As-Salam. Ada rakan blogger yang mahu tahu cara dan kaedah saya letakkan pelbagai iklan secara berubah-ubah hanya pada satu lokasi. Iklan berubah secara automatik dalam blog ini agak rumit untuk diimplementasi seandainya anda belum cukup pengetahuan yang kuat dalam HTML. Apapun, menerusi entri ini, saya cuba kongsikan sebaik mungkin tutorial atau tips berkenaan untuk anda memaksimakan sumber pendapatan bagi blog anda melalui iklan.

Mengapa saya menggunakan teknik iklan berubah secara automatik dalam blog? Pertama sekali adalah untuk menjimatkan ruang. Dengan ruang yang terhad dan untuk blog kelihatan lebih kemas, saya gunakan pendekatan ini. Anda boleh letak sehingga 5, malah 10 iklan serentak dalam satu ruang dalam blog anda, dan ianya akan dipaparkan secara automatik mengikut sela masa yang telah anda tetapkan.
OhBlogger - Tutorial Iklan Berubah Secara Automatik Dalam Blog

Kaedah ini memerlukan elemen penting seperti jquery javascript selain sedikit pengetahuan HTML. Iklan yang sesuai digunakan menggunakan teknik dan kaedah ini adalah iklan berbentuk iklan berbentuk sewaan dan juga Affiliate. Iklan daripada platform pengiklanan tidak digalakkkan menggunakan pendekatan ini kerana anda mungkin kehilangan kelebihan Pay-Per-Click atau CPUV (Nuffnang).

Tutorial Iklan Berubah Secara Automatik Dalam Blog

Untuk membolehkan blog anda menggunakan teknik ini. Pertama sekali adalah memasukkan kod jquery dibawah ini sebelum tamat struktur CSS blog anda (sebelum kod b:skin). Anda perlu login ke bahagian dashboard blogspot anda, dan pilih Template-Edit HTML. Cari elemen ini dalam HTML blog anda b:skin>.... /b:skin.

Ia merupakan satu bentuk slider yang akan mengubah cara iklan tersebut ditukarkan atau berganti. Ada banyak bentuk slider yang boleh anda gunakan - boleh dicari dalam internet, tetapi kegemaran saya ialah menggunakan coin-slider.

Selepas anda letakkan jquery plugin tersebut, letakkan pula script di bawah ini selepas tamat struktur CSS blog anda (selepas kod b:skin).

Kod-kod di atas yang telah diletakkan dalam HTML blog anda sepatutnya kelihatan seperti ini:
Ok selepas deklarasi berkenaan dalam blog anda, kini anda boleh gunakan penetapan tersebut untuk letak iklan anda dengan saiz yang telah dinyatakan. Pastikan saiz kelebaran dan tinggi adalah sama seperti yang telah anda nyatakan dalam kod di atas. Misal tadi, saya letak width: 250 dan height: 250.

Buka bahagian Layout-Add a Gadget dan pilih HTML/Javascript. Masukkan kod HTML berikut ini:

Amacam? Ok kan? Pastikan sela-masa anda cukup bagi membolehkan keseluruhan iklan tersebut dipaparkan dalam blog anda. Boleh letak di sidebar, mahupun dalam entri blog anda. Terserah. Untuk ubah masa penggantian iklan, sila tukar nilai DELAY dalam kod yang saya berikan di atas.

Selamat mencuba.



18 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nurmujahidah IsmailJune 3, 2013 at 8:14 PM

    adusss,, takut lak nak buat,, nanti dah ada keberanian nak buat gak ni,, jelez ni,, hee

    ReplyDelete
  2. wah....nt nak cuba...

    ReplyDelete
  3. Hmm kena cuba ... menarik untuk promosi

    ReplyDelete
  4. sukmawati binti haronJune 5, 2013 at 9:40 AM

    banyak kali buat try n error....kena cuba lagi.....

    ReplyDelete
  5. try dah,,, tapi keluar dua banner jugak,, mmmm,, will try lagi,,

    ReplyDelete
  6. menarik ni..nanti nak try la

    ReplyDelete
  7. sangat menarik. xeffect loading blog ke

    ReplyDelete
  8. Tidak, sebab hanya guna satu javascript je.

    ReplyDelete
  9. HH..kenapa ada dua gambar yg keluar? boleh bg cth cara letak kod iklan tu?adakah nak letak semua sekai atau macamana?

    ReplyDelete
  10. dua? Bukan ada tiga ke? Ada 3 iklan berbeza tu, Tu dah bagitahu cara buat atau letak tu ...

    ReplyDelete
  11. dh marking entry ni. sekarang x guna lg. tp in future mna tahu kn.
    thx bro share ilmu nih
    x pernh lg jmpa mna2 tuto buat nih


    http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tuan. Tuan tahu tak bagaimana nak buat auto delete post kat blogspot selepas sampai masa/tarikh dalam post tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tidak tahu, setahu saya tidak boleh. Lagipun, ia akan mengakibatkan skor SEO seseuah blog jadi teruk kerana ada broken link. Bila sesebuah blog ada broken link. ia berikan kekurangan pada blog tersebut daripada segi pengalaman pengguna, dan akan beri impak negatif kepada enjin carian

      Delete
    2. Ok terima kasih. Untuk wordpress, saya ada jumpa tutorialnya. Bagi blogspot masih mencari lagi.

      Delete
  13. Replies
    1. Saya dah update balik entri dan kod HTML di atas. Cuba sekali lagi.

      Update: 17 Oktober 2013

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement