Pelan TM Unifi Lebih Murah Bermula 15 Julai, 40% Lebih Jimat

Berita baik untuk semua pengguna internet di Malaysia. Sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan yang mahukan syarikat pengendali telekomunikasi di Malaysia khususnya yang menyediakan servis capaian internet untuk berikan rakyat Malaysia servis kelajuan internet tinggi dengan harga murah, pihak Telekom Malaysia (TM) telah membuat pengumuman yang pasti menggembirakan ramai orang.

Pelan Internet Lebih Murah Menerusi TM Unifi Bermula 15 Julai 2018

Pelan Internet Lebih Murah Menerusi TM Unifi Bermula 15 Julai 2018
Menerusi satu pengumuman dibuat oleh pihak TM, mereka akan menyediakan beberapa plan internet terbaik untuk rakyat Malaysia dengan fokus utama untuk menjadikan ianya lebih murah, dengan kelajuan lebih tinggi!

Saya antara pengguna internet tegar. Apatah lagi ia boleh diibaratkan sebagai 'nyawa' sebagai seorang penulis blog sepenuh masa. Saya gunakan internet lebih daripada 14 jam sehari. Aha .. banyak kan? Kaya koyan para penyedia servis internet di Malaysia kerana penggunaan internet saya ni .. hehe.

Guna Servis Telekom Malaysia Sejak Zaman Remaja

Saya merupakan pengguna setia perkhidmatan TM Streamyx, malah saya dah setia dengan TM ini sejak dari zaman TM Dial-Up lagi. Uhh masih teringat lagi bunyi mendecit modem dial-up yang bingit setiap kali bila nak sambung talian internet.

[Dah Baca?] 4 Cara Mudah Uji Kelajuan Internet Anda di Rumah


Skarang dah tak ada lagi dah macam ni. Semuanya gunakan modem broadband dan talian kabel kelajuan tinggi.

Harga Bawah RM100 Untuk Kelajuan Internet 30Mbps Mulai 15 Julai

Menurut sumber, TM bakal mengumumkan pelan internet yang lebih murah dengan capaian kelajuan internet lebih tinggi. Walaupun tiada pelan khusus dinyatakan, tetapi ada dinyatakan pelan internet terbaru menerusi Unifi akan memberikan harga serendah bawah RM100 untuk capaian internet kelajuan 30Mbps.

Malah, dari kenyataan tersebut, TM umumkan akan tawarkan pelan internet 40% lebih murah daripada pelan Unifi sedia ada - khusus jika dibandingkan dengan pakej Unifi 30Mbps sedia ada.

Berikut adalah kenyataan dari pihak TM berkaitan pelan internet baharu yang lebih jimat, lebih murah dan berkelajuan tinggi yang bakal ditawarkan kepada pengguna seluruh Malaysia mulai 15 Julai 2018 ...

Kenyataan TM - Pakej/Pelan Unifi Lebih Murah Bermula 15 Julai 2018

Today we announced several new plans designed to make broadband in Malaysia more affordable than ever and catapult the nation’s internet beyond our regional peers.

Malaysians will be able to enjoy our new affordable unifi package available from 15th July. The internet-only plan will offer 30Mbps for less than RM100. 

▶️ For our existing customers, unifi ‘turbo’ plans will be made available from 15th August offering more than double the speed at no extra cost. At the same time, new customers subscribing to existing unifi plans before 31st December 2018 will also enjoy the speed upgrade in stages from 2019.

▶️ Pre-unifi (formerly known as Streamyx) customers in unifi areas nationwide will also be upgraded to unifi. Pre-unifi (Streamyx) customer can check eligibility on unifi.com.my from 15th July 2018.

▶️ For the mobile segment, we will re-introduce our ‘unlimited’ unifi Mobile postpaid plan. The plan provides unlimited data, calls and messaging exclusively for our existing broadband customers and will be available at all unifi outlets and online on unifi.com.my from 15th July 2018.

This marks a new chapter in our Performance Enhancement Programme, a continuation of our transformation journey to serve you – our customers – and the nation. Life made easier for a better Malaysia.

Full news at this link : http://bit.ly/TMNews3July

Nampak menarik kan?

Pelan Semasa Unifi (Sebelum 15 Julai)

Untuk masa sekarang, pelan internet kelajuan tinggi ditawarkan oleh TM menerusi Unifi adalah seperti berikut:
Unifi pelan internet kelajuan tinggi
Dan di bawah ini pula plan internet TM menerusi Streamyx ... huhu .. saya guna plan 8Mbps, dengan setiap bulan perlu membayar sebanyak RM160 ... huhu .. agak rugi kan .. sebab dalam Unifi ada plan 30Mbps pada harga beza cuma RM19 sahaja!!

Tapi nak buat macamana, Unifi masih lagi belum tercapai di kawasan kejiranan saya ni. 8Mbps tu adalah paling tinggi yang boleh ditawarkan oleh pihak TM untuk kawasan saya ni .. uhh sedih betul.

Pelan Semasa TM Streamyx (Sebelum 15 Julai)



Awal tadi saya ada beritahu, saya merupakan pengguna setia TM sejak dari zaman sekolah lagi, malah selesai sahaja tamat belajar, saya antara pengguna internet yang melanggan TM Dial-up. Uhhh masa tu bayar ikut kos dial-up .. lagilah mahal nak mampus ... haha.

Bayar RM1000 Untuk Bil Internet

Anda tahu tak, saya dulu pernah bayar sehingga RM1000 sebulan kerana menggunakan internet ni. Jenuh nak bayar. Duit gaji kerja kat stesen Petronas abis begitu sahaja kerana tahap addict terhadap internet pada masa tu.

Sekarang ni walaupun harga internet Unifi ni nampak jauh lebih murah dan lebih laju dari dulu, namun ia tidak semurah dengan negara-negara sejiran Malaysia.

Lagipun servis Unifi bukan semua tempat di Malaysia ni ada .. contohnya macam di tempat sayalah ....sob .. sob .. dah maklumkan pada TM, tapi servis ni nampaknya sampai skarang masih tak ada lagi.

Maka, apabila pihak TM umumkan akan ada pelan internet lebih menarik, lebih murah dan lebih laju .. maka saya antara pengguna internet yang berasa gembira.

Saya harap nanti apabila pelan baru dari TM ini ditawarkan, Unifi dah boleh ada di kawasan saya ni. Tak perlu lagi saya rasa rugi kerana terpaksa bayar lebih untuk satu perkhidmatan yang ada masanya sendu kelajuannya .. huhu.

Oh ya, saya juga merupakan pengguna Webe Mobile yang juga salah satu produk daripada TM ini. Sekarang ni dah tukar nama brand menjadi Unifi Mobile .. huhu.

Berita Sangat Gembira Untuk Pengguna Internet Tegar

Yes .. yeszaaa .... memang satu berita yang sangat menarik dan gembira bagi saya. Apatah lagi ia akan melibatkan dua servis yang tengah saya gunakan iaitu TM Streamyx dan juga Unifi Mobile (dulunya Webe).

Semuanya akan berlaku bermula 15 Julai 2018. Aha .. harapnya nanti ... dengan pengumuman ini, servis diberikan juga akan dipertingkatkan, dan tak mahulah lagi dengar banyak rungutan dari pengguna internet mengenai masalah kelajuan internet ni. Benda berbayar, memang akan jadi isu makcik dan pakcik bawang di media sosial .. hehehe.

[Baca] Speed TM Streamyx Mengecewakan Walau Bayar Rm150 Setiap Bulan

Dalam satu kenyataan lain dikeluarkan oleh pihak TM ...

We wish to inform that Telekom Malaysia Berhad (TM) has had several engagements in an ongoing dialogue with the Ministry of Communications & Multimedia Malaysia and the Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC), to reiterate its support of the Government’s aspiration regarding affordable broadband services at higher speed for the nation to increase its competitiveness; and on TM’s proposed initiatives to implement the same. 

Kita tunggu 15 Julai 2018 ni.

Dan saya juga nak berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang baharu kerana menjadikan isu harga dan kelajuan capaian internet ini antara perkara pertama untuk diselesaikan. Dah lama dah ramai rakyat Malaysia membayar lebih daripada sepatutnya.

Post a Comment

2 Comments

  1. jadi yang guna streamyx ni automatik akan jadi unifi ke? macam mana kalau kawasan tu tak ada unifi?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjenamaan sahaja. Macam Webe jadi Unifi Mobile. :) So Streamyx akan jadi Unifi Broadband ... :)

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.