As-Salam. Tentu anda telah faham kenapa masa loading sesebuah blog itu penting. Bukan setakat dari segi penilai tahap keberkesanan SEO (Search Engine Optimization) sahaja, malah ia merupakan faktor asas yang akan menjadi faktor penentu untuk seseorang pengunjung terus berada di blog anda atau tidak.

3 saat bernilai sebuah blog adalah jangkamasa paling minima seseorang pengunjung akan membuat keputusan untuk terus baca blog anda, atau memilih untuk pangkah sahaja dan meninggalkan blog anda.

Tips SEO Blogspot - 3 Saat Bernilai Sebuah Blog


3 Saat Bernilai Sebuah Blog

Perlu pastikan blog anda telah berjaya melepasi 3 saat waktu loading. Paling tidak, entri anda mesti keluar terpapar sebelum saat ketiga berakhir. Untuk itu, anda perlu melihat reka bentuk, dan beberapa kriteria lain untuk membolehkan blog anda punyai masa loading pertama yang tidak terlalu lama. Ingat, 3 saat pertama apabila pengunjung blog ke blog anda, blog anda perlu telah tersedia dengan entri cukup cun meletup untuk dibaca.

Pengiklan Hilang Minat Dengan Blog

Seandainya blog anda tidak berjaya papar entri sebelum 3 saat pertama ini, anda bukan sahaja kehilangan pengunjung yang mungkin menjadi pembaca anda, malah anda akan kehilangan pendapatan hasil trafik blog kerana banyak pengiklan mengambil kira 3 saat pertama ini untuk membolehkan iklan mereka dipaparkan.

Anda tidak akan dibayar seandainya iklan diletakkan tidak keluar.

Saiz Gambar Faktor Blog Lambat Papar

Jika blog anda nampak lambat, perkara pertama yang harus anda perhatikan selain daripada reka bentuk blog anda ialah penggunaan gambar dan foto di dalam entri. Pastikan anda menggunakan saiz gambar atau foto yang sesuai dengan saiz paparan utama anda. Anda boleh lihat di dalam kod html blog anda yang selalunya ditandakan dengan main-wrapper atau post-wrapper.

HH nasihatkan anda ubah saiz gambar yang ingin dimasukkan menggunakan pelbagai editor untuk gambar yang ada termasuklah Photoshop dan Photoscape.

Moga membantu anda menghasilkan blog yang dapat ambil kesempatan 3 saat bernilai sebuah blog.

15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tue. blog fyna berat tak?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih byk2 utk panduan ni,

    ReplyDelete
  3. Payah juge nak dapat loading dlm 3 saat. Entri selalunya menggunakan banyak gambar....
    Patut le iklan asik missing.
    Thx HH

    ReplyDelete
  4. thanks for info bro...... byk yg nak kena betulkan......

    ReplyDelete
  5. Peringatan yang baik

    ReplyDelete
  6. bagus ni HH.... 3 saat yang amat dan paling bermakna..... especially yang datang dari search traffic.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum hh....yer la takut juga blog lambat loading..tentang saiz gambar tu boleh tak hh buatkan satu n3 tentangnya....mama kurang faham tentang masalah ni...sbb mama suka letak gambar saiz besar takut juga blog mama lambat loading disbbkn itu .....:)

    ReplyDelete
  8. Ya, kena pandai memanfaatkan 3 saat tersebut agar blog disukai lemak berkrim ...heheehe

    ReplyDelete
  9. @google-b4d8ebbc87b711ec161a79e837f8369d:disqus ... cuba baca entri ini: http://www.hasrulhassan.com/2011/11/panduan-menulis-blog-saiz-gambar-yang.html

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kerana sudi membaca entri ini

    ReplyDelete
  11. Moga blog akan tambah mantap dan perkasa!!

    ReplyDelete
  12. Belajar pelan-pelan. Cara paling baik adalah gunakan template dari blogspot iaitu dynamic theme

    ReplyDelete
  13. betul-betul,, kalau lambat loading..hati pun malas dah nak tunggu..

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Advertisement


Untung 100% Bisnes Online dengan Onpay - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!

Advertisement