Kalau anda seorang blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog Malaysia, saya pasti anda dah boleh tahu akan harga untuk beli nama domain bagi blog kan kan? Namun, entri ini khusus untuk blogger yang mungkin tak tahu. Bukan apa, tidak mahu berlaku lagi blogger yang gigit jari kena tipu bayar harga domain mahal-mahal sedangkan harganya adalah sebaliknya.

Berapakah harga nak dapatkan domain sendiri untuk blog?

Busuk-busuk pun adalah dalam lingkungan USD10-USD15 sahaja. Dalam bahasa duit poket anda yang senang difahami iaitu dalam lingkungan harga RM30-RM38 bagi setiap satu nama domain. Ok, saya tunjukkan satu jadual am harga domain yang saya ambil daripada salah satu syarikat yang menyediakan servis ini iaitu JomHosting.net

Harga Beli Domain Blog di Malaysia

Harga Beli Domain Blog di Malaysia

Salah Faham Harga Domain dan Hosting

Errkk .. jangan salah anggap dengan hosting ehh .. hosting lain harganya. Domain ini sekadar nama blog anda sahaja. Sepertimana blog saya ini, ada nama domain sendiri, dot com gitu - www.hasrulhassan.com tetapi hosting untuk blog ini masih menggunakan blogspot (blogger.com). Blog ini masih boleh dicapai atau diakses dari alamat URL asal iaitu hasrulhassan.blogspot.com. Tak caya? Cublah klik link saya berikan tu ...

Samalah juga dengan blog ini - www.ibiasiswa.my

Nama domain sendiri, tak ada blogspot dah di belakang nama blog ....

Secara umumnya, kalau akhiran dia biasa-biasa je macam kat atas tu tadi, harganya seperti yang saya sebut di awal entri inilah. Tapi, harganya akan jadi mahal apabila ia lebih khusus, seperti dot com dot my (.com.my). Lihat jadual di bawah ini yang saya ambil dari syarikat yang sama.

Harga Domain Khusus Malaysia

Harga Beli Domain Blog
Anda boleh dapatkan harga-harga tawaran yang sebenarnya lebih murah. Untuk dapatkan harga domain yang unik dan murah, kena pandai memilih syarikat yang menyediakan servis ini. Kalau guna blogspot (blogger.com), mereka akan offer anda beli domain menggunakan GoDaddy.com. Ada masa, ditawarkan serendah RM30... dan kalau cekap, boleh dapatkan tawaran blog dot com hanya dengan RM10 sahaja!

Ok ke tak nak tukar ke domain sendiri? Cuba baca entri lama saya ini - 11 Perkara Perlu Tahu Bila Tukar Domain Blog Sendiri

Malaysia Cheap Web Hosting

Harapnya entri ini jelas dan terang untuk beritahu anda supaya jangan lagi tertipu beli nama domain ntah apa-apa sampai habis duit jana income sampingan anda.



31 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih sebab bagi info yang berguna. Nak tukar tapi penulisan dan ilmu belum cukup mantap macam en.Hasrul. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Oh ya, beli sahaja nama domain ... :) salah satu langkah untuk blog mudah diingati .. dan penjenamaan.

      Delete
  2. Entry ni sangat bagus bagi mereka yang baru nak guna domain..tq bro

    ReplyDelete
  3. berguna betul ni...so maksudnya yg mahal tu hosting lah ye? thanks En. Hasrul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Yang mahal tu selalunya hosting DAN .... nama domain yang agak unik sikit .. macam dot my ... edu .. dsb..

      Delete
  4. Terima kasih perkongsian ini Bro HH. Ramai lagi yang tak tahu tentang benda ni. :-)

    ReplyDelete
  5. Bro rajin beli domain, tp kebanyakannya tidak terjaga T-T

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  6. Sama arr kita Bro..
    masih setia berhosting free..ha ha

    ReplyDelete
  7. perlukah tukar HH?Akak pernah ditawarkan sampai RM170 setahun kerana iklan google yang telah diban,maka untuk mendapatkan kembali iklan google yang diban tu...sedih??..sedih gak la,namun pada akak RM170 tu tersangatlah mahal pada orng yang tak berduit macam akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhh .. apa tu kak .... jangan la tergoda dengan tawaran2 camtu. Lebih baik belajar dari scratch.

      Delete
  8. mahal rupanya [dot]my tu ye..tapi best sebab mcm singkatan malaysia gitu..

    ReplyDelete
  9. katakan sy beli satu,,harga 35, than bulan2 bayar..kalau sy lambat bayar atau dh sebab dh lama x bukak blog, apa akan jadi pada blog sy...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahun sekali je bayar tu.. bukan bulan2.. aduhhh

      Delete
  10. saya dah banyak domain...dah mampus pun banyak...haha...

    ReplyDelete
  11. Rugi tak beli domain, bukannya mahal pun

    ReplyDelete
  12. Info yang sangat berguna
    thanks hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  13. Nak beli dot com dot my mesti kena ada syarikat ke? Individu x boleh memilikinya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Saya tak ada syarikat pun .. hoho .. leh je beli dot com .. dot my. Tiada masalah, bayar je setahun. :)

      Delete
  14. Nice post. Bercadang jugak nak beli domain tnpa hosting. Humm, tapi apa yang menyebabkan ada bermacam madam harga domain? Mohon jelaskan sebab kurang faham lagi dengan domain.

    ReplyDelete
  15. boleh terangkan x kenapa ada tempoh 1,2 @ 3 tahun tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ia merupakan lesen anda mempunyai nama domain tersebut.

      Delete
  16. dulu time mula-mula bertukar ke domain sendiri memang excited, siap tunjuk dengan kawan2 lagi hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement