As-Salam. Jadilah ikan besar di kolam yang kecil, daripada anda menjadi ikan kecil di kolam yang besar. Ini bukan satu perumpamaan biasa, tetapi ia adalah satu maksud tersirat yang perlu anda ketahui untuk menjadikan blog anda hebat dalam SEO (Search Engine Optimization). 

Apa yang HH maksudkan dengan menjadi ikan besar? Erkk ..bukan spesies 'anak ikan' yang dibela2 tu yer ..bukan bukan yang tu. Ini ikan lain, ini soal menjadi yang terbaik dalam kelompok yang kecil. Maksud HH ialah menggunakan kata kunci yang orang lain tak cari .... kerana kadangkala benda yang jarang dicari inilah yang sebenarnya memberikan anda kelebihan dari segi trafik.

Contoh, bila sebut soal Bajet 2013 .... ramai blog-blog informasi akan menyediakan pelbagai kisah mengenai bajet ini ... sampaikan beribu blog menggunakan kata kunci yang sama, dan tajuk yang hampir sama. Dalam hal ini, siapa atau blog mana yang buat entri dulu, pasti akan beruntung kerana disenaraikan antara yang terdahulu dalam enjin carian. 

Dek kerana berlumba untuk guna kata kunci Bajet 2013, blog anda yang memang sedang cuba mendapatkan tempat dalam dunia blog dan juga dalam enjin carian, tercicir kerana dipintas oleh blog-blog yang lebih baik cirian SEO nya.

Jadi, sukar untuk anda tampil dengan kata kunci, entri yang sebegitu. Blog anda tenggelam dalam ribuan blog dan laman web yang sentuh perkara yang sama.

Jadi, apakata anda menjadi hebat di dalam kata kunci anda sendiri. Lupakan perkara apa yang selalu orang cari, tetapi tingkatkan pengetahuan tentang apa yang ada sudah tahu.

Contohnya, anda seorang yang pengemas, jadi anda selalu susun barang-barang atau apa sahaja untuk kelihatan kemas. Cuba anda kongsikan bagaimana caranya anda mengemas, seperti tips nak kemas beg sekolah, petua nak susun buku dalam rak, petua nak menjaga pinggan mangkuk agar kelihatan cantik menawan .... dan seterusnya.

Dengan ini, walaupun ianya bukan satu kata kunci popular, tetapi ia akan berikan trafik ke blog anda yang tanpa diduga ...menjadikan blog anda punyai niche tersendiri dan menjadikan anda pakar dalam perkara yang anda kongsikan.

Ok. Dapat tak? Mudah kan?


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betol tu...setuju 100%


    http://fendy1302.blogspot.com/2012/10/8-alasan-kenapa-harga-barang-naik.html

    BalasPadam
  2. jika difikirkan balik, betol jugak.

    BalasPadam
  3. Apa dicari bakal ketemu,
    SEO search banyak yg minati,
    Tip dan info menarik sbg jamu,
    Supaya traffik blog kita lebih tinggi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement