Dua-dua cantik, sama padan kacak dan jelita. Dan dua-duanya punyai aura dan karisma selain pengikut mereka sendiri. Aizul memang cekap dengan kamera, malah banyak gambar-gambar hasil kreativitinya yang saya sendiri sangat terliur melihat dan menatapnya di blog Aizul Marcello.
Manakala Lynda Roslan, seorang model dan bekas blogger yang memang awesome cun. Saya sendiri pernah tampilkan mengenai Lynda Roslan dalam beberapa entri saya dahulu, sebelum dilamar menjadi artis residen Mig Pictures - Lynda Roslan - Pelakon Baru Mig Pictures
Murah rezeki kata orang, Lynda Roslan kemudian jadi model produk tudung terkenal, dan akhirnya wanita cantik ini telah memiliki jenama tudung sendiri. Itulah, tuah manusia tak macam tuah ayam yang boleh nampak di kaki .. hehehe...
Tahniah pada mereka berdua, sesungguhnya mereka telah menunaikan salah satu sunnah yang sangat dituntut, dan moga rezeki mereka berdua akan bertambah. Didoakan buat Aizul dan Lynda akan kekal bahagia hingga ke akhirnya dan cepat-cepat menimang cahayamata yang comel ... :)
Foto Perkahwinan Lynda Roslan dengan Aizul Marcello
Oh ya, buat mereka yang tak tahu, Aizul merupakan adik-beradik ... tak pasti samada adik atau abang .. kepada seorang lagi blogger terkenal yang juga cun melecun ... Irene Nadia Marcello yang juga telah pun berkahwin .. ) ...
Tahniah buat mereka berdua, dan terima kasih kepada Photophenomgraphy Studio kerana berkongsi gambar cantik cun terbaik ini.
Kredit Foto: Photophenomgraphy Studio
Tahniah2 huhu secocok
ReplyDeletesemoga berkekalan jodoh pengantin ni...
ReplyDeleteassalamualaikum hh...selamat pengantin baru buat Aizul n Lynda...moga jodoh kekal hingga hujung nyawa..;)
ReplyDeletebaru perasan.blogger juga rupanya.
ReplyDeletekalau dah photographer tu...tambah plak cun wifenya..model lagi tu...pehh..terbaiklah depa ni..selamat pengantin baru..:D
ReplyDeletesama cantik&sepadan..moga jodoh berkekALAN..
ReplyDeleteTahniah buat pasangan pengantin
ReplyDeleteDah dekat sebulan mereka ni kahwin .... :)
ReplyDeleteMemang secocok kan ...
ReplyDeleteHmm tu la seronok je tengok kan .. pasti lepas ni gambar famili semuanya terbaekkk
ReplyDeletesama cantik sama comel.. semoga mereka berbahagia hinggalah ke syurga..amin..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.