Ada rakan blogger minta bantuan saya, bagaimana nak kembalikan gambar-gambar di dalam blog yang telah hilang? Sebelum mencari jalan penyelesaian, anda harus lihat punca yang menyebabkan gambar tersebut hilang di dalam blog anda. Untuk itu, anda perlu baca entri saya sebelum ini;


Apabila ketahui punca dan sebab, barulah senang untuk mencari jalan penyelesaiannya. In Sha Allah, anda boleh dapatkan kembali gambar anda jika anda sudah tahu mana silapnya.

Dalam entri-entri tersebut, ada penyelesaian kepada masalah gambar hilang, namun jika masih tidak dapat, maka kemungkinan besar gambar anda sudah berada di dalam Bin. Sebagai imbas kembali ingatan, gambar-gambar dalam blogspot disimpan melalui Picasaweb Album. Jika gambar tersebut telah samada dipadamkan atau terpadam, maka tempat pertama yang boleh anda cari ialah di bahagian Bin dalam Picasaweb Album.

Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut samada wujud ke tidak dengan masuk ke akaun Google+ Profile anda dan klik bahagian Photos dan pastikan paparan di atas kelihatan. Klik Bin dan anda akan jumpa gambar yang telah sebelum ini dipadamkan.

Untuk kembalikan gambar tersebut, apa yang perlu anda lakukan, hanya klik pada gambar tersebut untuk select dan menu seperti di bawah ini akan kelihatan. Klik Restore dan gambar akan kembali ke asalannya.

Harus diingatkan, gambar yang berada di dalam Bin hanya mempunyai masa selama 60 hari sahaja sebelum ia dipadam secara kekal - tidak boleh dikembalikan.

Andaikata, anda tidak jumpa gambar yang hilang menerusi Google+ Profile anda, maka cuba semak di Picasaweb Album anda.

Satu lagi cara yang agak kuno tapi boleh anda cuba ialah dengan menggunakan Google Image Search. Anda masukkan kata carian atau tajuk gambar atau kata kunci gambar tersebut.
Jika tak dapat juga, maka .... ucapkan selamat tinggal sahajalah ... memang tak boleh nak buat apa dah. Adatlah bila guna perkhidmatan percuma ni. Jika nak selamat di masa akan datang, guna hosting berbeza untuk gambar atau dapatkan hosting berbayar untuk blog.

Saya harap dapat bantu rakan blogger ini selesaikan masalahnya, apa yang saya berikan menerusi entri ini mungkin tidak 100 peratus bantu, tapi in Sha Allah, akan jadi ingatan buat rakan blogger yang lain.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement