As-Salam. Teknik termudah untuk menambahkan follower bagi mereka yang baru buat blog adalah dengan aktifkan diri dalam aktiviti dunia blogger Malaysia. Blogger baru kena ramah tamahkan diri agar dikenali di kalangan blogger-blogger lain, kerana nisbah blogger baru dengan lama amat tinggi.

Memandangkan nisbah yang jauh beza ini, adalah penting blogger baru untuk tonjolkan diri dalam dunia blog dengan aktifkan diri dalam apa jua aktiviti yang dibuat oleh blogger-blogger yang jauh lebih lama punyai blog. Blogger lama sudah ada nama, dah dikenali, maka dengan berhubung dengan blogger ini, akan memberikan kelebihan untuk dikenali. Dikenali bagaimana? Dikenali oleh blogger tersebut dan rangkaian rakan blogger mereka yang dah lama jadi pengikut.

Aktifkan Diri Sebagai Blogger

Apabila anda aktifkan diri, kehadiran anda akan dirasai. Lama-lama, in Sha Allah, sedikit demi sedikit anda akan dikenali dalam rangkaian rakan blogger sedia ada, dan berkemungkinan besar akan berjaya menambah pengikut anda sendiri.

Bagaimana nak aktifkan diri? Teknik menambahkan follower buat blogger baru adalah dengan sertai perkara-perkara yang akan saya dedahkan ini.

Teknik Menambahkan Follower Buat Blogger Baru

  1. Sertai segmen dan kontes mahupun giveaway yang dianjurkan. Meriahkan ia walaupun anda bukan bermaksud untuk menjadi salah seorang pemenang. Sokong dengan mempromosikan ia.
  2. Sertai aktiviti yang dibuat sesama blogger aktif dalam rangkaian blogger tersebut. Kadangkala, blogger yang dah dikenali ini tak ada masa untuk buat kontes, giveaway mahupun segmen, jadi anda kenalpasti rakan blogger lain yang aktif dalam rangkaian blogger tersebut, dan berikan sokongan anda.
  3. Aktif dalam interaksi. Cara ini memerlukan anda saling memberi komen dan membalas komen yang ditinggalkan. Komen dengan cara yang boleh memikat komentor lain untuk mengenali dan singgah ke blog anda.
  4. Blog anda perlu mesra pengunjung untuk memudahkan blog anda dapat pengikut hampir serta-merta. Jika blog anda menyukarkan pengunjung untuk menyukai blog, mana mungkin dapat tambahkan jumlah follower.
  5. Bersama rakan blogger aktif lain dalam perjumpaan, aktiviti luar supaya dapat saling kenal-mengenal. Aktiviti perjumpaan riadah atau santai seperti minum-minum kedai mamak, pergi berkelah, tengok wayang boleh anda sertai, atau sertai ziarah rakan blogger - yang mungkin ada masalah seperti keuzuran atau hadapi kematian.
  6. Memilih rakan-rakan blogger aktif dalam rangkaian blogger untuk lebih intim dan mesra, dan paling penting yang ada blog dengan tema dan niche yang sama. Jadi rakan baik samada dunia maya mahupun dunia realiti. In Sha Allah, anda akan terkejut dengan cara blog baru anda berkembang.

Teknik-teknik di atas dikongsikan atas beberapa pemerhatian yang saya lihat pada blogger baru yang cepat dikenali dalam dunia blog. Mereka dengan mudah mendapat tempat dalam dunia blog, dan kehadiran mereka terus dirasai hampir serta-merta.

Blogger Lama Sombong

Dengan kata lain, blogger baru jangan sombong pada blogger lama. Adakala blogger baru kata blogger lama ramai yang sombong dan tak mahu jenguk blog mereka, namun hakikatnya andalah yang seharusnya mesra dengan mereka, dan cuba 'pikat' mereka dengan cara ramah anda. Elakkan memaksa untuk disukai.

Selamat mencuba.

17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thanks di atas perkongsian...no 5 tu macam susah sikit.

    ReplyDelete
  2. Very useful tips.. tq.
    setiap segment/ga/contest yg blogger anjurkan mesti ada kene like/follow mcm2 page.. ini pun salah satu cara utk increase kan follower.. tp tak pasti lah sama ada cara ni ok atau tak utk blogger baru praktikan..

    ReplyDelete
  3. Blogger lama sombong? Bro HH ok je pon hehe...tq tips ni...mmg selalu sedut info bguna kat sini...

    ReplyDelete
  4. fairus mohamad noorMay 14, 2013 at 9:17 PM

    tips yg sangat2 berguna..thanks bro

    ReplyDelete
  5. Kena rujuk entri saya mengenai penganjuran segmen atau kontest, sbb ada perkara-perkara yang perlu dilihat dan dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  6. Hehehee... :) saya peramah ehh? Hmm ...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih @fairus mohamad noor

    ReplyDelete
  8. Terima kasih @ieta .. harap dapat pratikkan mana yang sesuai.

    ReplyDelete
  9. Ya, tak perlu nak rush ... sbb benda ni sebenarnya akan berlaku dengan sendiri - benda susah dapat akan susah nak hilang ... :)

    ReplyDelete
  10. aku walaupun dah 5 tahun blogging,tapi sebenarnya ok je ngan blogger baru ni..tapi lau blog depa tu semak sangat...entri suratkhabar...hurm..elok betulkan dulu le..


    pasal follower bagai ni malas nak amek kisah sangat..biar la..ada ke takde..aku lebih pentingkan subscriber...hehehe..:D

    ReplyDelete
  11. Terima kasih brother. Sangat berguna.

    ReplyDelete
  12. okeh.. hheeeee

    ReplyDelete
  13. Tips yang baik HH..cuma pada new blogger macam i ni, rasanya tak perlu rushing sangat nak kumpul folower kan..kena slow & steady...and jangan cepat give up kalau tak ramai follower and kurang visitors..kena usaha lebih siit kot..

    ReplyDelete
  14. Terbaik & sgt2 suka dgn tips ini

    ReplyDelete
  15. Blog kalau dah ditinggalkan lama-lama.. pengikut pun menghilang begitu sahaja...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement