As-Salam. Al fatihah buat arwah Bro Jejai. Setelah bertahun bertarung dengan penyakit, akhirnya Allah S.W.T telah menjemput beliau, mengakhiri kesengsaraan bertahun lamanya. Bro Jejai, pemilik blog yang terkenal - Teratakarmo telah kembali ke rahmatullah.

Berita ini HH terima agak lewat setelah menyusuri blog rakan blogger. Dan untuk pengetahuan, Bro Jejai baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya pada 11 Februari lalu. Gambar yang HH kongsikan ini boleh dikatakan gambar terakhir Bro Jejai bersama rakan blogger lain semasa seisi kopi teh.

Bro Jejai (Teratakarmo) Dalam Kenangan


Al fatihah buat Bro Jejai


Bro Jejai merupakan blogger yang aktif, hatta di waktu beliau sedang bertarung sakit yang amat. Walaupun blog telah lama tidak dikemaskinikan, tetapi beliau antara blogger yang hadir ke perjumpaan SBB2013 baru-baru ini anjuran Denaihati.com. Bro Jejai merupakan blogger dari Sabah (kalau tak silap).

Kesungguhan beliau sebagai blogger patut dijadikan contoh buat semua. Beliau berjaya dengan cara tersendiri.

Al fatihah buat beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat, in Sya Allah.

Kredit Foto: Denaihati.com

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. AlFatihah. Abe pernah berkesempatan join event Dutch Lady bersama Arwah JeJai tahun lepas & sempat makan semeja. Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang terpuji. Amin

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang yang soleh. Sempat juga berkunjung ke blog beliau dulu.

    ReplyDelete
  3. al- Fatihah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  4. semoga arwah tenang di sana.. Amin ya ALLAH.

    ReplyDelete
  5. al-fatihah..
    semoga roh beliau dicucuri rahmat.
    kehilangan besar utk dunia blogger!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum hh...al-fatihah...

    ReplyDelete
  7. al-fatihah buat arwah...


    mlm ni dpt news 2 org meninggal...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Advertisement


Untung 100% Bisnes Online dengan Onpay - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!

Advertisement