Apabila saya tulis mengenai masalah kelajuan Streamyx baru-baru ini (boleh rujuk - Speed Streamyx Mengecewakan Walau Bayar RM150 Sebulan), ada juga rakan pembaca yang bertanyakan kepada saya cara mudah nak uji kelajuan internet mereka. Hmm ... untuk itu, saya sediakan artikel ini khas untuk anda ketahui cara-cara nak tahu dan uji kelajuan sebenar internet anda.

Sebagai salah seorang pengguna perkhidmatan internet, samada Wireless, Broadband, atau kabel .. anda seharusnya tahu bagaimana untuk uji kelajuan sebenar internet anda. Anda kena tahu berapa kelajuan internet anda agar ia berbaloi dengan apa yang anda bayar setiap bulan. Apa yang akan saya kongsikan ini boleh digunakan untuk anda uji kelajuan Unifi, Streamyx, Time Fibre, Maxis Fibre mahupun kelajuan internet menggunakan broadband dan juga mobile data.

Bagaimanakah Cara Mudah Untuk Uji Kelajuan Sebenar Internet Anda


Saya bukanlah pakar sangat bab teknikal internet ni, tetapi memandangkan saya ada sedikit pengetahuan asas dalam bidang komputer, jadi tahulah sedikit sebanyak.

4 Cara Melakukan Ujian Speed Internet

Orait. Anda boleh uji kelajuan internet anda menerusi 4 cara di bawah ini:

1. Menerusi Laman Web Ujian Internet Speed Setiap Pengendali ISP (Internet Service Provider)

Setiap ISP ada menyediakan laman web khas untuk anda lakukan ujian kelajuan internet ini. Berikut adalah beberapa laman web untuk anda uji kelajuan internet yang telah disediakan oleh beberapa pengendali perkhidmatan akses internet:

  1. Streamyx/Unifi - http://speedtest.tm.com.my/tmspeedtest.html
  2. Maxis Fibre - http://speedtest.maxis.com.my/page1.html
  3. Time Fibre - http://speed.time.com.my/
  4. U Mobile Speed Test - http://www.u.com.my/broadband/check-your-connection-speed
  5. YES - http://speedtest.ytlcomms.my/
  6. SpeedCheck - https://www.speedcheck.org/

Anda boleh gunakan mana-mana pautan di atas untuk uji kelajuan internet di rumah atau broadband (pc-laptop-telefon-tablet). Anda perlu klik 'Begin Test' atau 'Start Test'. Contohnya seperti di bawah, untuk pakej Streamyx 4Mbps hasil ujian akan berikan paparan akhir berikut:

4 Cara Melakukan Ujian Speed Internet

Jika ujian kelajuan anda lari jauh daripada nilai pakej yang anda bayar, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan talian, komputer dan port ... serta banyak sebab lain. Ujian broadband dan Wifi juga boleh berbeza disebabkan oleh lokasi, kekuatan signal, modem yang digunakan, server pengendali dan sebagainya.

2. Menerusi Laman Web OOKla - Standard Pengujian Kelajuan Internet Dunia

Anda boleh gunakan servis percuma yang disediakan oleh OOKla untuk uji kelajuan internet anda. Sebenarnya semua pengendali ISP di Malaysia menggunakan OOKla untuk uji kelajuan capaian internet. Jika anda perasan, setiap link yang saya berikan pada cara pertama ada logo OOKla. Untuk buat ujian yang mungkin nampak lebih telus, anda boleh klik pautan ini - http://www.speedtest.net

3. Menerusi Aplikasi OOKla

Anda juga boleh lakukan ujian kelajuan internet menerusi telefon pintar atau tablet anda dengan muat turun aplikasi ujian speed internet dari OOKla. Aplikasi ini boleh anda muat turun secara percuma di Google Play dan juga Apple AppStore.

4 Cara Melakukan Ujian Speed Internet

Saya sendiri menggunakan aplikasi ini di telefon pintar saya untuk lihat kelajuan Wifi Streamyx di rumah.

4. Menerusi Windows Speed Test

Untuk pengguna pc atau laptop Windows, anda mungkin boleh gunakan aplikasi Windows Speed Test. Anda boleh muat turun ke komputer desktop (PC) atau laptop anda, dan terus buat ujian seperti tertera di bawah ini:

4 Cara Melakukan Ujian Speed Internet
Untuk muat turun percuma aplikasi ini ke komputer Windows anda, boleh klik sini - Windows Network Speed Test Sekarang, anda sudah tahu cara bagaimana nak uji talian atau kelajuan internet anda samada di rumah, di pejabat atau di mana-mana sahaja dengan cara-cara di atas. Ia adalah cara paling mudah, dan in Sha Allah berkesan untuk anda tahu kelajuan internet sebenar yang anda terima.

Jika kelajuan yang dicatatkan dalam ujian di atas adalah berlainan dengan apa yang sepatutnya anda terima, jangan teragak-agak untuk buat laporan dan aduan. Hanya dengan aduan anda sahaja pihak ISP akan tahu di mana kelemahan mereka, dan melakukan tindakan segera untuk perbaiki.

Semoga bermanfaat.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. HH saya guna wifi ja..redha jika tak lancar..tak leh dah nak buat apa2..tu cabaran bgi blogger

    BalasPadam
  2. saya menggunakan wifi saja ... alhamdulillah semua lancar dan cepat

    BalasPadam
  3. Jika peranti adalah 4G, brpkh nilai yang patut utk itu dalam kbps atau mbps?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement