As-Salam. Kalau anda mahu berjaya dalam dunia blog, perkara kedua yang perlu anda fikirkan atau terapkan ialah menguasai emosi dan juga ilmu blog. Ini adalah antara perkara utama selain mencari Mentor untuk menjadi seorang blogger berjaya. Blogger yang mahu berjaya mesti ada kekuatan supaya dapat mengawal emosinya dan mempunyai ilmu yang cukup dalam berblogging.

Konsep MESTI - Blogger Baru Perlu Kuasai Emosi dan Ilmu

Mengapa emosi penting? Kerana emosi yang kuat membolehkan anda berusaha untuk berjaya dalam dunia blog. Anda perlu perasaan yang tak takut pada dugaan, perlu kuat semangat dan bangkit sekiranya gagal. Anda perlu kuat emosi supaya tidak terbawa-bawa dengan hasutan atau mungkin juga termakan benda merapu yang dibawa oleh golongan Haters menerusi blog anda.

Dengan mengawal emosi, anda tahu cara untuk menulis dengan baik tanpa ikut perasaan. Anda menulis dengan tertib dan cermat supaya apa jua yang anda terbitkan di blog tidak mengguris hati apatah lagi menimbulkan fitnah buat orang lain.

Kuasai Ilmu Penting Blog

Sebagai blogger yang mahu berjaya, kuasi ilmu penting dalam dunia blog seperti cara menulis, cara memikat pengunjung, teknik mencari pembaca setia, petua melariskan blog dan macam-macam lagi yang boleh anda belajar dengan mudah. Anda perlu tahu serba sedikit teknikal mengenai susun atur blog anda, apakah itu SEO, apakah itu HTML ... apa itu widget dan sebagainya.

Ilmu boleh memberikan banyak kejayaan kepada anda. Dengan adanya ilmu, anda tahu cara betul untuk membentuk blog anda, tahu cara yang betul untuk mempromosikan blog anda, dan tahu kaedah yang mudah untuk mendapat trafik berterusan ke blog anda.

Cari ilmu tersebut, kerana ilmu itu tidak datang bergolek kepada anda. Jika anda mahu satu kejayaan, maka carilah simpang-simpang kejayaan yang ada. Ada yang berliku, ada yang lurus, ada yang perlu anda daki, dan ada yang perlu anda turuni. Pilih dengan bijak, gunakan ilmu yang bermanfaat ke arah kebaikan.

Dengan pendekatan menguasai emosi dan ilmu, anda tidak akan menjadi seorang blogger yang tak tentu arah. Anda boleh menyekat diri anda daripada menjadi blogger yang mementingkan diri sendiri, dan beralih kepada menjadi blogger bertanggungjawab serta disegani.

Tak Perlu Cun atau Kacak

Tak perlu berwajah cantik kacak untuk jadi blogger yang terkenal. Tak perlu ada ijazah sarjana muda untuk miliki ilmu blog. Tak perlu jadi pengampu kepada blogger hebat ... kerana anda sendiri boleh capai kejayaan dengan konsep MESTI ini.... in Sha Allah.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. btol tu bro..keseimbangan tu penting..
    apa2 pun perenggang yg last tu menarik.
    cun, kacak, ada degree tu bukan kayu ukur atau penanda aras utk berjaya.
    apa guna cun,kacak dan ada degree tp emosi kecamuk & ilmu xberkembang..!!
    rasanya konsep MESTI ni bukan hnya utk blogger je, semua pn perlu applikasikn..

    ReplyDelete
  2. sukmawati binti haronMay 29, 2013 at 11:57 AM

    masih belajar lagi.....

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat konsep MESTI ni. Kena usaha belajar, otak jalan, jangan terlalu ghairah sangat..tenang dan bijak. InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah saya ada mentor..mmg nak kena banyak belajar

    ReplyDelete
  5. Ya, terima kasih atas pendapat anda ... :) terbaekkk..

    ReplyDelete
  6. BTUL tu....sy pun sdg belajar untuk menjadi blogger yg baik....klu ada masa sifu HH ble la tlg komen2 my blog hehe

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.. Banyak membantu untuk menambah ilmu dan menghasilkan penulisan yang menarik dan disenangi semua.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Borong dari Jepun