, dah jadi raja SEO la pulak .. lepas ni apa ehh .. Maharaja SEO .. lepas tu MAHARAJA SEO MEGA .. hehehe :P

      Delete
  29. Tengok gambar makanan dgn content dlm review ni buat sya terasa lapar balik pulak tgh2 mlm ni. Adesss... :p
    Good work, sifu!

    ReplyDelete
  30. good ranking SEO entry ni...tahniah

    sya baru hantar entry pagi tadi..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berjaya dalam kontest duit raya casa ombak ni ..

      Delete
  31. Sesiapa yang menetap di area lembah Klang jangan lepaskan peluang ke Casa Ombak untuk berbuka puasa..

    ReplyDelete
  32. Tahniah.. Ranking 1 tu

    ReplyDelete
  33. Mantap betul blog otai ni. Mohon ziarah blog post saya dan bagi sedikit nasihat http://lamansesawang.com/review/buffet-ramadhan-casa-ombak.html

    ReplyDelete
  34. Terbaik. Top setakat ni. All da best bro ;)

    ReplyDelete
  35. Persembahan artikel yang hebat dan menarik. Semoga berjaya bro. well done.

    ReplyDelete
  36. first dan tak pernah2 turun.. thumbs up bro :)

    ReplyDelete
  37. Tahniah Bro... Sebab Entri Buffet Ramadhan Casa Ombak blog ini kini sedang mendahului para peserta lain... Good luck! Teruskan kecemerlangan.. Ada peluang dapat duit raya besar tahun ini... ;)

    ReplyDelete
  38. tahniah sifu HH.. dah tau dah sapa pemenang contest ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.