Semua dah sedia maklum bagaimana saya telah berjaya menjadi antara top 100 menerusi affiliate di Jomniaga.com (kini Ashadee.com), dan juga telah berjaya mengaut komisen RM50 kurang dalam masa 24 jam menerusi Jobdirumah.com. Kedua-duanya adalah kaedah menjana duit menerusi blog menggunakan affiliate.

Ramai yang mungkin nak tahu rahsia saya berjaya menerusi pemasaran internet ini walaupun dua produk yang saya katakan tadi baru sahaja saya sertai (kurang daripada setahun). Lebih berbaloi jika nak dibandingkan dengan iklan Nuffnang yang sebelum ini pernah saya ceritakan bahawa kena menunggu selama 3 tahun lebih hanya untuk cash-out RM50!

Tak tahu mengenai affiliate? Baca entri ini - Apa itu affiliate?

Maka, apakah sebab saya boleh berjaya mendapatkan komisen-komisen menerusi affiliate, sedangkan anda tidak? Walhal, anda juga meletakkan iklan affiliate yang serupa dalam blog? Ok, mari singkap sebab kegagalan blogger dalam affiliate ini.
5 Perkara menyebabkan blogger tidak berjaya dengan affiliate

5 Sebab Kegagalan Blogger Dalam Affiliate

Cara Promosi Yang Silap

Anda perlu promosikan apa yang dimanfaatkan, dan bukan mengenai jualan. Anda perlu menulis mengenai apakah yang pembeli boleh dapat andai mendapatkan produk yang diiklankan, dan bukan terus menyuruh mereka membeli tanpa memberikan sedikit panduan apa yang mereka beli.

Contoh:
  • Daftar Jomniaga untuk Dapatkan RM2 dengan setiap klik
  • Jomniaga merupakan platform pengiklanan berbentuk affiliate yang membolehkan anda pasarkan produk tanpa kos, tanpa modal dan mendapatkan komisen sehingga 70 peratus. Cubalah, daftar PERCUMA (klik).

Daripada contoh di atas, ada perbezaan. Satu dikatakan hard sale, dan satu soft sale. Dari contoh yang saya berikan, saya percaya anda sudah ada idea bagaimana mahu pasarkan produk affiliate anda, bukan?

Tak Mencuba Takkan Tahu

Sesetengah dari anda, lebih gemar mempromosikan sesuatu produk affiliate itu tanpa membelinya terlebih dahulu. Ini ibarat anda mempromosikan ikan segar tetapi anda sendiri tak tahu samada ikan itu segar atau tidak. Jadi, untuk berjaya dengan affiliate, anda perlu membeli dan mencuba perkhidmatan serta produk yang mahu anda promosikan. Paling tidak, anda minta daripada pemilik produk tersebut untuk anda review produk yang mereka iklankan.

Percaya Kejayaan Sekelip Mata

Sesetengah daripada blogger berharapkan andai hari ini meletakkan iklan affiliate, esok lusa sudah boleh menjana ribuan ringgit. Oh tidak, ia bukan kejayaan sekelip mata. Tapi apabila promosi anda berjaya, anda mungkin tak berkedip mata melihat akaun bank anda dipenuhi dengan komisen bertalu-talu daripada affiliate ini.

Kesilapan Memilih Produk Affiliate

Salah satu sebab anda tidak berjaya membuat duit menerusi blog menggunakan kaedah affiliate ialah anda tidak memilih produk affiliate yang betul untuk blog anda. Jika blog anda sebuah blog bercerita soal keluarga, maka pilihlah produk yang ada kaitan dengan kekeluargaan seperti ini - Panduan Senang Hamil Menerusi Perubatan Islam atau mungkin iklan affiliate yang ini - Tips Rumahtangga Bahagia.

Katakan blog anda mengenai pelancongan atau mungkin mengenai dunia percintaan anda, boleh je dapatkan iklan produk seperti berikut - Panduan Pertolongan Cemas yang membolehkan anda belajar mengenai pertolongan cemas semasa bercuti; yang pastinya boleh anda letakkan iklan tersebut dalam entri cuti-cuti Malaysia anda atau mungkin entri peristiwa yang memerlukan anda guna kebolehan pertolongan cemas.

Menyerah Kalah Sebelum Tiba ke Garisan Penamat

Banyak kes blogger tak dapat menjana pendapatan menerusi affiliate ialah menyerah kalah terlalu awal. Benda ni berlaku kepada ramai pemasaran produk affiliate. Ramai berhenti promosi sesuatu produk tersebut sebelum sempat ia memberikan impak. Belajarlah daripada kegagalan tersebut, dan bangkit dengan teknik yang betul. Fahami sistem yang dikongsikan ramai yang berjaya dalam affiliate ini, dan paling penting mendapatkan ilmu mengenai affiliate tersebut.

Ada banyak kursus affiliate yang boleh anda dapatkan secara online, apa yang perlu anda buat ialah bertindak cepat untuk membolehkan anda berjaya lebih baik daripada orang lain. Tak tahu nak dapatkan kursus yang baik mengenai affiliate? Maka, cubalah ini - Kursus Affiliate - Pakej Video Intensif.

Siapapun boleh berjaya, yang bezanya ialah M.E.S.T.I ..... Tindakan, jangan terhegeh-hegeh menunggu orang lain berjaya barulah anda mahu melangkah!




14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. thanks sebab bagi tunjuk ajar. saya pon baru je daftar jomniaga.com. Alhamdulillah, rezeki murah

    BalasPadam
  2. Memang susah nak dpt komisen affiliate ni...jika tak kena cara. Tip drpd Tuan HH diharsp sedikit sebanyak memberi panduan utk mencuba, belum cuba belum tahu.

    BalasPadam
  3. HH, saya dah daftar untuk prog FB Shopping tab tu tapikan kenapa saya tak dapat nak access akaun affiliate saya ye? saya kena daftar baru la plak..betul ke emelmatik tu?

    BalasPadam
  4. akan cuba berusaha dgn affiliate...mencuba..

    BalasPadam
  5. Affiliate lain, yang download tu lain. Ada page lain rasanya utk affiliate tu, saya dapat dfaftar sbb sebelum ni dia offer pada saya.

    BalasPadam
  6. Emelmatik tu betul, saya sendiri guna ... :)

    BalasPadam
  7. Ada banyak affiliate yang boleh anda cuba ... utk sesuaikan dengan blog .... kena pandai cari dan pilih mana yang dirasakan dapat dijual di blog

    BalasPadam
  8. Nurfaezah Abdullah4 Jun 2013 pada 11:16 PG

    ohh interesting article :)

    BalasPadam
  9. Kita percaya akan konsep jangan menyerah kalah and promote produk/adverts melalui write up or just taruk advert and hoping akan ada orang klik..yang pertama lebih effective actually...

    BalasPadam
  10. saya pun dapat offer tapi mungkin sebab saya tak sempat daftar sebelum kempen bermula kot

    BalasPadam
  11. Mencuba dan terus mencuba, hendak berjaya buakn perkara mudah tapi nak runtuh hanya sekelip mata...Saya pun kini ke arah..ingin menjana pendapatan dgn blog...he..he...

    BalasPadam
  12. kena saya cara memasang custon tab Fb ia tidak menjadi....???

    BalasPadam
  13. saya lah seorangnya...malas nak baca dan review he he he...ohhh perlu kerja keras..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement