Perghh ...Meletop nama pelakon cantik Zara Zya ni. Sejak jadi bintang pujaan ramai menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant, makin ramai nak kenal, semua dok cari Facebook dan nombor telefon Zara Zya, walhal dah lama berada di dalam industri hiburan tanahair. Dah banyak pelakon ini berlakon, cuma tak jadi pelakon utama je. Malah, Zara Zya ni aktif juga dalam lakonan pentas seperti Lorong Neraka dan Dari Bintang ke Bintang.

Oh ya, mungkin ada yang tak tahu, nama sebenar pelakon cantik jelita ini ialah Zainurul Razia Bte Mohd Zainuddin, dilahirkan pada 22 Oktober 1985, yang merupakan lulusan Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan).
Facebook dan Nombor Telefon Zara Zya
Baru-baru ini, namanya memang meletop, sebab Anugerah Meletop Era. Zara Zya menjadi antara top trending dalam twitter, dan terus terusan melonjakkan namanya apabila menang dua kategori dalam anugerah tersebut. Top trending Malaysia dan World Wide tu !! Dan dalam carian Google pula, ramai yang mahu tahu Facebook dan nombor telefon Zara Zya. Mungkin nak berkenalan dengan gadis yang mula mendapat perhatian ramai ini.
Zara Zya - Top Trending Twitter Feb 2014

Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era

  • Anugerah Top Top Meletop (Lelaki) – Zizan Razak
  • Anugerah Top Top Meletop (Wanita) – Zara Zya
  • Anugerah Fesyen Meletop – Zizan Razak
  • Anugerah Couple Meletop – Nabil Ahmad dan Nazira
  • Anugerah Bintang Siber Meletop – Zizan Razak
  • Anugerah Artis Baru Meletop – Zara Zya
  • Anugerah Program Radio Meletop – Johara Pagi Era
  • Anugerah Penyampai Baru Radio Meletop – Nabil Ahmad
  • Anugerah Group / Duo Meletop – Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza
  • Anugerah Penyanyi Meletop – Hafiz
  • Anugerah Lagu Meletop – Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
  • Anugerah Program TV Meletop – Maharaja Lawak Mega 2012
  • Anugerah Bintang TV Meletop – Jep Sepahtu (Super Spontan)
  • Anugerah Bintang Filem Meletop – Aaron Aziz (KL Gangster)
  • Anugerah Filem Meletop – KL Gangster 2
  • Anugerah Artis Serantau Meletop – Sleeq
  • Anugerah WeChat Meletop – Zizan Razak
Ok, apa yang sebenarnya saya nak sampaikan menerusi entri ini?

Kalau tengok latar belakang Zara Zya ini, jika lihat pengalaman berlakon, memang dah lama .... tetapi kenapa sekarang namanya meletop dalam industri hiburan tanahair?

Tengok watak yang dibawakan dalam Love You Mr Arrogant.

Rasanya boleh fikirkan kot. Dan dalam dunia blog Malaysia pun, senario pun boleh jadi sama, jika anda pandai bawa 'watak' anda. Mana tahu, nanti boleh juga jadi twitter trending macam Zara Zya.

Dan masa tu, ramailah yang buka mata nampak anda .... dan mencari Facebook dan nombor telefon.

Oh ya, lupa nak bagitahu ... Zara Zya tiada official Facebook .. yang ada semuanya merupakan facebook kelab peminat dia yang diuruskan oleh orang yang suka kat Zara Zya ni. Zara Zya juga tidak terbitkan mana-mana nombor telefon secara umum. Yang ada cuma email pengurus Zara Zya sahaja .... tiada URL facebook dan nombor telefon Zara Zya ehh .. :P

p.s: Saya tak ada Astro, dan tidak tonton anugerah ini ... :) tapi saya tengok cerita Love You Mr Arrogant ni ..


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement