As-Salam. Dahulu ada rakan berkata, orang yang buat blog ini adalah orang yang berada di dalam kesunyian ... sebab dia tak ada kawan di alam nyata, jadi dia sakan berblog dan menjadi 'selebriti' di laman-laman sosial maya. Di dunia nyata ... dia hanyalah nobody ... malah jiran sebelah pun tak kenal akan siapa dia.

Blogger. Best ke gelaran blogger ni? Apa ada pada seorang blogger? Kalau blog ramai pengunjung yang senang hati klik iklan, tak mengapa .. adalah dapat seringgit dua, hasil pendapatan yang boleh membeli telefon pintar 3G dengan rebat RM200; itupun untuk beli plan yang disediakan, atau kad top-up... nak inginkan model Samsung S3 atau iPhone 5, nampak gaya kena 'gali lubang' untuk dapat wang!

Apa Ada Pada Seorang Blogger?


Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Kujie, Broframestone, Eqbalzack, Fatin Liyana, Denaihati, Ariffshah, Abangensem

Blogger Kaya Raya

Blogger kaya raya? Hmm berapa kerat yang berjaya capai taraf sebegitu, Redmummy yang menggemparkan LHDN satu masa dulu pun tak anggap dirinya begitu. Denaihati yang rendah diri pun masih lagi cuba mementalitikan dunia maya dan masyarakat mengenai kerjaya sebagai blogger. Bagi buka mata untuk menghargai blogger dan memberikan apa yang sewajarnya kepada mereka.

Blogger Popular

Blogger menjadi popular seperti Fatin Liyana? Blogger yang digemari para pengiklan serta event manager - seperti Broframestone? Atau nak jadi blogger yang menjadi idola ramai wanita, tak kira dah kawin, janda mahupun anak dara - Ben Ashaari?

Blogger SEO (Search Engine Optimization)

Atau mungkin anda nak dianggap sebagai blogger yang hebat dalam dunia SEO seperti AriffShah? Atau mungkin anda mahu mencari 'pangaruh' dan mendapat ramai pengikut seperti Lyssa Faizureen

Ada apa pada seorang blogger? Anda blogger kan? Anda tentu tahu apa yang anda dapat menerusi berblog, tentu ada sesuatu yang membuatkan anda terus berblog setiap hari. Tentu ada cerita yang mahu anda kongsikan seperti Kak Kujie.

Blogger Redmummy

 

Blogger Popular Majalah Akbar

Blogger hanyalah satu terma yang makin popular ketika ini. Kerana apa? Kerana ramai yang dah tahu nak buat blog sendiri, kerana ramai yang ada blog, dan mahu jadi popular dan keluar dalam majalah serta akhbar seperti EqbalZack yang kacak dan berPHD.

Blogger Jutawan Hartanah

Semua ada alasan, ada sebab, ada motif. Tak kira apa yang sedang menjadi nadi dalam menjadikan anda menulis entri baru setiap hari di dalam blog anda, cuma anda sahaja yang tahu. Dan anda harus dan perlu tunaikan alasan, tujuan dan tanggungjawab anda itu, kerana ia merupakan satu bentuk paradigma anda sebagai seorang manusia, dan sebagai seorang yang ada blog. Lihat contoh blogger ensem ini - Abangensem ... nak bagi ilmu supaya kita boleh jadi jutawan dengan pelaburan hartanah.

Blogger Selebriti

Mungkin .... mana tahu satu hari nanti, nama anda pula yang akan disebut dan digilai, dan manakan tahu satu hari nanti, anda akan jadi seorang blogger yang ada rancangan TV sendiri seperti Hanis Zalikha yang cantik jelita ...huhuhuhu....yang dah pun jadi pelakon gangster di layar perak.

39 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bro nice gilaaa... Aku baca sambil senyum sorang-sorang... Hehehe... Betul setiap blogger mempunyai matlamat tersendiri dalam berblogging... Semoga kita semua mencapai matlamat tersebut.. Sesuatu benda, kalau tiada matlamat macam sia-sia la pulak.. :D

    BalasPadam
  2. mia untuk suka2 je.... hehehehe..... happy2...

    BalasPadam
  3. perenggan di atas tu sesuai la dengan hana..hehe

    BalasPadam
  4. Ehh samalah kita .. nobody in somebody land .. hahahaha

    BalasPadam
  5. Buat blog memang nak kena happy2 selalu ...

    BalasPadam
  6. Ya...bila ada hala tuju ..kita akan tahu apa yang harus dilakukan ...

    BalasPadam
  7. macam saya, dulu bermula suka bercerita tentang diri sendiri di blog dan fikir macam nothing dan akhirnya cuba kaitkan setiap entry saya indahya tentang islam itu dalam setiap aspek .

    BalasPadam
  8. Yelah, seharusnya setiap tindakan & perbuatan tu mesti ada matlamat, sebab & alasan tersendiri kan.. saya menulis kerana rasa cinta yg membara.. i luv writting & really luv my friends here

    BalasPadam
  9. tengh cari lagi identiti blog saya ni..

    BalasPadam
  10. Semakin lama kita berblog, kita mula akan terarah ke atas sesuatu tajuk genre tertentu

    BalasPadam
  11. Ya. Cinta boleh jadi penyebab utama untuk menulis menerusi blog.

    BalasPadam
  12. Blogger Murah Ilmu - hasrulhassan.com
    Kenapa kategori ni tak disenaraikan yer..
    Respect kat sifat merendah diri pada bro hasrul

    BalasPadam
  13. utk ingat mengingati sesama kita :)
    muhasabah diri sendiri :)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. Saya rasa biasa je tuan HH. Mungkin popular di kalangan student2 saya je. hehe...

    BalasPadam
  15. er .. kebanyakannya nama-nama kat atas tu blogger personal, tapi jangan di lupa pada blogger yang mengendalikan blog niche seperti dalam topik teknologi atau kereta.

    BalasPadam
  16. woah..hebat2 semua..tak keterlaluan kiranya saya menyatakan nama tuan hasrul hassan juga layak berada dikalangan mereka :)

    BalasPadam
  17. Saya blogger baru.. silabtunjuk ajar brother. Heeee

    BalasPadam
  18. entry yang sangat bagus ni, at least dapat beri satu matlamat atau arah tuju utk blogger baru seperti saya....

    BalasPadam
  19. setiap manusia ada kelebihan yang tersendiri. tak kiralah niche apa pun, apa yg penting jadilah diri sendiri.

    BalasPadam
  20. tepat analisis yg tuan HH buat... smua org pun blh memiliki blog tp berapa org yg berjaya? mgapa mereka bejaya? itu persoalan... usaha dan kegigihan itu penting.. ada juga yg berjaya tanpa kita tahu pemiliknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, banyak kena ulang tulis entri ni.

      Padam
  21. suka penulisan HH. hebatla.... HH pun apa kurangnya kan... entri semuanya bermanfaat.

    BalasPadam
  22. Bila la aku nak jadi popular mcm dia org..

    BalasPadam
  23. dasatnya ayat sifu... bersahaja dan bersantai penuh ilmiah. Tabik buat mereka. Yakin pada diri sendiri, 1 day saya juga pasti seperti mereka. ekekeke... berangan dah tu... Psss... sifu pown apa kurang hebatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entri ni memang tak jemu saya baca. Ni dah kali ke 2 baca tapi masih belum mencapai seperti mereka. Perjlnn masih jauh lagi nmpknya ni... ^__^

      Padam
  24. rasa macam takkan capai je taraf blogger retis macam dorang ni,,, ps- nape tak leh komen guna nama dan url kat blog hh ek?

    BalasPadam
  25. HH pun hebat!!! Sy suka baca blog ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ... :) Ammar pun hebat, banyak blog dan fanpage ribu2 ..

      Padam
  26. Macam mane gua boleh terlepas pandang entry blog ini...

    BalasPadam
  27. Memang hebat-hebat belaka dalam semua senarai tu

    BalasPadam
  28. bagus la semua otai2 jer kat atas tue hehehe

    BalasPadam
  29. setiap blogger ada keistimewaan masing2x tak termampu nak kalahkan..

    BalasPadam
  30. Susah nak bina niche blog..lagi susah nak bina jenama blog.hahaha..insyaAllah..satu masa nanti..

    BalasPadam
  31. er, blogger teknologi jangan di lupa .. merekalah yang bertugas memberi informasi berkaitan perkembangan ICT dalam bahasa Melayu .. blogger teknologi ni golongan minoriti

    BalasPadam
  32. Zumal masih mencari diri. Thanks atas perkongsian HH ^_^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement