As-Salam. Seandainya anda seorang blogger yang masih lagi zero mengenai bagaimana enjin carian Google Search berfungsi, mungkin perkongsian ini akan memberikan sedikit perspektif. In Sha Allah, anda akan lebih faham bagaimana enjin carian menyenaraikan blog serta entri blog di dalam enjin carian berdasarkan kata kunci tertentu.

How Search Works Dalam Bentuk Animasi Kreatif

Mengapa blogger seperti anda, seperti HH dan yang lain perlu tahu mengenai How Search Works? Jawapannya ialah agar anda dapat ketahui secara am mengapa dan kenapa banyak blog boleh mendapat trafik walaupun blog agak jarang update entri terbaru. Dan anda akan juga dapat tahu mengapa dan kenapa anda perlu membuat entri yang relevan dan ada kaitan dengan carian tertentu supaya blog anda akan lebih ketrampilan dalam enjin carian.



Apa yang sebenarnya anda cari di enjin carian bukanlah laman web atau blog, tetapi lebih kepada indeks yang tersimpan di dalam pengkalan data Google. Jika blog anda memenuhi kriteria dan algoritma enjin carian, maka semakin mudahlah blog dan kandungannya dimasukkan ke dalam indeks.

Dan anda juga akan dapat tahu serba sedikit mengenai apa kelebihan entri dan blog anda mempunyai backlinks. Backlinks inilah yang akan membantu blog dan entri lebih cepat dimasukkan ke dalam senarai indeks.

Ok. HH nak ceceh lebih-lebih, takut nanti anda akan garu kepala, adalah lebih baik anda lihat sahaja animasi unik dan berinformasi ini untuk kefahaman lebih jitu.


Ehemm .. malah anda akan dapat tahu bagaimana Google menyenaraikan blog anda sebagai spam yang akan menyebabkan blog tidak boleh diakses oleh pengunjung.

Selamat menimba ilmu.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih sdr HH. saya dah pi tgk video tu dan bkn tu sahaja, saya dapat bermacam lagi info tentang bagaimana engine carian google ini memberi manfaat kepada pengguna. secara tak langsung saya juga belajar mengenai seo. terima kasih banyak kerana berkongsi info ini, saya galakkan teman blogger yang belum tengok video ni, cubalah tengok...;)-

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ... semoga apa yang disampaikan dalam blog ini dapat bantu @google-187fcb43b8c1ef0adcae587cd3163a79:disqus lebih faham mengenai teknik berblog yang baik

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement