As-Salam. Salah satu daya penarik untuk sesebuah blog ialah dengan memiliki header blog yang cun. Header yang menarik merupakan first impression untuk pengunjung sesat rasa tertarik dan terpesona. Jika mereka suka dengan header blog anda, tentu mereka nak tahu apa isi kandungan blog anda pula. Dan cara paling best untuk buat header, ialah dengan menggunakan Adobe Photoshop.

Dalam entri ini, saya akan tunjukkan cara simple untuk buat header transparent cun menggunakan Adobe Photoshop. Kenapa transparent? Sebab header berbentuk begitu nampak dinamik dan menonjol dari header biasa yang kebanyakkannya nampak petak dan berkotak.

Oh ya, andai belum ada aplikasi Adobe Photoshop, anda boleh muat turun percuma di sini: Adobe Photoshop CS5 Portable yang telah disediakan oleh rakan blogger yang cukup hebat - Wan Hazel

Buat Header Transparent Gambar Cun Guna Adobe Photoshop

  • Buka (Open) gambar yang mahu dijadikan header blog anda. Paling baik, pilih gambar yang ada latar warna kontras dengan objek - latar putih lebih baik. Kalau tak pun pilih gambar yang cuma ada potret cun anda sahaja.
  • Pilih gambar yang beresolusi tinggi, yang lebih daripada 1000 pixels untuk imej yang nampak lebih jelas dan menarik.
  • Dah ada gambar tersebut, seperti contoh yang saya berikan ini, maka bermulalah cara untuk anda pilih (select) bahagian yang anda mahukan untuk header blog anda. Gunakan tool - pilih Quick Selection Tool atau tekan je huruf W pada keyboard anda. Cursor anda sekarang jadi benda bulat. Saiz bulatan tu boleh anda laras untuk pilih bahagian gambar lebih detail - boleh ubah di bahagian atas Brush.
  • Sekarang klik mouse anda dan pilih bahagian yang mahu dijadikan header blog anda tersebut. Kaedah ini akan hasilkan garisan putus-putus untuk pilihan anda.
  • Apabila dah selesai pilih, sekarang anda perlu pergi ke bahagian Select dan pilih Inverse atau tekan je Shift-Ctrl-I pada keyboard anda. Kini bahagian garisan putus-putus akan pilih bahagian yang selain daripada apa yang telah anda pilih tadi. Tekan delete untuk padam atau hilangkan bahagian tersebut.

  • Buat satu file baru, dengan dimensi minima 1200 pixel x 200 pixels atau ikut ukuran header yang anda mahukan. Pastikan pembolehubah yang dalam kotak-kotak itu adalah seperti di bawah ini.
  • Paling penting adalah memastikan bahawa Color Mode dan juga Background Contents mesti RGB Color dan Transparent.
  • Sekarang, anda perlu Select bahagian gambar tadi dan letakkan pada fail baru yang telah anda wujudkan tadi.
  • Copy atau tekan Ctrl-C bahagian yang dah dipilih tadi tu, dan tekan Ctrl-V atau paste pada fail baru yang dah anda buat.
  • Sekarang gambar potret tadi dah ada dalam fail baru, maka pilih Tool - Move Tool atau tekan sahaja huruf V pada keyboard. Anda kini, boleh ubah saiz gambar atau ubah kedudukan yang anda mahukan untuk heander blog anda.

  • Anda juga boleh ubah gambar ini menjadi seperti ini dengan menggunakan Move Tool - boleh terbalikkan ia, boleh gemukkan, boleh kuruskan.
  • Dah ada gambar dengan latar transparent, kini anda boleh letak nama blog atau url blog anda seperti yang saya tunjukkan di bawah ini.
  • Pilih Tool - Horizontal Type Tool atau tekan T pada keyboard, dan klik pada fail tadi dan tulis seperti di bawah ini nama blog atau link blog anda.
  • Dah siap tulis, sekarang anda perlu merge segalanya menjadi satu objek. Untuk itu, anda perlu pergi ke bahagian seperti ditunjukkan di bawah ini, dan klik Merge Visible.
  • Pada saat ini, header blog yang anda cipta dah kira siap, cuma nak save je. Anda boleh eksperimentasi pelbagai benda dengan Adobe Photoshop ini, dengan membuatkan gambar timbul, tulisan timbul, gambar jadi warna warni dan sebagainya. Tulisan tadi juga boleh diubah dengan pelbagai pilihan.
  • Untuk simpan header baru yang anda telah buat, pastikan anda pilih format fail *.png. Klik File - Save As, dan pastikan format gambar dalam *.png. Dah siap.

Sekarang upload header yang dah siap tu pada tempat sepatutnya dalam blogspot anda.

Selamat mencuba. Agak2 tak faham tu, mintak maaf banyak-banyak, saya tak sempat nak pergi kursus perguruan... :P


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. haha terbaik tuto ni i like :D

    ReplyDelete
  2. Tapi sekarang macam ada masalah jer bila upload ke blog. Header transparent tadi akan bertukar background kepada hitam. agak2nyalahkan apa masalahnya tu erk and cam ner nak settlekan problem tu?

    ReplyDelete
  3. Pergi ke setting Profile Google+ ... ada bahagian image .. untick pilihan yang dia lakukan secara default.

    ReplyDelete
  4. Susah...tak kreatif..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement