Sebenarnya, saya sendiri alami masalah ini beberapa minggu lepas semasa sedang menaik-taraf sebuah blog kepunyaan seorang blogger cantik ... hehehe.... tapi alhamdulillah, saya dapat kenal pasti apa yang telah menyebabkan masalah tersebut berlaku.
Masalah ini nampak lebih jelas bila anda menukar header blog yang jenis transparent yang selalunya dalam format berikut *.png. Gambar latar header itu yang sepatutnya transparensi (boleh tembus), akan bertukar jadi gelap atau hitam.
Untuk atasi masalah ini, yang selalunya berlaku pada blog yang dah adaptasi blogger Google+ Profile, maka anda perlu buat sedikit ubahsuai setting pada Google+ Profile anda. Ikuti langkah di bawah ini.
Buka Google Profile+ anda seperti yang saya tunjukkan di bawah ini. Lalukan mouse anda ke bahagian ada kepala orang warna biru tulis Profile>. Sisi seperti profile mamat separa kacak di bawah akan keluar. Kemudian, pergi ke Settings.
Pastu anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah ini, sila scroll sampai anda jumpa bahagian Photos, dan untick bahagian yang ditunjukkan dalam anak panah, iaitu Auto Enhance itu sepatutnya tidak ada tick. Dan in Sha Allah, segalanya akan kembali ok.
Fungsi ini dibuat secara default oleh Google untuk memudahkan anda edit gambar-gambar anda secara online menerusi Google+ Profile anda. Tetapi pada masa yang sama, ia beri kesan kepada gambar-gambar dalam format *.png yang ada latar transparency.
Dengan untick bahagian yang saya katakan tadi, gambar dalam Google+ Profile anda tidak lagi boleh edit secara online atau buat auto enhance dengan satu klik.
berlaku kat saya jugak...
ReplyDeleteAlhamdulillah...akhirnya blog KY kembali seperti biasa, terima kasih HH
ReplyDeleteyang nie confius ler...rasanya tak pernah kena lak....@ tak ingat ler, but satu panduan yang baik.....thanks HH.....
ReplyDeleteKena apabila time sekarang ni tukar header jenis transparent. Hanya kat header blog je. Kalau tak tukar tak ada apa, atau guna imej yang bukan transparent yang selalunya *.jpg
ReplyDeleteSama-sama @kyatie .... seronok sangat dapat bantu mereka yang perlu.
ReplyDeleteMAcamana @fendy ? Dah ok ke?
ReplyDeletewah terbaik tutorial ni...
ReplyDeletemmg pernah buat,jdi hitam..anyway..blog makin cantik la bro...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.