As-Salam.  Ya, seorang blogger yang berjaya di mata blogger bukan kerana entrinya yang santai dan bersahaja, bukan kerana ceritanya yang memikat dan mempesona, ianya adalah sesuatu yang lain dari biasa, lain dari istilah mereka yang terlebih dahulu berblog sejak berzaman.

Jika dulu, blogger berjaya boleh dikaitkan dengan entri yang hebat. Semuanya nampak skema dan jika terlebih noktah, dipadam terus dan dibuat semula. Itu dulu, ketika blog tak beribu juta, tak macam sekarang yang tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Seorang blogger yang berjaya untuk definasi semasa (kini) adalah merupakan blogger yang berjaya menambat hati blogger lain. Dia menghargai pembaca blognya. Dulu, usah harap nak jumpa blog yang ketengahkan blog-blog baru ni. Boleh dikatakan NONE to Zero. Kini, walaupuan tempelan di entri hanya header satu blog baru, beribu datang bertandang tanpa jemu. Tak tulis apa pun, tetapi dia berjaya menambat pembaca yang ingin tahu.

Seorang blogger yang berjaya masa kini, apabila disebut namanya, bukan takat namanya diketahui, malah url blog dan isi entri menjadi bualan sana sini. Tak kira kawan mahupun lawan, dulu mana ada entri dengki2 ... dulu tak ada blog hentam blogger tak macam sekrang ini. Dulu, tak ada pula nama blogger dijadikan entri atau topik sesebuah blog. Dulu tidak .. tidak sama sekali.

Blog mereka adalah kehidupan mereka. Apa saja yang berlaku diceritakan penuh teliti, ada maksud yang nak diberi di sebalik cerita yang kadangkala mencuit hati. Tak formal, malah bercerita tentang kehidupan sehari hari. Dulu, blogger berjaya diangkat berdasarkan entri mereka yang berwibawa, penuh fakta dan formal lagaknya. Jadi sumber rujukan jika ada yang mengkaji.

Itulah sedikit sebanyak yang ingin saya perkatakan. Blogger berjaya sekarang, tak pun ada A, B , C ataupun 1,2,3 .... cakap ikut macam ni..lepas tu macam ni. Semuanya yang berjaya, semuanya bercerita santai dan bersahaja. 




15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. eh betul la...kena bekerja keras ni..hee

    BalasPadam
  2. da lama sedar tentang perkara ni...

    BalasPadam
  3. memang sedar tentang senario blogger malaysia skrg ni..tapi sy lebih memilih blog yg tulis benda2 berinformasi..bukan cite anak dia itu/anak dia ini/dia hr ni beli itu/beli ini dan mcm2 lg..

    BalasPadam
  4. @cleverspider55 a.k.a alam1cinta Ohh saya la tu .. dok cerita pasal anak2 saya .. hmmm ... aiyakkk ....

    BalasPadam
  5. @khunsuriyatit Saya gak yang ketinggalan keretapi .. :P

    BalasPadam
  6. yer..peredaran masa...

    tapi sy mncari sbuah blog yg lain dri yg lain..gya penceritaan yg mnarik, wlaupon dia cerita tntang diri dia...

    BalasPadam
  7. org making success melalui byk cara.. saya yakin kat dunia blogging pun mcm tu. xsemestinya entri menarik jer mampu menarik pembaca. setiap seorg mesti ada rahsia n cara masing2 mcmana utk menjayakannya :-)

    BalasPadam
  8. wah susahnya nak jadi blogger berjaya. :(

    BalasPadam
  9. susah jugak ye.... tapi terpulang pada pendapat masing2 :)

    BalasPadam
  10. Pada saya, kalo jadi blogger yg berjaya dan hebat tapi sombong, tiada gunanya juga... blog bukan tempat melepaskan perasaan benci dan iri kpd orglain. Biar tulisan santai tapi memikat pembaca utk membaca itulah blog kesukaan saya. Macam blog HH ni, ada aura tersendiri kot... haha... ada je idea yg best dan suka sy nk baca

    BalasPadam
  11. Dapat dah... "Semuanya yang berjaya, semuanya bercerita santai dan bersahaja." Tips blogger berjaya hari ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement