Hari ini saya nak berikan panduan dan cara nak berniaga online menggunakan platform Shopee. Tak susah sebenarnya gunakan Shopee ni. Semuanya dah dipermudahkan, anda hanya perlu ikut step diberikan sahaja. Bisnes di Shopee sangat sesuai buat mereka yang ada produk sendiri atau boleh juga untuk dropship.

Kalau anda tak ada modal mula yang besar untuk berniaga online, maka bolehlah mula bisnes di Shopee menjual produk dropship. Ini cara paling mudah nak mula bisnes lah. Kalau rasa nak cari produk yang best untuk dijual dan dapatkan keuntungan besar, boleh baca tentang TaoBao.

5 Langkah Untuk Cara Jual Produk di Shopee

Tutorial Cara Jual Produk di Shopee
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mula menjual produk anda di Shopee.

Pertama sekali, anda kena masuk ke laman web Shopee (klik)

Bila masuk sahaja, biasanya ia akan minta pilih bahasa. Jadi pilihlah Bahasa Malaysia (jika seller Malaysia). Senang faham sikit. Lagipun, saya akan beri tutorial ikut aliran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu.

Untuk mudahkan anda mula menjual di Shopee, anda seharusnya dah daftar dan mempunyai akaun di Shopee ini. Pendaftaran tak susah. Klik je butang 'Daftar' atau 'Sign-up'. Anda wajib memasukkan nombor telefon anda, kerana aktivasi akaun akan menggunakan telefon.

Langkah #1 - Masuk Web Shopee

Masuk ke laman web Shopee, dan kemudian klik pautan 'JUAL' yang ditunjukkan seperti dalam gambar di bawah ini.

Cara Nak Jual Barang di Shopee

Langkah #2 - Login ke Bahagian Seller

Sekiranya anda belum login ke akaun Shopee, ia akan paparkan laman login seperti di bawah ini. Jadi, masukkan id login anda, samada nombor telefon, email atau menggunakan id login. Masukkan password anda. Password anda adalah sama untuk semua login.

Cara nak jual produk di Shopee
Setelah memasukkan password anda, ia akan minta anda untuk membuat verifikasi. Satu kod akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan kod tersebut di ruangan yang telah tersedia seperti ditunjukkan di bawah.

Tatacara nak jual barang di Shopee

Langkah #3 - Masukkan Produk Untuk Dijual

Bila dah masuk ke bahagian 'Shopee Seller Centre'. Anda seterusnya boleh klik 'Produk Saya'.

Paparan di bawah akan keluar. Klik 'Tambah Produk Baru'.
Cara nak letak produk di Shopee
Ia akan minta anda untuk memasukkan gambar produk anda. Anda boleh masukkan sehingga 9 gambar produk anda di Shopee. Lihat cadangan yang diberikan iaitu, gambar anda mestilah tidak melebihi saiz 1024x1024, 2.0 MB setiap satu dan dalam format jpg, jpeg atau png.

Pastikan kena ada gambar yang berkualiti terbaik supaya produk anda menyerlah di Shopee. Pelanggan akan rujuk gambar ini sebelum buat pembelian. Ingat ya, cari gambar dengan saiz yang sesuai atau seperti dicadangkan.

Lepas tu, anda boleh tambah gambar dengan klik 'Tambah lebih imej'.

Kemudian, anda perlu lengkapkan butiran pasal produk yang anda nak jual di Shopee tu.

Langkah #4 - Isi Butiran Mengenai Produk

Cara jual produk di Shopee
Masukkan nama produk anda dengan betul, tepat dan lengkap. Ini penting supaya nanti orang tak keliru dengan produk dari seller lain. Kena ingat ya, bukan satu dua produk je ada dalam Shopee ni, ada ribuan produk, yang mungkin juga produk sama macam anda jual.

Perkara paling penting ialah bahagian kategori pada maklumat asas.

Kena pilih kategori yang betul sebab bila pelanggan buat carian di Shopee akan jumpa produk anda. Contoh, katakan anda jual lipstik ... maka, pilih 'Health and Beauty' ... jangan lak 'Women's Clothing'.

Tips - Jika anda jual tudung, telekung, atau shawl ... pilih 'Muslim Fashion'. Ia lebih baik dan mempunyai peluang cerah untuk mendapat jualan daripada anda letak di kategori 'Women's Clothing'. Anda kena tahu, siapa target pelanggan anda.


Tips - Andai tak pasti nak letak kategori apa untuk produk yang anda jual, cubalah skodeng produk orang lain yang sama niche dengan apa yang anda jual. Lihat kategori apa yang mereka letakkan, lepas tu tiru sahaja.Lagi satu perkara yang penting untuk diisi dengan tepat ialah pada bahagian harga dan inventori.


Untuk letakkan harga, pastikan anda letak harga yang tidak terlalu murah dan tidak juga terlalu mahal. Biar harganya di tengah-tengah, atau lebih sedikit daripada harga yang paling rendah dalam niche atau produk yang sama.

Produk anda boleh disenaraikan sebagai harga yang paling murah atau harga yang paling mahal. Jadi, jika pilih tengah-tengah, produk anda akan tersenarai elok sahaja antara kedua harga ini.

Masukkan peringkat harga untuk mereka yang nak beli secara pukal atau borong. Produk seperti tudung, telekung, aksesori wanita, aksesori telefon boleh dijual secara borong. Letakkan tawaran harga menarik di ruangan 'Borong'.

Tips - Untuk menarik minat pelanggan untuk beli dengan harga yang anda tawarkan, offer free gift untuk mereka.


Tips - Untuk menggalakkan pelanggan borong produk anda, boleh buat jualan pakej. Contohnya macam tudung, boleh terus letak 3 variasi warna tudung dalam satu harga.


Pada ruangan 'Variasi', jika produk anda ada kategori saiz, corak, jenis .. boleh dimasukkan di ruangan ini.

Langkah #5 - Penghantaran

Bagaimana nak menjual di Shopee
Bab penghantaran adalah crucial untuk anda isi dengan tepat. Ini adalah kerana, ia samada boleh membawa untung tambahan atau juga kerugian. Jika silap meletakkan caj penghantaran yang betul, anda mungkin terpaksa menanggung caj penghantaran produk anda jual.

Ok. Dalam ruangan ini, ada pilihan untuk caj penghantaran, samada ianya dicajkan kepada pelanggan atau anda tanggung kos penghantaran.

Maklumat 'Berat' tu, bukan maklumat berat produk anda ye .. tetapi sebaiknya ialah masukkan berat produk anda yang telah dibalut/dibungkus atau dimasukkan ke dalam kotak. Ambil berat pembungkusan keseluruhan untuk diisikan di ruangan tersebut.

Tips - Cuba bungkus produk anda dahulu, dan hantar ke pos/Gdex. Ketahui dahulu caj yang dikenakan.


Tips - Letak berat yang lebih sedikit juga tidak mengapa, tetapi jangan terkurang bagi mengelakkan anda menanggung kerugian.


Tips - Apply Free Shipping Program di www.shopee.com.my/poslajusignup untuk dapatkan kelebihan FREE POSTAGE sebagai satu lagi daya penarik pelanggan. Anda perlu buat permohonan awal kerana prosesnya ambil masa sedikit. Wajib ada printer sendiri!!

Pra-Pesanan (Pre-Order)

Tetapan ini biasanya diaktifkan untuk produk yang tiada lagi di tangan, biasanya mereka yang jual produk DROPSHIP akan gunakan ruangan ini. Setkan masa atau tempoh penghantaran produk kepada pelanggan. Kena pastikan produk ada pada anda setelah tamat tempoh ditetapkan itu, kalau tidak .. kedai Shopee anda akan terima review yang buruk.

Selesai semua perkara di atas dilengkapkan, maka terus tekan butang 'Simpan'.


Amacam? Senang je kan? Produk anda kini sudah ada di Shopee.

Berniaga di Shopee ni jadi pilihan kerana ia adalah percuma. Anda tak kena apa-apa caj pun nak mula berniaga di Shopee.

Lepas tu, ramai orang suka beli produk di Shopee kerana ada banyak pilihan, dan harganya juga sangat murah.

Untuk orang nak bisnes online, saya harap post ini membantulah ye. Jika mahu dapatkan panduan lengkap dan cara bagaimana nak berniaga di Shopee ni, bolehlah gunakan rujukan dan panduan yang telah disediakan, support group juga ada untuk anda join.

Nak akses ke panduan tu tak? Terus klik butang atau pautan di bawah ini:


Semoga bermanfaat.

46 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalam. Boleh bantu saya tak tuan, saya dh set pemberat. Tapi bila org beli 2 set kos pos tetap sama. Sepatutnya berat bertambah dan kos pos pun bertambah. Mana nak setting tu ye

    BalasPadam
  2. Hi nak tanya.. klu kita berniaga di shopee...jika pembeli sudah beli brg kita dan buat bayaran..tiba2 barang kita tu tiada stok..bagaimana dgn pembeli itu..ada buttoncl cancel ke utk penjual utk notify kepada pembeli..then jika pembeli beli secara pukal...kita penjual tak dpt sediakan jumlah tersebut..mcm mna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi pembeli tak terima produk, maka seller takkan terima bayaran. Dalam tempoh tertentu, pembelian akan terbatal, dan duit akan dipulangkan kepada pembeli.

      Apa yang boleh dibuat ialah penjual boleh gunakan fungsi CHAT untuk berhubung dengan pembeli.

      Diingatkan, bila ada cancelling setelah pembayaran dibuat, ranking kedai shopee kita akan menurun, dan susah kita nak boost selain ia akan kurang mendapat support dari pihak Shopee tu sendiri.

      Berhubung terus dengan pembeli menerusi fungsi chat, dan butiran pelanggan juga boleh didapati iaitu email. Jadi, hubungi mereka menerusi email.

      Padam
  3. Assalam tuan.nak tya, sy sbg dropship Dan tidak pegang stok. Sy ada beberapa soalan.

    1) alamat pickup dlm app shopee sptutnya ltk alamat supplier sy atau alamat sy?

    2)blh ke sy apply program free shipping shopee, sedangkan sy dropship yg tak pegang stok? Adakah sy perlu discuss tlbh dahulu dgn supplier?

    BalasPadam
  4. salam en.hasrul hassan saya ad masalah nak insert product.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah macamana tu? Gambar tak ikut saiz yang dikehendaki ke? Ke tgk saiz pixel yang dikenakan tu, baru gamabgar akan ok.

      Padam
  5. Macam mana nak apply discount kat produk kita?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya.
    1. Shopee ada ambil fee ke atas seller ke?

    BalasPadam
  7. assalamualaikum,macam mana nak tahu buyer dah transfer duit?saya ad seorang customer ni.sekejap order lepastu cancel sampai 3 kali.dan barang saya dah pos kan.tapi tak pasti status bayaran buyer.first time pos ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shopee akan beritahu menerusi email/dashboard seller yang pembayaran dah dibuat. Shopee akan minta anda hantar barang tersebut bila bayaran dibuat oleh buyer.

      Padam
  8. assala...tumpang tanya. kalau kita jd agen dropship, barangan sudah tentu tiada di tangan. so jika ada customer nak membeli, adakah kita perlu dahulukan duit kita dulu? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak semestinya ... sbb duit tu tak disimpan oleh kita, tetapi oleh Shopee. Jadi, apa yang perlu ialah, anda kena berikan detail pembelian tu kepada dropshipper anda, berikan semua alamat. Bila barang dah dierima pembeli, baru pembyaran akan release.

      Ada dua cara untuk dropship ni. Kalau kita jadi dropship dr pelbagai dropshipper .. mungkin kena ada backup modal dalam rm500. Ada dropshipper tak perlukan anda bayar apa2 pun, cuma berikan detail pembeli je.

      Padam
  9. Assalam, kalau tak apply free shipping program mcm mana kaedah penghantaran barang? tracking number kena masukkan manual?

    BalasPadam
  10. Salam.. Macam mana cara kita nak letak harga pos bila barang melebihi kuantiti berat? Saya tidak boleh mengedit kos tambahan pos bila buyer beli dengan kualiti lebih pada berat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana nak set shipping by product, sebab bila customer bli 2 atau mana2 barang dr shop fee untuk shipping x bertambah.

      Contoh customer bli barang A shipping cost RM 6. Then dia tambah barang B dan C. Tapi shipping masih RM6.

      Padam
  11. hi tuan kalau nak minta tuan buatkan untuk kedai shoppe saya boleh ker tq tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat kedai shopee tak susah mana, senang sangat. Tapi kalau nak ilmu berkaitan tips menjual di Shopee, saya syor dapatkan ebook tu. Ia panduan yang sangat bagus untuk mereka yang nak berniaga di Shopee.

      Padam
  12. Assalam. Sy dh dftar kedai di shopee dan dh delete kedai tu. Skarang sy nk dftar semula tp nombor hp sy xbole guna sbb dh guna dekat kdi yg dulu. Macam mana sy nk dptkan nombor hp sy tu semula ye? Untuk sy dftarkn di kedai baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena buang nombor lama pada akaun shopee yang lama tu dulu. Then baru proceed. ATAU ... gunakan nombor yang baharu... ini lebih selamat.

      Padam
  13. Assalamualaikum tuan..saya berminat nak beli ebook jadi dropship shopee part time..tapi dh habis stok. Bila nk restok ebook tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh gunakan ebook yang ni - https://zyanonlinemarketing.onpay.my/order/form/rajadropshimain/710

      Padam
  14. Assalamualaikum tuan, nak tanya saya dh ada akaun tapi bila buyer nak check out xboleh. apa perlu saya buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah setting cara pembayaran tak? Dah masukkan no akaun anda dalam shopee tu?

      Padam
  15. Salam.

    Biasanya selepas customer dah buat pesanan produk, Shopee akan auto generate Poslaju tracking number (bagi seller yg berdaftar Poslaju Free 5kg Shipping Program). Supplier utk dropshipper pun akan auto generate tracking number. Bukankah akan ada dua tracking number? Maaf, sy tak berapa faham. How it works?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah berada dalam group support tak? Ada rasanya diceritakan dalam tu

      Padam
  16. Assalam...maaf nk tanya nk cari butang size cth kita nk letak size kecil , sederhana dan Besar tu kat mana, harap tuan boleh membantu...

    BalasPadam
  17. Saya berniaga secara dropship. Setakat ni ada 999 produk.

    Saya ingin menambah 500 produk tapi tidak berjaya. Adakah shopee hadkan hanya 1000 produk?

    Namun kenapa kedai lain di shopee ada yang ada 3000 produk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ikut tier seller tuan, dan tempoh dah berniaga dalam Shopee tu. Lagi lama, dan banyak unik sale, nanti limit akan naik.

      Padam
  18. Salam tuan. Saya guna free shipping program. Tp barang sy melebihi berat 5kg n lebih 20kg tp hrga shipping hanya rm12 je shopee tetapkan.. Mcm mns yea tu..mmg hrga shipping camtu ke? N lagi satu kalau barang kita lebih dr berat yg sepatutnya.poslaju akan cas kita ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti pula, sbb biasanya kalau buat jarang lepas limit. Kena urus betuls

      Padam
  19. as salam tuan, saya nak ty. saya pelik pagi ni saya bkk akaun shoppee saya untuk update barang saya. icon edit item saya tu x ade..kalau kite nak update item kite spttnye di kedai kite kan.tp hari ni sy check x de..pelik sangat x seperti biasa saya lakukan setiap hari.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum.nak tanya macam mana nak masukkan shiping J&T dalam maklumat penghantaran

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum, lama xdtg ke blog ni baca entri...terima ksh atas tunjuk ajar :-)

    BalasPadam
  22. Salam tuan...adakah tuan ada menyediakan khidmat setup shopee dgn bayaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh tak, saya tak buat servis ni, tapi boleh je belajar terus menerusi panduan Shopee tu. Link sini - https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=7654_68_1_306

      Padam
  23. Assalamualaikum...sy baru join shopee utk jual beli...tp sy x pandai cara utk membungkus brg,kena print yg mana utk hantar ke j&t...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Boleh gunakan panduan yang dah disediakan tu. In Sha Allah, ada cerita mengenainya.

      Padam
  24. Salam tuan.
    Dalam post di atas ada maklumkan wajib ada printer sendiri.
    saya baru sahaja nak bermula dan tiada printer, tambahan pula skrg tgh PKP.
    ada alternatif lain?
    atau kegunaan printer tu hanya 'wajib' utk sesetengah shipping/delivery agent shj?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna poslaju, elok ada printer tu sbb format semua dah sedia. Kalau shipping lain saya tak pasti. Kena rujuk pada Panduan Shopee tu, link di sini - https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=7654_68_1_306

      Padam
Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement