Cara Ubah Tag H1 dan H2 Dalam Blogspot

As-Salam. Ada blogger yang hadapi masalah apabila blognya terdapat berbilang tag H1 yang merujuk kepada tajuk entri-entri dalam blog di muka hadapan, yang mana sepatutnya ia diberikan tag H2. Ramai blogger berpengalaman dalam SEO mengatakan adalah lebih baik sesebuah blog punyai 1 H1 tag dan berbilang tag H2 atau H3.

H di sini bermaksud header atau kepala atau lebih mudah dikenali sebagai tajuk. Sebuah blog yang baik akan punyai satu tajuk besar (H1) dan beberapa tajuk kecil (H2) dalam satu kategori atau kata kunci yang sama. Dalam blogspot, ada cara mudah untuk berikan tag ini dalam blog (klik sini).
Cara ubah tag header dalam blogspot - h1,h2

Cara Ubah Tag H1 dan H2 Dalam Blogspot

Jika blog anda yang mempunyai bentuk layout seperti magazine - banyak tajuk kecil dipaparkan pada laman utama, seperti contoh blog ini di laman pemuka - www.hasrulhassan.com, maka anda seharusnya membuat sedikit ubahsuaian pada HTML template blog anda.

Ubahsuaian ini adalah untuk memastikan bahawa apabila blog anda dipaparkan di laman pemuka, ia akan jadikan Tajuk Blog sebagai H1 manakala Tajuk-Tajuk Entri sebagai H2. Dan apabila berada di laman entri, Tajuk Entri menjadi H1 manakala tajuk kecil dalam entri menjadi H2 atau H3 ... mahupun H4 jika ada. Anda boleh cuba ikuti, salin dan gunakan kod HTML yang saya kongsikan ini kepada anda.



Pastikan anda masukkan kod HTML di atas di tempat yang betul. Cari dan lihat pada div class=post hentry dalam HTML blog anda.

Penambahan kod HTML di atas mungkin berjaya, mungkin tak berjaya, tapi anda boleh cuba kerana percubaan saya lakukan pada blog-blog lain menggunakan template bukan Thesis telah berjaya.

Kalau tidak berjaya, anda boleh dapatkan konsultansi daripada saya, untuk melihat kod HTML blog anda dan lakukan ubahsuai yang diperlukan untuk ubah penetapan tag-tag ini.

Selamat mencuba.


Post a Comment

22 Comments

  1. pergh.. pening saya bila tengok coding-coding ni

    ReplyDelete
  2. Hahahaha... biasalah, saya pun pening gak

    ReplyDelete
  3. Terima kasih @Kertas Warna Merah

    ReplyDelete
  4. Dah try ke?? So macamana @Afendi Abu Talib

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.....

    Blog saya drpd thesis versi 2 (forblogger). Nak tanya Tuan HH, Dlm membina sesuatu entri adakah perlu ditaip/tulis tajuk/title entri di dlm setiap entri. CTH...
    Di kotak atas sekali di blogspot ada POST: Cara Ubah Tag H1 Dan H2.....

    Soalan saya : Adakah perlu di tulis lagi tajuk di atas (HURUF BESAR) untuk tajuk entri kita. (Heading). Apa pula fungsi Heading,Subheading dan Minorheading. Sudah lama nak tanya...perkara ini dan fungsi2 nya.



    Terima kasih...

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan HH.

    Mana end-tag untuk kod: ?

    Mohon update ya :)

    ReplyDelete
  7. Tak semestinya huruf besar, tetapi diberikan Tag H1, atau H2 atau H3. H1 adalah main header, kemudian subheading dan minor heading, semua heading mesti saling kait dari sudut membawa maksud, macam kita baca buku, kan ada tajuk2 kecil di sebalik tajuk besar. Dalam buku pun, walaupun dah ada tajuk besar, masih lagi diulangkan tajuk besar dalam isi kandungan, ini adalah untuk emphasize tajuk tersebut atau dengan kata lain menguatkan kata kunci tersebut dalam entri.


    Saya dah beritahu lepas-lepas, cara nak tulis entri dengan betul dan lengkap ciri SEO ialah dengan membaca buku .... dari situ anda akan tahu cara bagaimana nak tulis. :)

    ReplyDelete
  8. Kod di atas adalah nestes end if untuk paparan di laman utama. Jadi, kalau blog anda layout macam saya, yang ada readmore automatik, maka kod di atas mestilah berada dalam tag end if untuk readmore tersebut. Harap maklum.

    ReplyDelete
  9. Saya dah tambah di akhir div ... :) terima kasih.

    ReplyDelete
  10. terima kasih di atas jawapan Tuan HH

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...bro HH,

    mselim3 ada praktikkan dalam beberapa entry mselim3 .

    Terima kasih sudi berkongsi...

    ReplyDelete
  12. Tak dapat buat le error.perlu bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena trial n error .. sbb template blog masing2 berlainan.

      Delete
  13. seriuss...banyak2 tips blog yng saya bljara..so far smua ok.. tapi bila bab h1 ,h2.. tak boleh nak bw la..huhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak rumit sikit pada mereka yang tak tahu apa2 mengenai HTML. Tapi perlahan-lahanlah belajar .. tak susah seperti digambarkan.

      Delete
  14. perkongsian yb baik daripada tuan HH. tq HH

    ReplyDelete
  15. blog dah mesra SEO perlu tukar kat H 1 dan lain xpndai mana lagi...

    ReplyDelete
  16. kecewa...huhu tak jadilah HH :(
    sy ada 3 masalah besar dengan blog..kalau ikut dekat seo doct stats blog ada 3 prob;
    1 - page tidak terindeks
    2 - H1
    3 - H2

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.