As-Salam. Tetiba dapat komen dari seorang rakan blogger (blogger baru) minta jasa baik HH untuk lihat masalah blognya. Apa masalah? Masalah ini bukan seorang dua blogger je yang kena, malah blog-blog yang mempunyai widget SCM Music Player akan hadapi masalah serupa.

Masalah Blog Papar SCM Music Player

Apa yang HH nampak ialah kandungan blog akan menjadi kandungan laman web SCM Music Player, ia akan papar seperti ini:


Masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah. Apa yang perlu anda buat ialah buang widget SCM Music Player dari blog anda. Dan HH boleh buktikan, menerusi rakan blogger yang hadapi masalah ini dan telah ikuti nasihat dan panduan yang HH berikan di facebook.



Blog yang HH maksudkan ialah blog ini - Cik Nyoonyalita

Anda boleh tanya sendiri kepada pemlik blog adakah widget SCM Music Player ini telah berikan masalah buat blog. Bukan apa, sebab ada ramai blogger terutama blogger baru suka hias dan letak pelbagai widget dan gadget dalam blog tetapi tidak pasti samada ia benar-benar berguna atau tidak.

Perkara ini telah pun HH sebut dalam beberapa entri terutama INI(klik). Kita perlu pilih widget dan gadget yang bersesuaian sahaja. Andai ia tidak berikan impak positif, buat apa letak ye tak? Letak banyak widget ni buat serabutkan capaian je.

Nanti, blog anda akan jadi lambat nak load, lebih lambat dari si kura-kura. Bila dah lambat, orang takkan tunggu lalu terus klik X. Sia-sia buat entri tapi tak siapa baca hanya kerana satu dua widget yang melembabkan kadar capaian blog.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bersederhanalah dlm menghias blog.. :)

    BalasPadam
  2. ada gak tgok kat blog blogger lain.. kesian

    BalasPadam
  3. saya tak scm player ni...dah la panjang dan pelik je

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement