As-Salam. Kita berkomunikasi supaya menjadi lebih faham antara satu sama lain, bukan membuatkan kita jadi pening. Komunikasi itu untuk mengeratkan bukan untuk bermusuhan. Sering komunikasi telah disalahguna, dan dijadikan sabagai alat dan agen untuk memusnahkan keharmonian sesebuah masyarakat. Dan bagi kita, yang menggunakan laman komunikasi terkini seperti SMS, MMS, Video Chat, Facebook, Twitter, Blog, Instagram dan seumpamanya perlulah menyedari hakikat bahawa komunikasi wujud untuk kebaikan, dan bukan untuk digunakan ke arah keburukan.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998)

Mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), seseorang boleh didakwa kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar - mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Sampaikan masyarakat perlukan akta untuk komunikasi? Inilah kerosakan masyarakat masakini, segalanya kerana komunikasi telah disalahguna. Apabila mereka berkata, "oh aku bercakap atas alasan Freedom of Speech" mereka bukan mahu berkata perkara yang baik tetapi menyebarkan benda yang memburukan, fitnah dan dusta. Malah, ada yang gunakan komunikasi konsep mereka - dark jokes, jenaka lucah dan sebagainya sehingga membibitkan rasa kurang senang orang lain. Apatah mereka anggap semua manusia itu sama fikiran dengan mereka?

Saya pun bukannya putih sangat, ada hitamnya. Namun, bukan berhati keras dan batu sampaikan mahu tegakkan benang yang terendam di dalam air.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. As Salam HH,

    Saya setuju dengan HH. Bila dunia dah semakin maju tetapi pemikiran masyarakatnya masih lagi belum maju seperti mana majunya teknologi itu. Sepatutnya ia membawa kebaikan dan bukan keburukan.

    ReplyDelete
  2. sukmawati binti haronJuly 16, 2013 at 10:50 AM

    tak faham orang yang masih berfikiran tak memikirkan hak orang lain...main hentam jer...

    ReplyDelete
  3. Eloklah ada akta ini, maklumlah mulut dengan jari biasanya tak ada brek.
    Bila ada akta komunikasi yang sebegini, mudah-mudahan brek tangan tu cepat sikit dicapai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement