Klik Sini Untuk Tempahan
As-Salam. Ini atas permintaan seorang blogger, jadi saya carikan cara termudah untuk cara letak salji dalam blogspot. Memang mudah, sebab anda hanya perlu letakkan sebaris script dalam kod HTML blog anda sahaja.

Mengapa salji ini nak letak dalam blog? Ia antara efek ringan yang membolehkan blog nampak sedikit kelainan dari segi latarnya. Bagi saya, ia sebuah kod script yang ringan dan tidak menampakkan terlalu mengganggu loading blog.

Buang Widget Yang Beratkan Blog

Loading blog yang lambat akan mengecewakan ramai, apatah lagi pada enjin carian. 3 saat terawal blog anda adalah paling penting untuk memikat pengunjung unik menjadi pengunjung tetap blog anda. Kalau ada widget atau gadjet yang dipastikan memberatkan loading blog anda, maka segeralah anda buang.

Namun, kalau anda yakin blog anda punyai tarikan sendiri, pasti ada pembaca yang sedia menunggu untuk bacaan entri terbaru dalam blog anda. Saya pernah lihat bagaimana ada satu blog ini cukup lambat nak buka, tetapi bila dah terbuka, memang puas hati dengan entri-entri yang tersedia. Dan memang layak blog tersebut dapat sehingga puluh ribu pengikut baik di blogger.com mahupun di Facebook; di sebalik kadar loading blog yang makan masa untuk papar keseluruhannya.

Cara Letak 'Salji' Dalam Blogspot

Teringin nak letak salji dalam blog anda? Ok, caranya mudah sahaja. Anda perlu salin kod script yang ada ini dalam HTML blog anda sebelum penutup body.

Kod Salji Putih Untuk Latar Gelap

Kod Salji Hitam Untuk Latar Cerah

Jadi, kod tersebut akan nampak seperti ini dalam HTML blog anda:


Dah sisipkan, save blog anda, dan lihat hasilnya. Dan in Sha Allah, blog anda akan nampak lebih sejuk daripada biasa .. hehehehe....

ohblogger malaysia panduan letak efek salji dalam blog


Selamat mencuba.


12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Hehe..senyumlah pengguna blogspot nanti yer..hehe

    ReplyDelete
  2. Norhasniza KhalidJuly 15, 2013 at 1:02 PM

    hihihi. rimas pulak walaupun "sejuk"

    ReplyDelete
  3. Nurfaezah AbdullahJuly 15, 2013 at 2:29 PM

    fae dulu letak efek rainfall, kena tegur sal berat. huhu.

    ReplyDelete
  4. sukmawati binti haronJuly 16, 2013 at 10:52 AM

    letak salji hitam....macam tak nampak jer.....

    ReplyDelete
  5. Kalau latar putih bersih, in Sya Allah nampak tu

    ReplyDelete
  6. Hmm .. dia akan jadi berat kalau ada banyak widget lain, tapi biasalah, selalunya widget yang tidak ada unsur membolehkan blog itu kelihatan terbaik eloklah buang

    ReplyDelete
  7. Hahahaha... bukan semua benda elok diletakkan dalam blog

    ReplyDelete
  8. Hmm hanya orang2 yang tahu menilai sahaja akan fikir

    ReplyDelete
  9. Latar belakang hujan di blog saya tu boleh diganti dengan script salji ni ker ?
    Jangan keluar dua-dua sekali sudah.

    ReplyDelete
  10. Kalau hujan atas tu dari script maka bolehlah buang dan guna salah satu ... cuma, kalau ia daripada gambar latar rumah tu, dengan buat animasi dari imej latar gif, maka mungkin keluar dua-dua.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement