Mengapa SEO Penting Untuk Blogspot?

As-Salam. Nampaknya yang suka dan gemar nak tahu mengenai SEO (Search Engine Optimization) ini hanyalah blogger-blogger yang dah 3-4 tahun berblog, manakala blogger baru yang setahun dua ada blog, seolah tak ambil kesah dan tak ambik port ....

Mungkin mereka merasakan bahawa SEO itu tidak penting. Hmm ... tak mengapalah, sebab mungkin mereka tak berapa nak faham mengenainya. Tak salahkan mereka. Mungkin juga mereka merasakan bahawa blog peribadi tak perlu SEO ini.

Blogger Baru Tak Pentingkan SEO

Ada blogger baru berkata, "Bang, blog B tu tak pernah pun cakap pasal SEO, elok je jadi top blogger." ....

Ya, memang boleh jadi top blogger tanpa SEO, tapi .... adakah anda benar-benar pasti bahawa blog B tu tak guna pakai konsep SEO ini? Anda harus tahu, dalam SEO ni ada banyak aspek, termasuklah juga dengan membina backlinks - seperti anjurkan kontes dan giveaway (sebagai salah satu contoh) serta penggunaan kata kunci unik.
Mengapa SEO Penting untuk Blogger Blogspot

Mengapa SEO Penting Untuk Blogspot?

SEO penting untuk blogger blogspot kerana kita, sebagai blogger blogspot kena bersaing dengan blog-blog hebat dari platform Wordpress yang lebih baik. Maka, kalau mahu jadi blogger berjaya menerusi platform blog percuma ini, anda seharusnya tahu apa kaedah, teknik dan tips menjadikan blog serta entri yang diterbitkan mesra SEO ini.

Mengapa penting? SEO akan memberikan blog anda:

  • Trafik yang banyak - malah mencanak tinggi sampai anda juling mata dan tak percaya ianya berlaku.
  • Boleh buat duit berganda-ganda dengan adanya ciri SEO ini. Katakan anda promosi produk pasal Teh O Ais Terbaik di Malaysia, bayangkan apabila orang Google, blog anda berada di carian pertama. Pasti sekali orang akan membeli - atau paling tidak sudah tahu siapa yang menjual Teh O Ais Terbaik di Malaysia.
  • Rezeki berganda dengan pada masa sama, ada iklan CPUV Nuffnang yang mengira jumlah Click Per Unique Visitor, atau mungkin iklan Adsense atau Innity atau Advertlets.
  • Menjadi pemasar nombor satu program affiliate, yang menjanjikan lebih pulangan dan komisen untuk blog jika jualan dapat dilakukan dari blog anda.
  • Blog akan mudah dikenali hanya dengan menggunakan kata kunci sahaja.
  • Blog anda akan dianggap menghidangkan entri-entri berkualiti dan bermanfaat.
  • Saham sebar ilmu akan naik, dengan lebih pengunjung dan pembaca baca apa yang anda sampaikan - lalu kongsi dengan yang lain.
  • Akan disukai oleh pengiklan-pengiklan yang mahu beriklan di blog anda, jadi membolehkan anda akan lebih tersenyum setiap bulan apabila ada wang masuk dalam akaun bank.

Dan banyak lagi kepentingan SEO dalam blog. Kalau anda tidak manfaatkannya, anda akan hilang satu kelebihan yang sebolehnya anda gunapakai.

Meh tengok bukti ini - Bukti SEO Penting Buat Blogspot (klik)

SEO Penting Untuk Kembangkan dan Sebarkan Ilmu Bermanfaat

Saya faham, anda berblog untuk suka-suka, tetapi bukankah lebih bermakna andai apa yang anda kongsikan itu dapat dikongsikan pula oleh orang lain menerusi teknik SEO berkesan?

Firman Allah SWT, yang bermaksud:
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.(al Alaq: 1-5)

Nabi Muhammad SAW. bersabda:
Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain. (HR. Bukhari dan Muslim) 



Post a Comment

17 Comments

  1. penjelasan yang baik..kalau saya buat entri apa yang saya paham seo,mesti ada sorang dua komen yang cakap tak kisah sebab blog peribadi. huhu

    ReplyDelete
  2. bro aku rasalah kalau buat blog untuk suka - suka tu macam dah tak relevan lagi lah , kalau buat blog untuk suka - suka biasanya hari ini buat pastu dah , takde la nak updated . kalau updated selalu tu aku rasa nak duit kan buat apa kita nak jaga kalau takde income yang datang betul ke tidak.
    SEO penting bro tanpa seo takdelah trafik yang datang dengan sendirinya.

    ReplyDelete
  3. ya- satu ayat penting tu - TRAFIK DATANG DENGAN SENDIRInya ... itulah dia SEO. :)

    ReplyDelete
  4. Mereka tak dapat hasilnya.... bila dah dapat, mesti akan teruja

    ReplyDelete
  5. Kisah Si Dairy17 May 2013 at 17:06

    nak belajar apa itu SEO..blog HH da berwajah baru rupanya..:)

    ReplyDelete
  6. Dah baru ehhh? :P tak perasan lak ... @Kisah SI Dairy dah lama tak singgah ..:)

    ReplyDelete
  7. Betul HH...kerana saya guna blogspot lah...saya kena belajar dan mengadaptasikan teknik SEO... Benda percuma kenalah usaha lebih.

    ReplyDelete
  8. Betul tu, mencuba jadikan mesra seo blog

    ReplyDelete
  9. SEO mmg penting dlm blogging. Walau sy tak berapa nak faham lg tentang SEO tapi sy still ingin mengetahui dan sll juga cuba praktikkan dlm entri sy walau kekadang entrinya merapu je. hehe...

    ReplyDelete
  10. Saya memang sedar kepenting SEO ni, dan dah praktis sejak mula blogging lagi (basic seo seperti Keyword density, meta tags, Description, Image Alts, dll).


    Tapi masalahnya saya tak tahu sama ada saya buat dengan betul or not. Saya just main redah jer dan praktis info yang sy dapat dari Mr google. Memang happy bila UV datang sendiri dan semakin meningkat dari hari ke hari tanpa perlu buat promosi blog.

    ReplyDelete
  11. Sememangnya SEO amat penting, walaupun tidak diambil kisah oleh blogger baru, tapi lama-kelamaan mereka akan tahu juga benda ini penting.

    ReplyDelete
  12. Masih mendalami ilmu SEO

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum,,,,bro HH,

    Kepentingan seo nie memang sangat penting sampai sekarang masih terus mempelajari teknik seo nie,,

    mselim3

    ReplyDelete
  14. Jelas sekali. SEO sangat penting sebagai salah satu metode SEM
    Salam Kenal

    ReplyDelete
  15. setuju, tujuannya adalah masuk di posisi SERP tentu sangat membutuhkan SEO
    salam kenal master hasrul

    ReplyDelete
  16. Tanpa seo saya rasa blog kita serasa mati.
    salam kenal

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.