As-Salam. Rasanya siapa yang pergi ke Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 mesti dah tahu serba sedikit bagaimana nak berjaya dengan affiliate ni daripada pakar affiliate di blog iaitu En. Titan - Penggemar cendol Banting nombor dua .... :). Dalam entri ini, saya akan dedahkan salah satu tips affiliate yang mungkin anda boleh cuba untuk membolehkan blog anda menjana pendapatan lumayan melaluinya.
Panduan Blogger - Tips Berjaya Affiliate di Blogspot

Daftar Percuma Affiliater di JomNiaga

Andai anda mendaftar percuma di JomNiaga.com, anda akan ada banyak pilihan produk untuk dipilih sebagai produk yang boleh anda pasarkan di blog. Namun, bukan semua produk itu sesuai untuk dipasarkan di blog anda. Anda perlu pilih mana yang sesuai terlebih dahulu.

Tips Berjaya Affiliate Menerusi Jomniaga

Daripada pengalaman saya menerusi blog-blog rakan blogger yang lain, pembeli akan membeli sesuatu produk affiliate andai ia ada kaitan dengan blog tersebut. Contohnya, sebuah blog masakan yang dok cerita soal resepi, maka affiliate seperti Rahsia Bisnes Kuih Raya boleh diletakkan atau mungkin mengenai Video Lengkap Buat Bun, Pau dan Pizza Style Hotel.

Anda boleh letakkan pautan ke produk tersebut samada di dalam entri, mahupun di sidebar blog anda. Boleh juga letak banner iklan tersebut di bahagian atas entri atau blog. Terserah pada pemilik blog.

Satu lagi tips bonus untuk mereka yang mencari duit menerusi program affiliate di Jomniaga.com ialah dengan membuat satu entri bercerita mengenai produk tersebut. Sekali lagi, anda kena pastikan produk yang akan anda promosikan itu ada kena mengenai dengan tema blog anda.

Entri tersebut, mestilah atau paling tidak ada cerita mengenai pengalaman mereka yang beli produk tersebut. Testimonial lebih baik, dan paling baik ialah pengalaman anda sendiri sebagai salah seorang pembeli produk tersebut.

Jadi macamana, dah boleh dapat teknik untuk melariskan produk affiliate di blog anda tak? Kalau dah, bolehlah dipraktikkan. Ingat ye, tips paling utama, pastikan anda promosikan produk yang ada kena-mengena dengan blog anda, atau paling tidak mengenai entri anda - itu sangat penting kalau mahu berjaya dalam affiliate ini.

Selamat mencuba.

14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. huu...dah register jomniaga. Kang nak letak ads derang

    ReplyDelete
  2. Macam dropship .. pernah dengar dropship?

    ReplyDelete
  3. Saya dah cerita mengenai affiliate panjang lebar dah ... tgk balik entri2 saya yang lain mengenai affiliate

    ReplyDelete
  4. nak tanya, apa dropship tuh erk?

    ReplyDelete
  5. Bisnes produk macam affiliate, tetapi lebih kepada produk fizikal, macam baju, kain, tudung, pinggan mangkuk ...org akan beli dari link blog kita, tetapi produk tu tak simpan, kita hanya serahkan butiran pembeli kepada pembekal. Macam yang dibuat oleh Lazada.com.my

    ReplyDelete
  6. Program Affiliates saya belum berjaya tetapi dengan menghadiri seminar Buat Duit Dengan Blog yang dianjurkan Denaihati dapatlah panduan. Cuma tinggal diri sendiri jika hendak melaksanakan trip yang diberikan atau tidak. :-)

    ReplyDelete
  7. Dan nak kena rajin sangat2 ... sbb affiliate ni kena rajin promosi.

    ReplyDelete
  8. sekarang tgh belajar teknik teknik affilate ni. nak aplikasikan nye tu terkial kial sikit, huhu

    ReplyDelete
  9. Akan saya praktikkan di blog/entri saya...semoga dgn cara inni boleh mendapat income, walaupun ianya kecil.

    ReplyDelete
  10. Dah lama daftar di jomniaga,com, cuma tidak buat promosi. Insya Allah akan dicuba..moga2 berjaya.

    ReplyDelete
  11. Nurmujahidah IsmailMay 30, 2013 at 12:45 PM

    nak apply JBD tapi rasa macam tak terkejar masa nanti,, tolong promote jela,, hehe

    ReplyDelete
  12. Good One HH and suka dengan background baru blog ni..cantik and lebih meriah...

    ReplyDelete
  13. huhuhu msh x fhm dgn program affiliate ni sbrnnya ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement