Free Dettol Shopping Voucher
As-Salam. Salah satu cara untuk pikat pengunjung blog anda meninggalkan komen ialah dengan meletakkan widget komen terbanyak dengan paparan avatar menarik. Widget ini sedikit sebanyak akan membuatkan pengunjung blog anda terasa mahu meninggalkan komen supaya wajah dan juga backlink mudah boleh dilakukan.

Tentu si pengunjung terasa seronok bila avatar wajah cun kacak mereka terpapar di halaman blog anda, siap dengan jumlah komen yang dah diberikan. Bangga. Hidung kembang kempis depan komputer kerana jumlah komen mendahului orang lain .. hinsshhh ...hinsshhh .. hehehee....

Widget Top Komentator Dengan Avatar

Dan menerusi widget ini juga, pengunjung lain boleh juga kenal-kenal dengan pemberi komen yang lain. Siapa avatar dia nampak menarik, kacak dan cun ada kemungkinan besar akan dikenali, dan mungkin mendapat trafik daripada widget ini. Tengok contoh yang diberikan ini:
widget komentator terbanyak blogspot dengan cirian avatar
Ok, cara nak pasang widget ini dalam blog, boleh anda lakukan dengan salin kod HTML diberikan ini, mengikut pilihan anda dan masukkan di bahagian Add HTML dalam blog anda.

Widget Komen Terbanyak Dalam Masa Sebulan



Widget Komen Terbanyak Dalam Masa Seminggu

Untuk paparkan top komentator dalam masa seminggu (7 hari), anda perlu ubah kod HTMLseperti berikut:



Mudah? Rasanya mudah je, saya dah cuba, dan ianya boleh dipasang untuk blog-blog yang menggunakan sistem komen luaran seperti Disqus. Cuma blog yang guna sistem komen seperti NuffnangX atau Google+ mungkin tak boleh.

Lagi satu diingatkan, blog anda mungkin akan hadapi masalah loading dengan memasang widget ini. Hanya jika benar-benar perlu sahaja, seperti anda mahu buat segmen atau kontes komen terbanyak, masa itulah boleh pasang widget ini - sekadar pendapat.

Terima kasih kepada Yet Another Blogger Tips Blog kerana kongsikan kod HTML widget top komentator dengan avatar ini.

Selamat mencuba.


28 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Nurfaezah AbdullahJune 26, 2013 at 1:58 PM

    nak try jugak

    ReplyDelete
  2. salam Bro HH, utk G+ komentar setakat ni ada kaedah tak nak buat benda yg sama ni (menghargai tukang komen)...

    ReplyDelete
  3. Buat masa ni, belum lagi saya jumpa mana-mana yang kongsikan mengenai cara guna G+. Dalam forum pun belum ada lagi.

    ReplyDelete
  4. fairus mohamad noorJune 26, 2013 at 4:36 PM

    tq share ye bro..saya dah copy..hehe

    ReplyDelete
  5. Sama-sama, jika ada masalah .. jangan segan beritahu saya.

    ReplyDelete
  6. Nampak memang sangat menarik widget avatar ni, tapi nak usik lebih-lebih takut meletup pulak nanti..hahaha

    ReplyDelete
  7. good info :) .. sila lawat blog saya www.nurulasihqah.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. sukmawati binti haronJune 27, 2013 at 10:33 AM

    pernah pasang tapi out balik agak berat rasanya kalau pasang di blog....

    ReplyDelete
  9. Ohh @Lina md. munir kalau mahu, saya boleh tolong letak dan buatkan, :) hubungi saya kalau berkenan.

    ReplyDelete
  10. Hmmm .. ya, bukan semua widget itu sesuai, saya ada letak tapi bukan blog ini... sbb blog ni dah sarat sangat dah.

    ReplyDelete
  11. sy menantikannya, jgn lupa kongsikan kalu dah ada. t.kasih.

    ReplyDelete
  12. Ha ? Ya ker ? Serious ? Kecik tapak tangan nyiru saya tadahkan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. In Sha Allah, tapi itulah, Google ni dah mula nak kaut sorang2 dah ... walaupun sumbr terbuka.

    ReplyDelete
  14. Cuba letak di blog baru...sebagai daya penarik.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih berkongsi informasi.

    ReplyDelete
  16. Cubalah, mesti akan menarik perhatian nanti...

    ReplyDelete
  17. thanks,akak dah buat kat blog akak,ikut step by step,tapi nape nama akak masih ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama tu case sensitive ... cuba try buat2 dengan nama tu ubah jadi Kak tie ke, kak tie ke atau Kak_Tie ...

      Delete
  18. Thanks HH, zumal pun amik code gak. Dah lama cari tak pernah jumpa seperti yg diingini ^_^

    ReplyDelete
  19. Thanks HH banyak membantu kepada yang newbie, lagi orang macam saya ni
    www.akmalislan.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. kalau pasang widget ni, komen2 lama hilang tak?

    ReplyDelete
  21. dah guna tempoh hari..kali ni untuk disember nak guna lagi lah ya HH

    ReplyDelete
  22. Thank you for the info yer... :)

    ReplyDelete
  23. Oh kalau ada masalah loading pasti akan melambatkan lagi la orang nak buka blog kita kan...saya tengah fikirkan nak buh ke tidak ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Bisnes Bundle