As-Salam. Tentu ramai dah sedia maklum mengenai Rebat RM200 untuk belia mendapatkan telefon pintar dalam Bajet 2013. Ia satu perkhabaran gembira untuk mereka yang teringin berada di dunia serba teknologi ini. Namun, di sebalik khabar gembira, ada suara-suara yang tidak berpuas-hati mengenai syarat yang dikenakan oleh kerajaan, termasuklah SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).
Apapun, setiap perkara baru tentu akan ada cacat cela. Diharap kerajaan mendengar suara-suara ini agar apa yang ingin dilakukan mencapai matlamat sebenar.
Ok, jenis, jenama telefon pintar yang bagaimana yang telah diberikan lampu hijau untuk penerimaan rebat RM200 ini? Berikut, HH kongsikan infografik yang telah disediakan oleh MalaysiaKini.com mengenai senarai telefon pintar rebat RM200 untuk belia menerusi Bajet 2013.
Senarai Telefon Pintar (Smartphones) Rebat RM200 Bajet 2013
Dimaklumkan senarai ini adalah berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh SKMM dan senarai telefon pintar yang sah untuk rebat RM200 akan dikemas-kinikan dari semasa ke semasa. Buat masa ini, terdapat 23 jenis telefon pintar yang diberikan rebat RM200 Bajet 2013 dari pelbagai jenama termasuklah Nokia, LG, HTC dan Samsung.
Yang lain ialah HTC Desire X, HTC One S, Nokia Asha 311, Sony Xperia Tipo Single, Sony Xperia SL, Sony Xperia Ion, Sony Xperia S, Huawei Ascend P1, Windows Phone 8X By HTC, Ninetology Blackpearl 2 i9400, Ninetology Stealth 2 i9500, Palette i5300, ZTE Acqua, Buzz 4G Cloud Phone dan Insight i9430.
Update Senarai Terkini Telefon Pintar Rebat RM200
Model terbabit ialah iPhone 5, Samsung Galaxy S3, Samsung Galaxy Mini 2, Samsung Galaxy Y 5, Samsung Galaxy Note 2, Samsung Galaxy Ace Plus, Samsung Galaxy S3 Mini, Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Nexus 10, LG Optimus LE E400, HTC Desire C, HTC One X dan HTC Wildfire S.Yang lain ialah HTC Desire X, HTC One S, Nokia Asha 311, Sony Xperia Tipo Single, Sony Xperia SL, Sony Xperia Ion, Sony Xperia S, Huawei Ascend P1, Windows Phone 8X By HTC, Ninetology Blackpearl 2 i9400, Ninetology Stealth 2 i9500, Palette i5300, ZTE Acqua, Buzz 4G Cloud Phone dan Insight i9430.
Secara peribadi, HH sarankan anda pilih jenama Samsung dan Nokia untuk kualiti. Untuk jimat, boleh guna smartphone Ninetology dan Huawei. Huawei merupakan jenama yang terkenal dalam pengeluaran modem dan juga wireless connection dan Ninetology merupakan jenama Asia Tenggara yang semakin dikenali.
Untuk mendapatkan senarai terkini, anda boleh layari laman web SKMM.





ada peluang nak rebut rebat nie..syarat dah cukup..hehehe
29 December, 2012 14:18
Okaylah tukan. Kalau guna rebate tu untuk beli iPhone 5, Samsung Galaxy S3/Note...akan terasa ke diskaunnya? rasanya tak terasa pun. sebabnya harga IP5,SGS3 & Note tu pun around 2k++ lepas guna rebate..kita still kena bayar dalam amaun yang besar. Tapi kalau around 500 tu memang akan terasalah diskaunnya kan. so apa yang tak logiknya?
rasanya ramai yang tak puas hati adalah disebabkan senarai hp yang termaktub untuk rebate tu adalah hp model & stok lama dan nampak ketinggalan. Tapi apa2pun bagi golongan yang kurang berkemampuan, rasanya mereka tak der masalah pun dengan senarai phone tu. rasanya golongan yang berkemampuan jer yang ramai tak berpuas hati dengan senarai tu.
pada saya kalau mereka tak nak. tak perlu and tak payah lah apply. Biarlah mereka yang mahukan rebate tu jer yang apply. Habis cerita.
29 December, 2012 16:09
Betul tu ... telefon yang ada rebat ni untuk mereka yang berpendapatan rendah... bila semua nak dimanjakan, bil hospital rm1 tu pun depa nak suruh kerajaan bagi percuma. Golongan macam ni tak bersyukur dengan apa yg ada.
Kalau ada duit, tak perlu nak mengharapkan benda2 gini ye tak? Nak bergaya ..tapi ..hmm nak teknologi ..dah diberi ..macam2 hal pula.
29 December, 2012 21:16
Tapi apa yang pasti. Golongan yang terlebih mampu paling ramai yang apply. Itulah nak bergaya dengan teknologi canggih pun nak harapkan bantuan. Depa ni demand tak ingat dunia.
02 January, 2013 22:06
assalamualaikum, hehe, saya peminat setia SONY ni, tapi.. apakah nasib... just Tipo... tak ada yg lain eik ? SONY mmg high tech, sound, camera, BRAVIA, HTML5 support, dan mcm2 lagi :)
dgrnya, SONY Tipo ni bnyk kelemahan, trutama bhagian processor speed, video camera yg low resolution VGA, dan skrin sentuh yg mnyokong touch TFT capacitive touchscreen, 256K colors
ya, tapi amat berbaloi dgn memori dalamannya 2.4 GB dan android version 4.0.4
thanks for sharing bro HH :)
28 January, 2013 14:17
ya, rebat yg menguntungkan pihak Telco jugak akhirnya, bila fikir 2 kali, saya masih blajar ni, tak perlu tergesa-gesa nak print slip rebate tu...
28 January, 2013 14:18
nak acer liquid Z100!!! Tp xde dalam senarai plak..:(
29 January, 2013 00:36
Yup memang tak berapa nak menguntungkan kepada pembeli seperti kita. Kerna apa yang saya nampak sekarang, terdapat trick yang digunakan oleh pihak telco untuk mengaut keuntungan dikemudian hari dan akhirnya akan menyusahkan segelintir daripada penerima rebate tersebut. saya sendiripun tak print lagi slip tu. sebabnya tak tau nak pilih phone apa.
phone yang ditawarkan bagi plan prepaid kebanyakkannya model low function dan kurang menarik jika nak dibandingkan dengan postpaid plan.
01 February, 2013 20:54
Slam tuan rmh....klu cnrh sya nk bli xperia s...,adakah sya perlu berdaftr dgn mana pelan yg telah disediakan oleh pihaj telco??? Trima kasih ya
10 February, 2013 13:11
Huh phone bru yg ditawarkn smua lebih 1500 k....zzzz cm mna lar student nk bli
10 February, 2013 13:17
Assalamualaikum hhh....bagus juga ada rebet mcm ni sekurang2nya org2 yg berpendapatan sederhana boleh juga mendapat hp canggih walaupun hp tu dikategorikn hp lama.....bersyukur jugala ada kemudahan rebet percuma mcm ni....
20 February, 2013 14:55
Post a Comment