As-Salam. Ohh memang saya pernah terfikir untuk berhenti berblog, malah saya pernah buat pun. Saya pernah berhenti berblog satu masa dahulu ... time tu saya ada 4-5 running blog. Tak padam, cuma saya tak buat entri baru ... so dok biar je. Lama gak la saya tak login blogspot, sampaikan saya leh terlupa kata laluan. Siyes .. masa tu semangat blogging tak macam sekarang ni.

Yeah... itu kisah silam, kisah yang ada suka dan duka. Bila dah rasa macam batu dalam dunia blog ... boring la kan. Dulu, buat blog tak minta pun orang follow ... tak minta pun orang komen, malah kalau ada orang komen pun .. tak wat apa2 ..diam je. Baca pun tak ....

Ini realiti saya sebagai seorang penulis blog. Masa tu, saya tulis blog tak macam sekarang. Dulu, saya ada kerja dan pendapatan tetap, tetapi kini tak lagi. Malah, boleh dianggap, saya cari makan dengan blog.

Kerana itulah, sejak ada blog ini - www.hasrulhassan.com ini, saya tak leh remehkan mereka yang jenguk sini, yang baca entri2 dalam blog, yang tinggalkan komen. Mereka dah susah payah datang dan baca pendapat yang diluahkan, dah baca cerita kita, dah komen entri2 kita, sesuatu kena dilakukan buat mereka rasa berbaloi untuk datang lagi.

Malah, mereka ini adalah sumber rezeki saya menerusi blog. Andai mereka tak klik dan jenguk iklan-iklan dalam blog saya ni, bermakna saya tak ada income, bila tiada income, saya susah hati.... bila susah hati, saya tak ada idea, bila tak ada idea maka blog pun terabai.

Saya cuba lakukan sebaik yang boleh. Jika anda juga, apabila sudah sampai satu tahap apabila blog anda sudah ramai yang kenal, maka anda akan terasa bebannya. Kerana apa, semua orang mengharapkan sesuatu daripada anda - memandangkan blog anda sudah semakin berjaya dari mereka. Dan anda pula, seperti keadaan saya sekarang, mengharapkan pengunjung dan pembaca untuk 'berikan' sesuatu sebagai tanda sokongan.

Bukan mudah nak kekalkan pengunjung dan pembaca setia. Susah ooo ... kalau tak ada iltizam, kalau tak ada rasa inginkan perubahan, rasa inginkan menjadi lebih baik ... blog takkan ke mana. Perlu usaha dan kerja keras. Bukan berlaku sehari semalam ... ia melibatkan banyak masa.... banyak perkara.

Untuk berikan persembahan dan isi yang menarik untuk blog sendiri, kena fikir seperti mereka. Apa yang kita nak kalau kita lawat blog orang lain. Apa yang kita inginkan jika kita baca blog orang lain, jadi itulah resepi yang patut kita gunakan dalam blog kita. Sesekali cuba jadi mereka, dan blog kita sebagai blog mereka. In Sha Allah .... blog akan bertahan lama dengan pembaca yang konsisten. Dan in Sha Allah, blog akan juga menjana pendapatan.


14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bloggers kena keje kuat..kuat berfikir ;)

    ReplyDelete
  2. Menjadikan blogger yang bagus sebagai sumber teladan dalam berblog suatu idea yang menarik. Mungkin ia bukan setakat memangkin kekuatan suatu blog tetapi diri blogger juga.

    ReplyDelete
  3. Thanks bagi nasihat ni ye. Aku sekarang ni pun rasa macam tu, tengok tak ada orang komen, trafik tak seberapa. Rasa down je nak berblogging. Nak buat entri yang menarik tu susah, supaya pembaca tak boring dengan entri kita. tu yang aku masih nak perbaiki sekarang..hehe..Yang penting entri mesti best, baru la pembaca konsisten.Ye tak?


    fly higher

    ReplyDelete
  4. saya setuju. kalo kita suka bergosip, buat lah entry mengenai gosip sikit2. hiks

    ReplyDelete
  5. betul betul..
    kadang kadang rasa bersalah lak kalau kt tak komen entry dorang balik.sbb dorang dah susah2 komen kt..

    mesti ada kerjasama dua pihak..

    :)

    ReplyDelete
  6. setuju sangat.. kalau kita menghargai pembaca.. pembaca lagi lagilah akan menghargai kita =)

    ReplyDelete
  7. kekadang dari komen para pembaca akan timbul idea baru untuk menulis "posting yang lain". Maaf, sekadar pandangan dari saya yang masih mentah berblogg.

    ReplyDelete
  8. Mungkin masa membataskan urusan ziarah dan komen ke blog rakan2...

    ReplyDelete
  9. yup, setuju. letakkan kita ditempat mereka, then baru lah kita dapat keseronokan masa bblog :)

    ReplyDelete
  10. best jugak bila sesekali baca entri HH yang ada ciri human interest..mesti rmai pembaca nak tahu kisah suka duka HH dalam dunia blog kan..tq share resepi..:)-

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.... ada juga yang mencarinya di sini .. terima kasih @sukmawati binti haron

    ReplyDelete
  12. sukmawati binti haronJuly 12, 2013 at 6:22 AM

    resepi HH mesti dicari bagi blogger baru macam saya....hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement