Siapa ada dapatkan servis domain dan juga hosting? Selalunya kalau anda seorang blogger yang menggunakan dua servis ini, mesti kena keep alert dengan apa-apa jua pemberitahuan daripada pihak penyedia khidmat, bukan apa, takut nanti jadi macam saya .... kena suspended domain dengan hosting sekali.

Untuk info, nama domain dan hosting adalah dua perkara berbeza.

Anda boleh ada nama domain tanpa hosting sendiri seperti blog saya ini - www.hasrulhassan.com, hanya daftar nama domain, tetapi hosting blog masih menggunakan hosting percuma yang disediakan oleh blogger.com. Jadi, saya hanya perlu renew pendaftaran untuk nama domain setiap tahun sahaja.

Yuran Domain + Hosting

Satu lagi ialah hosting dengan nama domain sendiri. Berbeza dengan perkara pertama saya beritahu tahu, anda langgan servis hosting blog sendiri, dengan nama domain sendiri. Hosting sendiri wajib ada nama domain sendiri, tak mesti tidak. Jika anda langgan hosting, ini bermakna anda kena bayar yuran untuk dua perkara - satu untuk hosting, satu lagi untuk nama domain.

Suspended Domain Serta Hosting

Suspended Domain Serta Hosting

Bagaimana Suspended Domain Hosting berlaku?

Mudah je, seandainya anda tidak bayar yuran setahun untuk dua perkara tersebut- salah satu boleh menyebabkan akaun anda digantung.

Apa Bakal Berlaku?

Dan buat blogger yang ambil pakej ini iaitu beli nama domain dan sewa hosting setahun, seandainya anda tidak perbaharui, anda mungkin hilang dua perkara - nama domain anda, dan juga blog anda. Berbeza dengan jika anda beli nama domain sahaja. Blog anda masih lagi berada di dalam blogger.com. Walaupun anda tidak renew, anda masih lagi menggunakan nama blog (URL) asal tanpa masalah.

Blur ke?

Ok, macam ni. Seandainya tak perbaharui bayaran setahun.
  • Beli nama domain sendiri + pakej hosting - anda akan kehilangan blog dan nama domain.
  • Beli nama domain tanpa hosting - anda hanya akan kehilangan nama domain, tetapi blog tetap ada (URL akan jadi XXX.blogspot.com)
Faham dah?

Apa maksud hilang blog dengan nama domain tu? Kalau anda tidak ada backup pada komputer anda sendiri, kemungkinan semua benda yang anda tulis dan kongsi takkan ada dah. Dalam enjin carian mungkin ada, tetapi ia tidak dapat dipaparkan kerana ia sudah tidak boleh dicapai.

Lagi teruk, jika syarikat tidak simpan data anda, dan nama domain itu telah dibeli oleh orang lain. Maka, memang kena bermula dari kosonglah.

Harap entri ini dapat bantu blogger yang masih lagi tak faham mengenai konsep blog domain name dan hosting ni. Bukan apa, walaupun ia nampak perkara simple, kalau tak belajar dan tak tahu ... anda bakal dimanipulasikan oleh sesetengah orang.

Nak semak harga yang perlu anda bayar untuk nama domain di Malaysia? Anda boleh rujuk entri saya yang ini - Harga Umum Nama Domain Blog

Oh ya, jika nak beli nama domain blog, boleh cuba dua syarikat pendaftar nama domain ini yang saya sendiri gunakan. Syarikat-syarikat ini juga ada sediakan perkhidmatan hosting blog. Saya syorkan memandangkan aspek customer service yang diberikan sangat bagus.
Moga pencerahan menerusi entri ini mengenai domain dan hosting bermanfaat buat anda.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement