As-Salam. Sebelum ini saya ada terbitkan entri atau post mengenai bagaimana gambar dalam blogspot disimpan, maka sekarang saya nak beritahu anda bagaimana gambar-gambar dalam blog tersebut boleh hilang. Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian agar gambar dalam blogspot tidak hilang.

Pernah berlaku di mana blogger mendapati blognya sudah tidak ada gambar latar (background). Malah, hampir kesemua entri atau post dalam blognya yang punyai gambar sudah bagaikan hilang. Ia dipaparkan seperti contoh di bawah.
Ok. Perkara seperti ini boleh berlaku atas beberapa sebab. Dan sebab-sebab itu adalah dinyatakan seperti di bawah ini.

7 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Gambar Dalam Blog Hilang

  1. Anda telah menukar setting di album gambar Google+ Profile di mana anda sudah tidak ada shared album.
  2. Anda menukar setting album blogspot anda kepada not-shared.
  3. Anda telah menukar setting album gambar anda di dalam Picasaweb.
  4. Anda telah memindahkan gambar yang ada di dalam direktori album di Google+ Profile dan juga Picasaweb ke album lain.
  5. Anda telah buang atau padam gambar-gambar tersebut menerusi aplikasi di telefon pintar Android anda.
  6. Anda telah mansuhkan akaun Picasaweb di dalam sistem telefon pintar Android anda.
  7. Anda telah tanpa sedar format software gambar dalam telefon pintar Android yang menggunakan Google+ Profiles, secara automatik ia telah dipadamkan.

Jadi, pastikan anda tidak melakukan perkara-perkara di atas agar gambar dalam blogspot anda tidak alami masalah hilang secara tiba-tiba. Ini termasuklah gambar header blog anda!

In Sha Allah, saya akan berikan cara penyelesaian untuk masalah ini di entri yang lain.

Cuba baca - Jika Gambar Dalam Blog Hilang

15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. wah ! bru tau..thanks :)

    ReplyDelete
  2. Oo..so far belum pernah tukar apa2 setting kat picasaweb. Kalau jadi pun sebab photobucket saya yg dah limit bandwidth

    ReplyDelete
  3. owh.. acam tu rupanya. thanks bro sebab info ni :)

    ReplyDelete
  4. sukmawati binti haronJuly 16, 2013 at 10:46 AM

    oh...baru tahu ...thanks info setakat nie belum usik apa-apa lagi.....

    ReplyDelete
  5. ok baru faham sedikit sebnyak kenapa. itu lah yg kadang2 pelik tetiba je tak ada. bahaya juga pakai andriod


    http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. kadang2 tak sedar terdelete ermmm

    ReplyDelete
  7. Hmmm ... bila dah sedar, tak guna dah .. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Ya. Macam itulah @boni ultra kacak

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana perkongsiaan ini.

    ReplyDelete
  10. thanks satu perkongsian baik....takut ler nak usik apa-apa kat blog sebab pernah terkena blog tak boleh buka.........haru biru rasanya........

    ReplyDelete
  11. alamak. saya dah terdelete. habis semua gambar yg di upload dari tahun 2010 lagi.

    ReplyDelete
  12. assalam HH.. skrg sy ad masalah baru di blog.. urmm bler sy buka blog di handset sy, sy dapati gmbr2 di blog sy tidak dapat dilihat atau rosak.. tapi bler buka di laptop ataupun computer, gambr2 tersebut dapat dilihat..ini mmbuatkan cstomer2 saya susah utk mmbuka blog sy dgn hanset utk melihat gambar.. harap HH dapat tolog selesaikan masalah sy ini.. Wssalam.. komalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisyah .. tadi saya buka di phone saya .. ok je ... :) kena update browser kat phone tu .. :P

      Delete
  13. Salam mana link nak mengatasi masalah ni? blh adakan balik tak gambar2 yang dh hilang tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah ni sukar untuk diatasi - tetapi boleh baca entri ni - http://www.hasrulhassan.com/2013/09/jika-gambar-dalam-blog-hilang.html

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Bisnes Bundle