Senarai Barang Kawalan Bawah Akta Kawalan Bekalan 1961

As-Salam. Apabila tiba musim perayaan, perkara atau isu yang sering dibangkitkan ialah mengenai harga barang dan produk pengguna; ini termasuklah barang-barang keperluan harian dan bahan mentah. Memang telah menjadi satu lumrah atau trend di Malaysia ini, apabila setiap kali musim perayaan, mesti akan ada harga barang atau produk pengguna yang naik. Bukan naik sedikit, tetapi berganda.

Untuk itu, saya kongsikan sedikit info mengenai senarai barang kawalan yang tidak boleh sewenang-wenangnya dinaikkan harganya tanpa mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

Senarai Barang Kawalan Bawah Akta Kawalan Bekalan 1961


Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974
  1. Gula  
  2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair  
  3. Garam
  4. Simen dan klinker  
  5. Tepung gandum  
  6. Minyak masak
  7. Baja
  8. Racun serangga  
  9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah  
  10. Bar bulat keluli lembut
  11. Minyak tanah
  12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara  
  13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja)
  14. Padi (Sabah sahaja)
  15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred  
  16. Bahanapi diesel
  17. Gas petroleum cecair (LPG)  
  18. Semua jenis roti
  19. Minyak bahanapi  
  20. Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan)  
  21. Kayu Getah
  22. Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)
Dan berikut pula adalah barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 2 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Urusniaga barang-barang kawalan berjadual memerlukan suatu lesen yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan.

  1. Gula
  2. Tepung gandum
  3. Minyak Masak 
  4. Baja Kimia
  5. Minyak Tanah
  6. Petrol, spirit motor dari semua gred
  7. Bahan Api Disel
  8. Bar bulat keluli lembut
  9. Simen
  10. Gas Petroleum cecair
  11. Roti
  12. Ayam

Kemaskini barangan adalah pada Ogos 2012.

Anda boleh mengemukakan laporan atau aduan sekiranya barang-barang yang tersenarai di atas didakwa naik secara mendadak atau mempamer serta menggunakan harga yang agak melampau dan tidak masuk akal.


Post a Comment

6 Comments

  1. tq info , salam singgah sahur HH

    ReplyDelete
  2. uish.. racun serangga pun termasuk sekali ye??

    ReplyDelete
  3. tq u so much mr.hh atas info ni. hujung minggu ni ija ke pasar, mak oiii barang dah naik..hurm...diam jek.

    ReplyDelete
  4. Termasuk .. untuk petani .. kalau harga naik, harga beras pun leh naik sbb kos racun tu

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.