Apabila anda dah tahu dan jelas tentang sebab untuk meletakkan sesuatu widget atau gadjet itu, maka mudahlah anda pilih mana yang sesuai dan buang mana yang dirasakan tidak perlu (kalau dah pasang dan rasa menyesal).
Widget Mestilah Bawa Manfaat
Ciri-ciri sesuatu widget yang baik mestilah yang mendatangkan manfaat pada blog anda - contohnya seperti trafik blog, tingkatkan pageviews, tingkatkan jumlah pengikut, naikkan fanpage, mudahkan navigasi entri-entri dalam blog dan seumpamanya.Pada masa yang sama, anda juga perlu memikirkan mengenai pengunjung dan pembaca blog anda. Adakah widget yang anda pasang dan sedia letak dalam blog itu beri kelebihan kepada mereka? Adakah widget yang dipasang itu tidak memudaratkan pengunjung? Adakah widget itu mesra dan mendatangkan kemudahan pada pengunjung dan pembaca blog anda?
Jadi, ada dua aspek yang perlu anda lihat sebelum ambil keputusan nak letakkan widget yang perlu - iaitu kelebihan kepada blog anda, dan kemudahan kepada pengunjung blog anda.
Ciri-Ciri Widget Yang Memberatkan Blog
Ok. Kadangkala widget yang kita mahu pasang itu akan jejaskan kadar loading blog walaupun ia telah tepati 2 perkara yang saya katakan tadi. Jadi, bagaimana nak pilih yang sesuai dan tidak menjejaskan blog anda dari segi blog's speed ini?Hanya ada satu yang dapat saya fikirkan, dan secara teorinya begitu - iaitu mengelakkan blog anda memasang widget yang menggunakan javascript atau iframe yang memaksa blog untuk mencapainya secara luaran. Widget seperti ini akan ada satu kod HTML untuk membuat 'panggilan' kepada satu fail lain bagi mengaktifkan sesuatu widget.
Contohnya seperti di bawah ini:
Dan di bawah ini adalah contoh panggilan untuk iframe:
Masalah akan timbul lebih buruk lagi jika capaian ke fail yang dipanggil hadapi masalah seperti terlalu banyak laman web atau blog yang juga pada masa sama nak mencapai fail yang sama ... tak boleh nak akses, jadi blog anda yang guna widget tersebut akan terus-terusan dapat benda bulat berpusing di address bar ... hehehe....
Maka, salah satu caranya ialah dengan meletakkan kod script itu dalam HTML blog anda atau pindahkan capaian ke lokasi yang lain. Jika masukkan ke dalam kod induk HTML blog anda, seandainya kod tersebut panjang berjela, mungkin saiz blog anda pula akan besar - yang juga beri kesan ke atas SEO dan juga kelancaran blog.
Atas penerangan di atas, anda pilihlah widget yang mempunyai kod javascript pendek dan mudah, atau yang menggunakan sumber dari pautan yang boleh tampung jumlah trafik tinggi.
Harap blogger yang dok tanya puas hati dengan penerangan cam pmr ini ...
thanks bro..byk widget kat blog yang saya dah buang..sebelum ni pasang nak cantikkan blog je..loading jd lmbt..skrg pasang yg berguna je..
BalasPadamgood sharing....
BalasPadamHehe... mudah dan senang difahami. Thanks sifu
BalasPadamwoo! cerialah tampilan blog sifu skrgni :)
BalasPadamambik widget yang penting-penting je lah yang paling selamat..hehehe
BalasPadamkalau boleh elakkan jenis yang floating² ni, dia akan menutup entri untuk dibaca..terutama apabila kita akses melalui smartphone atau tablet.
BalasPadamTerima kasih kak @kujie atas nasihat yang sangat baik itu. Blog yang tidak auto readable in tablet perlu ada coding khas buat dia responsif dan hilangkan benda2 sepertii itu.
BalasPadamBenar. Kadangkala tak tahu mana yang penting sampai pening pala dok fikirkan.
BalasPadamCeria? Apa yang cerianya?
BalasPadamTerima kasih sbb faham
BalasPadamHahaha... saya pun camtu gak .. macam2 widget saya pasang...
BalasPadamTerima kasih bebanyak HH...
BalasPadamBoleh di faham dengan mudah...Maklumlah soalan pun macam budak pmr hehe
Pengalaman dan pengetahuan akan menjadikan kita semakin matang utk berblog jika kita serius dlm bidang ini...
Alhamdulillah, kalau boleh faham. Lega rasanya.
BalasPadamskrg ni dah malas nk pasan widget pelik2...xnak beratkan blog...blog ringan pengunjung ramai...
BalasPadamAssalammualaikum...bro HH,
BalasPadamTerima kasih bebanyak tips nie..
mselim3
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.