As-Salam. Mengapa SEO (Search Engine Optimization) penting buat sesebuah blog? SEO penting kerana ia boleh memberikan trafik yang sangat besar untuk blog anda, walaupun blog anda tidak punyai entri baru setiap jam, setiap masa. HH lampirkan bukti mengapa teknik SEO perlu dibuat untuk sesebuah blog yang dahagakan trafik 'sihat' menerusi enjin carian.

Dengan pendekatan yang betul, kaedah berkesan, blog anda boleh menerima trafik ribuan setiap minggu, mahupun setiap hari jika anda bijak mengoptimakan ciri-ciri SEO di dalam blog anda. SEO membolehkan blog anda menerima trafik menerusi enjin carian, walau dalam apa jua bahasa, dalam apa jua keadaan, dalam bila-bila masa.

Siapa kata SEO hanya untuk blog berplatform Wordpress? HH buktikan bahawa blog-blog bertaraf percuma ini juga boleh meledak dengan trafik jika SEO digunakan dengan tahap yang bagus di dalam blog. Aplikasikan dan anda pasti akan berpuas-hati kelak.

Bukti SEO Penting Untuk Blog




Dengan trafik menerusi enjin carian, melalui pendekatan SEO (Search Engine Optimization), anda sebenarnya meningkatkan kualiti blog anda, selain membolehkan blog anda menjana pendapatan menerusi pengiklanan kontekstual seperti Adsense dan juga Advertlets.

Paparan di atas bukti bahawa HH berjaya menggunakan pendekatan SEO untuk menerima trafik dari enjin carian seperti Google.com.my dan juga Google.com selain daripada Yahoo Search. Trafik diterima dari enjin carian Google telah memberikan impak lebih 600 ribu pageviews!

Dah tengok bukti pendapatan Google Adsense HH yang dilampirkan buat pertama kali? Jika belum, anda boleh baca di entri berikut: Pendapatan Adsense Melalui HasrulHassan.com

Nak tingkatkan pencapaian blog, kena belajar dan usaha .... bukan susah mana pun ... huhuhuu.... 



7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. asyik belajar belajar belajar.. bila asyik tak berjaya.. kenkadang fedap juga.. ;)

    BalasPadam
  2. Hmmm .. HH tahu perasan tu ... bila fedap ... cepat2 rehatkan minda .... HH juga banyak kali hampa dek kerana SEO ni ... tapi itulah kata orang yang ada pengalaman ... bila belajar kita akan tahu, nak lebih tahu, maka praktikkan ... bila dah praktik akan tahu berkesan ke tak....

    BalasPadam
  3. wah.. menariknya... :D thanks sharing...

    BalasPadam
  4. kena belajar banyak lagi nie.,....:)

    BalasPadam
  5. Trafik meletup. Insya Allah, pelajaran yang saya dapat ialah mahirkan dengan SEO. Itu sahaja kata kuncinya.

    BalasPadam
  6. O... Baru tau kenapa ada sykt iklan berminat nak letak iklan syktnya dlm blog sy...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement