Klik Sini Untuk Tempahan Rujukan
As-Salam. Apabila dah berlambakkan blogger di Malaysia ni wujud, maka amat sukar bagi mereka yang baru berblog untuk menyerlah atau diketengahkan. Memang tak menang tangan dibuatnya. Fenomena ni paling nampak ketara apabila ada segmen berkaitan 'tambah follower' atau segmen mempromosikan blog dibuat oleh rakan-rakan blogger. Jumlah blogger baru yang join pasti banyak!

Blogger Baru Perlu Mentor Untuk Berjaya

Blogger baru perlu mentor untuk capai kejayaan. Apabila ada mentor, senang dan mudah untuk blogger baru ikuti segala panduan, nasihat serta tips yang diberikan oleh blogger-blogger yang dah ada pengalaman. Saya pasti ramai blogger Malaysia yang ingin bantu blogger-blogger baru.

Apa Itu Mentor?

Mentor, jangan salah faham akan ertinya. Ia bukan seorang blogger yang diagungkan atau dijadikan idola, tetapi seorang 'guru' yang boleh memberikan ilmu untuk dimanfaatkan. Jangan samakan mentor dengan seorang yang menjual perkhidmatan untuk menjadikan blog anda berjaya, bukan! Mentor hanyalah fasilitator dan penyampai ilmu untuk anda praktikkan. Mereka bimbing berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.

Seorang tidak akan jadi kaya, andai seorang jutawan berikan duit sejuta padanya, kerana duit itu akan habis. Seorang akan jadi kaya, jika dia ikut cara bagaimana seorang jutawan itu menjadi kaya; ikuti sistem yang dipraktikkan untuk berjaya - itulah Mentor.

Anda pernah tengok filem Star Wars tak? Dalam cerita sains fiksyen itu ada Obi Wan Kenobi, dia adalah mentor kepada Luke Skywalker. Dia tak ajar Luke Skywalker tu untuk membunuh tetapi ajar untuk jadi pahlawan. Dan kenapa Obi Wan tu sendiri tak bunuh je Dark Vaders? Tapi sebaliknya, dia mengajar Luke Skywalker bagaimana untuk berjuang.

Mentor membolehkan seorang blogger baru untuk percepat apa yang perlu dipelajari berdasarkan pengalaman orang lain.

Hasil Ada Mentor

Hasilnya pula, tidak terus menjadi, tetapi perlu kesabaran dan paling penting adalah setiap langkah dan teknik yang diajar oleh mentor tersebut dipraktikkan dengan baik. Kegagalan pasti akan berlaku, tetapi ia bukan untuk menidakkan akan kejayaan, tetapi sebagai satu faktor untuk diri tersedar bahawa ada langkah telah tersilap dibuat.

Maka, carilah mentor yang dapat bantu anda, baik ketika naik mahupun sudah terjatuh.

Ini merupakan salah satu faktor untuk blogger baru berjaya - dalam konsep MESTI yang telah saya dedahkan sebelum ini.

Selamat berjaya.


23 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mohon bro hh jadi mentor boleh?

    ReplyDelete
  2. hu... trkenang suatu masa dahulu terkontang kanting..

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik dgn Blog Mia liana yg mengambil protege utk diasah menjadi blogger yg berjaya.
    HH tak nak jadi mentor ke?

    ReplyDelete
  4. sapa ler yang nak menjadi mentor saya ek...?

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk entri ini..bagi blogger baru seperti saya...

    ReplyDelete
  6. Mentor sy ialah sifu HH

    ReplyDelete
  7. secara tak rasminya la... hehe

    ReplyDelete
  8. baru tahun ni mia nak jadi mentor. protege pertama dah selesai dididik. sekarang sedang memilih protege kedua.


    mia tidaklah tahu banyak tentang blog. cuma nak turunkan ilmu dan pengalaman kepada protege yang boleh menyambung legasi mia di masa akan datang.. hehehe cam best je kan...

    ReplyDelete
  9. Sama-sama .... @fiza saiza harapnya nanti akan berjaya juga dalam dunia blog Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Blog yang dah estb.... boleh berdiri sendiri ... ok dah tu.

    ReplyDelete
  11. Ohh saya dah ada seorang ... baru je nak naik ni ...

    ReplyDelete
  12. @onlajer rasanya blog awak dah boleh bersaing dah ...

    ReplyDelete
  13. Tu la, ada rakan blogger bagitahu ... :) syabas @mia liana

    ReplyDelete
  14. thanks HH... mia buat yang termampu je. ilmu di dada masih belum mencukupi.... huhuhu

    ReplyDelete
  15. woot semua ada mentor kita ja xda xadil nie

    sapa nak jadi mentor kita huhuhuhu

    http://long-cham.blogspot.com/2013/05/samsung-yang-hampeh.html

    ReplyDelete
  16. waa best nya....nk protege mia bole tak hehe

    ReplyDelete
  17. dan tindakan saya hari ni -menjadikan HH sebagai salah seorang mentor saya dalam penulisan blog. Dan mohon HH halalkan ilmu yang saya nak cedok dari apa yang sedang HH curahkan ni. InsyaAllah akan cuba sedaya upaya mencari, menambah dan meluaskan ilmu.. terima kasi cikgu

    ReplyDelete
  18. Macam mana nak bagi orang baca blog kita dan nak dikenali, saya lebih minat untuk menulis soal nasihat, walaupun diri sy tidaklah mahir dalam soal agama, tetapi sy cuba untuk mengolah dari apa yang saya belajar dan baca kemudian sy berkongsi di blog.


    Sy memohon abang untuk bantu sy, bagaimana ingin menambah pembaca blog sy. dan bagaimna ingin membuat template yang mesra google. dan menarik serta mudah untuk orang lain rujuk.

    ReplyDelete
  19. Boleh dapatkan segala tips padu, ringkas dan padat di FB Page saya.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih kembali @babycomel

    ReplyDelete
  21. HH adalah antara mentor pilihan..tq ya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement